My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, September 25, 2007

IN SICKNESS AND IN HEALTH

Hari ni dah masuk 12 Ramadan. Adik tak sehat malam tadi jadi aku nasehatkan supaya jangan ke sekolah. Walaupun gitu, Adik masih tetap ingin berpuasa. Sebelum ke pejabat aku bercakap dengan Adik.

'If you can't fast, you can take the medicine and also eat, ok. But, talk to Ibu first', kata aku sambil memegang dahi Adik. Panas sikit.
Adik tidak menjawab, cuma mengganguk kepala.

Petang, apabila aku sampai rumah, Adik beritahu bahawa dia masih berpuasa. Aku mengganguk kepala menandakan bagus kepada Adik. Ibu pun kata yang demam Adik cuma sedikit sahaja.

Pada aku, walaupun pon sedikit, di bulan puasa ini mungkin kesannya lebih kepada anak kecil. Tapi oleh kerana dia tak berapa terjejas, aku sangat bersyukur.

Sebelum berbuka, Adik menghampiri aku. 'Ayah, i really cannot tahan, can I do something to make me forget about food?', tanya Adik. Muka Adik sedih.

Aku tahu apa Adik nak. Tapi pada aku bukan begini caranya.
'Adik, you can do anything you want to while away the time. But, I suggest you read a book as I wont allow you to play the computer', jawab aku tegas.

Adik buat muka kecewa dan mengalih pandangan ke TV. Toopy and Binoo sedang di tayangan.

Hari ini genap 12 hari Adik berpuasa. And still counting.
'

No comments:

Post a Comment