My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, October 25, 2005

Baby Faim jatuh di dapur dan luka berdarah di dahi. Dia cuba memanjat peti ais untuk mencapai magnet dan jatuh. Luka tidak berapa besar tetapi darah yang keluar memang banyak menurut Ibu. Doktor memberi tiga jahitan ke atas kejayaan Baby Faim tersebut. Ibu beritahu aku segalanya nampak OK dan aku tak perlu risau. Baby Faim tak menangis langsung sewaktu dirawat Doktor.

Aku tak berapa seronok mendengar kejadian yang berlaku. Entahlah setiap kali kemalangan terjadi, sekecil mana pon, aku tetap merasa risau. Rasanya aku gagal memberi perlindungan. Aku teringat kepada Adik dan aku teringat kejadian dia jatuh dalam kolam renang di rumah lama dahulu.

Waktu tu aku sedang menonton TV dan Ibu sedang bergerak ke dapur untuk mengambilkan air minuman untuk aku. Abang di atas bermain komputer sementara Adik di luar mengejar kucing di tepi kolam. Sekejap tu Adik hilang dari pandangan Aku sebab dia berlari keluar dari pandangan muka tingkap. Aku paling ke TV semula dan dengar perlahan bunyi air berkocak. Tanpa berasa risau aku panggil Adik. Tiada sahutan balik. Memang la kalau bermain dengan kucing dia lupa semua. Aku tonton TV balik tapi tergerak nak tengok Adik di luar. Aku keluar.

Sampai di tepi kolam aku tak nampak adik. Aku terus lari ke hujung kolam. Aku jadik panik bila nampak Adik di dalam terkapai-kapai. Aku tak tahu berenang. Aku melaung kepada Ibu. Aku terus berbaring di tepi kolam dan cuba mencapai tangan Adik. Entah dari mana datang kederat aku, dengan sekali capai aje aku dapat tangkap tangan dia dan tarik keluar. Sebaik aku tarik dia keluar, Ibu pon sampai. Adik terus muntah ke aku. Aku tak kira apa dah semua tu.

Adik mengigil kesejukan atau pun ketakutan tanpa berkata sepatah pon. Kami tanggal semua pakaian Adik yang basah. Mandikan dan ganti pakaian kering. Ibu suruh Adik berehat dan tidur. Abang juga berdiam diri dan mungkin juga takut akan kejadian yang berlaku.

Aku rasa semuanya berjalan macam robot. Aku tak ingat kalau aku ada berkata-kata atau tidak. Aku tengok Ibu yang banyak kelola Adik. Perasaan aku entah- 'numb'. Ini salah satu dari beberapa kemalangan yang menimpa Adik. Adik belum 5 tahun masa tu.

Baby Faim baru setahun. Dah mula luka-luka.

No comments:

Post a Comment