Aku cuba temankan Faim tidur malam tadi. Aku baring sebelah dia dan tepuk-tepuk belakang dia supaya mudah tidur. Lampu sudah aku tutup dan Naim sudah aku suruh diam di katil sebelah supaya tidak menggangu Faim yang cuba hendak lena.
'Ayah, I don't think I can sleep. It is so hard', kata Faim kepada aku.
'Why Faim? Is it so hot?', tanya aku. Heater rumah aku ni pelik sikit. Tak semena-mena dia jadi panas sangat. Tapi kalau kita turunkan sikit, cepat sangat pulak dia turun jadi sejuk dan anak-anak akan mengigil kesejukan apabila tiba pukul 2 atau 3 pagi. 'No, Ayah. I don't know. Maybe it is because the bed is crowded. Can you sleep in your own bed?', tanya Faim sangat diplomatik.
'OK, I go to my room,. You sure you will be OK, right?', aku akur dan bangun berjalan ke bilik.
Di bilik, aku baring sendirian dalam kegelapan mengelamun dan cuba untuk melelapkan mata. Susah juga aku nak tidur sebab tadi selepas Isya aku ada terlelap lebih kurang 20 minit. Ini yang susah sedikit. Lagipun aku terasa seperti ada kekurangan atau tidak kena pula.
Dalam aku hampir terlelap, aku terasa Faim masuk ke bilik dan berdiri di tepi katil.
'Ayah, I still can't sleep. Can I sleep with you here?', dia bertanya dengan suara lemah.
'Of course. Come, hop in. You sleep on Ibu's side, OK', aku menjemput Faim naik. Kali ini aku tidak menepuk dia lagi tetapi membiarkan dia cuba untuk tidur sendiri. Selang dua tiga minit Faim berpusing dan bertanya,' Did you mail my letter to Ibu, Ayah?'.
'Yes', jawab aku pendek.
'When will she be home?', tanya Faim lagi.
'After Nenek is OK. Three weeks time', jawab aku dengan mata tertutup.
OK', jawab Faim.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
7 comments:
tengah pikir maksud tersirat post ni.
hi ada ke yg tersirat? cuba la teka-teka gitu... hehehe...
manjanya..
Anak yang tak boleh tido ke kau yang terkebil-kebil sebab Ibu tak ada? haha...
anak aku le.. nko ni MA.
Growing up..almost there. How's Nenek?
yes they are. Nenek dah buat operation. Tapi kena ada beberapa follow up la.
Welcome back.
Post a Comment