Faim baru sahaja jalani operasi baiki gigi yang rusak banyak. Waktu berjumpa dentist dulu, aku hairan bila Doktor kata gigi Faim banyak yang rusak. Faim berus gigi dengan rajin pagi dan malam. Malah kadang, kalau aku memaksa dia tidur kerana kerap nakal, dia akan membantah kerana dia belum memberus gigi. Tapi menurut doktor, gigi dia begitu kerana dia terlalu suka benda manis dan sebagai contoh ialah minum susu coklat, makan coklat dan segalanya berkaitan coklat. Aku akur dan ikutkan nasihat doktor untuk mengadakan prosedur khusus untuk Faim minggu lepas.
Masalah aku hadapi ialah anak-anak lelaki hero aku, termasuk aku sangat la ngeri kalau melihat jarum doktor. Begitu juga Faim. Jadi, bincang punya bincang, doktor setuju untuk menidurkan Faim supaya dia boleh mengurus hampir tujuh batang gigi yang perlu pakai topi, tampal, gesek dan sebagainya. Pada harinya, Faim sangat takut dan menangis-nangis. Aku yang memeluk Faim sebelum dipakaikan topeng penidur. Dan Faim terkulai layu di depan mata aku. 4 Jam aku menunggu, mundar-mandir bersama Ibu sehingga akhirnya baru dia terbangun dengan bibir yang bengkak.
Di rumah Faim kata dia tak ingat bagaimana dia boleh tertidor. Yang dia ingat ialah dakapan aku yang terlalu kuat hingga dia tertidur. Kata terakhir dia sebagai menutup episod yang sangat ingin dia lupakan, ' Ayah, you are too fat. You squeeze me too hard'. Aku rasa aku perlu mencari 'running shoes' aku semula.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
12 comments:
Ayah, berapa saiz pinggang kamu?
saiz medium
kelakarlah ayah ni.
kelakar dan bersaiz medium... kombinasi terbaik
berapa berat ayah?
lebih berat kepada mata yang memandang
hahaha:B
syukur that u still can hug ur kids..enjoy the moments and always hug them.
tk care.
tgk size anak2 rasanya ayah mmg Fat hehehe betul kata faim kot?
afid : hahaha ye?
mamalisa : hug di saat saat kecederaan. masa biasa mana depa nak. Ayah mmg Fat.. LDL banyak!
salam...lebih berat mata memandang...berat lagi bahu memikul...ehehe....ayah kena gi gym la...
Ayah akan pergi jogging hari ini juga sejauh berpuluh-puluh decameter
Post a Comment