Zaim bermaksud pemimpin. Nama Zaim menentukan nama adik-adiknya yang datang kemudian.
Aku teringat masa kami memilih nama Abang sebelum dia lahir. Ibu merujuk kepada dua buah buku nama-nama dalam Islam di samping melihat kepada internet. Dia juga tanya kepada dua ustaz yang kami kenal. Begitulah prihatinnya Ibu kepada anak pertamanya ini sehingga proses mendapatkan nama sahaja sangatlah elaborate. Dan Ibu memilih nama Zaim. Pemimpin. Aku tidak membantah.
Pada aku, Zaim atau Abang ialah pelopor. Apa sahaja yang dia buat, akan menjadi ikutan oleh adik-adiknya. Apa sahaja yang kami lakukan untuk dia akan membayang bagaimana kami akan membimbing adik-adik dia yang mungkin datang kemudian. Maka itu, memang sebenarnya aku lebih tegas dengan dia. Aku lebih berharap kepada dia. Aku mahu dia lebih berani, lebih cekap, lebih berdikari, lebih petah bercakap, lebih yakin dan berperikemanusiaan. Ini merupakan nilai-nilai yang kami sanjung bersama, kami bermaksud aku dna Ibu. Dia juga seharusnya lebih berusaha, banyak membuat sesuatu dari berdiam diri, lebih bersopan dan lebih beribadah.
Abang aku rasa ialah anak yang tidak susah nak dididik. Tidak banyak kerenah dan jarang membuat perkara yang pelik-pelik. Tiada melompat ke sana-sini tetapi lebih gemar duduk diam. Dia anak yang tenang. Lebih memendam rasa. Cuma sesekali dalam suasana yang senyap dan terasing, dia akan bertanya sesuatu yang peribadi pada dia kepada aku atau Ibu.
Namun, Alzaim aku rasa juga mempunyai sikap kompetitif atau suka bertanding. Tapi dia begitu secara diam. Kadang aku dapat melihat bagaimana dari kelakuan dia yang sentiasa ingin lebih dari Adik. Kalau bermain komputer, dia mahu lebih juara dari Adik. Kalau buat kerja sekolah, dia akan sentiasa komen kalau Adik tidak beri tumpuan. Atau dia akans elesaikan ekrja sekolah dia lebih cepat dari Adik. Begitu juga dalam aktiviti sekolah. Dia akan sentiasa bertanya kepada aku samada dia telah melakukan yang terbaik atau tidak. Samada dia lebih baik dari yang lain. Di sini aku sentiasa terpaksa menekankan bahawa kita memang sentiasa mahu kejayaan tetapi setiap kejayaan perlu dikongsi bersama. Dan kekalahan harus dianggap dorongan untuk terus mencuba dan bukan penghilang semangat atau usaha.
Satu perangai dia yang Ibu tidak berapa berkenan ialah dia kuat merungut atau menjawab, sekiranya ditegur. Kalau ditegah dari berbuat sesuatu, dia akan memberikan alasan kenapa dia perlu begitu walaupun alasannya tidak munasabah. Aku percaya ini semua hasil dari pendidikan sekolah dia yang mahukan pelajar sentiasa bertanya dan menyampaikan pendapat. Dan aku tidak terlalu mahu menghalang sikap ini.
Aku panggil Zaim ke sisi beberapa hari lepas. Dia membelek jam tangan pembelian aku dengan Ibu. Aku berkata,'There might not be any cake or candles for you this year. But, we pray for the best for you for the coming years, as we always do. And, this also means more responsibilities to you. I ask you to recognize what your responsibilities and take charge of it. That is all'. Aku peluk Zaim sambil membayangkan mungkin ini pelukan terakhir. Sehinggalah aku sudah terlalu tua nanti.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment