My photo
Stories for my three heroes.

Friday, March 28, 2014

BROGA AND ME


Semenjak balik dari Kanada, aku sangat terminat untuk memanjat Bukit Broga di Semenyih. Bukitnya tak terlalu tinggi. Kalau orang asli mengukur, dia akan cakap tak sampai setengah batang rokok pon udah sampai ke atas. Tingginya hanya lebih kurang 400m sahaja. Tapi mempunyai 3 puncak yang tidak terlalu jauh antara satu sama lain. Namun begitu, aku cukup puashati jika aku hanya mencapai puncak pertama sahaja kerana pada aku tiada bezanya antara puncak pertama, kedua atau ketiga.

Aku tak tau kenapa aku terlalu tergoda dengan bukit yang tidak seberapa tinggi ni. Mungkin kerana mudahnya untuk mencapai ke puncak tanpa perlu mengeluarkan terlalu banyak peluh. Mungkin kerana panorama kehijauan yang mengelilingi laluan ke atas. Mungkin juga kerana udara bersihnya di pagi hari. Atau keceriaan pagi hening sebalik sinaran matahari yang muda. Mungkin juga kerana gelagat dan ragam manusia-manusia yang sama-sama memanjat bukit atas satu alasan ke satu alasan yang lain.

Rutin aku pula ialah aku akan memanjat samada pagi Sabtu atau Ahad. Sebaik selepas solat Subuh, aku akan akan terus memandu kereta menghala ke Semenyih berbekal sebotol air mineral, topi merah, iphone dengan koleksi lagu khusus untuk memanjat, tuala kecil dan Canon T2i aku. Selalunya dipuncak, aku akan mencari sudut terpencil bagi bersendiri, dengan earphone melekat dan DSLR di tangan. Aku suka merakam saat Matahari mulai naik di balik bukit, embun yang menutup hehujung pohon atau saja kelaku orang lain yang sedang memanjat atau mengelamun sendirian di puncak seperti aku.

Waktu aku bercuti lama dahulu pun, aku masih dapat memanjat dua atau tiga kali meskipun Doktor melarang. Hinggalah saat memang aku tak langsung dapat melakukannya selama hampir dua bulan yang mana kerinduan aku kepada nya amat memanggil-manggil. Bulan ketiga, aku sudah tak tertahan dan mula memanjat kembali. Kini, aku berusaha memanjat sekali seminggu selalunya di penghujung minggu. Pernah juga aku memanjat di hari orang sedang berkerja supaya aku dapat bersendirian dengan bukit itu, di pagi Hari Mengundi 2013 dan pada Hari Raya Cina. Aku paling tidak menyukai kalau terlalu ramai orang bersama memanjat kerana ini bermaksud akan banyak botol dan sampah sarap yang akan ditinggal manakala dahan-dahan mungkin mati dipetik oleh tangan-tangan yang gatal. Mungkin, satu hari nanti aku akan memanjat di waktu hampir senja dan melihat matahari jatuh.

Aku pernah mengajak Ibu memanjat sama, tapi kadang Ibu terlalu gayat untuk sampai ke atas dan hanya menunggu aku di bawah. Faim pernah juga ku bawa naik. Walau pun pada awalnya dia agak ragu-ragu tapi bujukan dan galakan aku berjaya juga melihat Faim sampai ke puncak.

'Isn't it great Faim, to reach the top?', tanya aku ingin memberi peransang dan galakan atas pencapaian Faim sampai ke puncak.
'Yeah', jawab Faim ringkas sambil mengunyah biskut bekalan Ibu.
'So, we come again next week?', tanya aku lagi.
'No, Ayah. Next week, in the morning I just want to climb down my bed. That's all!', jawab Faim selamba.
Aku pon diam.







6 comments:

BUNDA said...

Assalam...salam ukhwah dari bunda....
Bunda pernah lalu lalang kat Semenyih tu...biasa nampak sign board Bkt Broga...memang kat Semenyih ye?

rendrazaleigh. said...

Used to come here once every month when i was studying at iium :)

Ayah said...

Bunda : yes, thats the one.

Rendra : udah melupainya?

Engku Artini said...

Besnya ayah berehat di puncak...

Ayah said...

Memang. Terutamanya bila angin bertiup sepoi bahasa.

Unknown said...

Bosan tidak punya penghasilan lebih? coba main di Àgens128
banyak bonus dan keuntungan yang bisa didapatkan disini.
dengan deposit minimal hanya 10rb untuk poker dan 50 untuk permainan menarik lainnya. bisa juga melalui aplikasi OVO serta banyak game menarik yang ada disini
tunggu apa lagi, buruan join bersama kami sekarang juga.

Contact Kami :
WhatsApp : 0852-2255-5128
Line id : agens1288
Telegram : AgenS128

Post a Comment