My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, October 11, 2005

RAYMOND AND I AND KEROPOK

Aku berbaring depan TV selepas solat Isya'. Atok ajak berterawikh di Masjid tapi aku terpaksa menolak sebab aku rasa tak sedap badan. Aku merehatkan diri dengan menonton Raymond. Tetiba aku rasa nak mengunyah sesuatu. 'Keropok' terlintas dalam fikiran aku.

Dengan lemah-lembut aku panggil Ibu, 'Ibuuuuuuuuuuu!!!!' Mata aku tetap memandang ke kaca TV melihat gelagat Raymond dengan Mak dia.
Tiada jawapan.

Aku panggil lagi, ' Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu!'.
Senyap juga.

Aku panggil beberapa kali tapi masih senyap juga. Aku kehairanan padahal tadi rasanya baru tadi terdengar Ibu berkata sesuatu pada Adik. Aku bingkas bangun dan cari Ibu. Tak patut Ibu tak menjawab panggilan aku yang tersangat ingin makan keropok.

Aku ternampak Ibu, masih bertelekong dan memegang Baby Faim. Jari Ibu menunjuk-nunjuk ke buku di depan Adik yang sedang menghabiskan kerja rumah. Perlahan-lahan aku ke dapor. Aku ambik keropok sendiri dan buat air. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Ibu.

Bila aku sampai depan TV, Zaim tersengeh-sengeh hendak mencapai keropok yang aku bawa.

No comments:

Post a Comment