My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, September 13, 2007

LONELY HEARTS

Semenjak Adik dah mula sekolah ni, Baby Faim tiada berteman di rumah. Adik balik pukul 3 petang. Sehingga itu Baby Faim akan tiada berteman nak bergurau dan semestinya untuk berkelahi sekali sekala. Aku tidak berapa perasan yang dia akan kesunyian.

Sehinggalah pagi ini.
'Ayah, where you going?', Baby Faim yang sedang baring menonton TV tanya ke aku.
'Office! I got to work', jawab aku.
'OK', jawab Baby Faim balik, pendek.

Kemudian dia terpandang Ibu. Ibu masih lagi memakai tudung sebab baru balik dari menghantar Adik ke sekolah. Cepat-cepat Baby Faim bangun dan menjerit ke Ibu.
'Ibu.. nanak go office. Ibu stay here. Ayah go', dia memberi arahan kepada aku dan Ibu.
'OK, OK, I go. Ibu stay, ok', kata aku lekas sambil terus beredar ke garaj. Dalam hati aku, nasib dia tak minta keliling kampung satu dua kali macam dulu.

No comments:

Post a Comment