Tahun baru semua orang mengharapkan seseorang lain membuat azam baru. Tekad baru, matlamat baru, objektif, sasaran, keinginan, wish list dan sebagainya. Benda-benda gini selalu muncul setahun sekali. Kadang bukan sesuatu yang baru pon. Ada benda yang lama juga masih ingin dicapai kembali.
Yang menariknya selalunya ianya melibatkan benda-benda yang lebih materi. Nak beli kereta Accord, Civic etc. Beli rumah banglo, jalan ke luar negeri. Selalunya melambangkan kemewahan. Ada juga kawan-kawan yang secara separuh mengusik berazam ingin kawin lagi. Aku tak faham kalau ini juga bermaksud kemewahan yang materi.
Mungkin azam seseorang boleh melambangkan keperibadian seseorang. Ada yang berazam ingin menunaikan ibadah haji. Ada yang ingin lebih beribadat. Ada juga ingin berhenti dari apa yang dilakukan sekarang dan membuat sesuatu yang betul-betul berbeza. Ada yang berazam untuk mengubah tingkah laku. Berhenti merokok. Mengurang berat badan. Menyimpan duit. Jaga kesihatan. Mengumpat?
Aku tak lah terlalu melanggan kepada strategi-strategi (setengah orang lain kata dakyah) pemasaran kedatangan tahun baru begini. Pada aku setiap tahun adalah sama. Cuma umur yang bertambah. Umur ini pon dikira oleh tahun yang kita sendiri tentukan cara penghitungannya. Satu tahun ialah tempoh peredaran bumi mengelilingi Matahari. Kalau nak kurang jumlah umur, kita boleh ukur umur dengan peredaran Planet Zuhal mengeliling Matahari pulak.
Tapi aku tak pula menghadkan diri aku dari membuat semakan ke atas diri dan mungkin mencadangkan sesuatu untuk melainkan dari yang semasa. Kata kawan aku, mengikut Chaos Theory sebenarnya kestabilan itu hanyalah sesuatu yang sementara sebab semua kejadian alam berada dalam keadaan yang berlawanan antara satu bentuk kepada bentuk yang lain. Satu tesis bertembung anti-tesis. Dan kestabilan ini berada hanya di pinggiran dalam bentuk sintesis yang sementara. Jadi kehidupan ni kena dan akan selalu berubah-ubah. Tapi tak kesahlah itu semua.
Tahun ini aku cuba untuk tidak menghadkan usaha untuk lebih memahami. Lebih memahami manusia. Manusia seperti rakan-rakan, sahabat handai, saudara mara dan lebih utama ahli keluarga. Aku akan cuba memahami mengapa mereka bersikap dan mengapa pula mereka kurang bersikap. Memahami bagaimana juga penting kepada aku. Bermaksud aku juga ingin lebih memahami keadaan. Bagaimana sesuatu keadaan itu boleh muncul dan memberi kesan kepada manusia lain. Selanjutnya bagaimana pula ia boleh mempengaruhi pemahaman aku kepada manusia-manusia. Dan kepada Manusia yang dekat dengan aku.
Aku rasa kalau aku boleh memahami semua itu barulah aku dapat menghargai semua yang ada. Bila kita mula menghargai sesuai barulah kita dapat menikmatinya. Nikmat kurniaan tuhan. Dan bila ini berlaku, mudahlah untuk aku memimpin diri ke arah yang lebih selesa dan baik. Semoga ini kelak memudah aku memimpin diri kelak di atas titian-titian halus.
Faham, nikmat dan pimpin. (Fahim, Naim dan Zaim?)
Tapi mungkin ada cara lain yang lebih mudah untuk berazam. Semudah bertanya kepada Adik.
'Dik, what do you want to do more in 2007?'
'Ooo... easy Ayah. More playing computer .. hehehehe'
Aku yakin azam Adik akan dengan mudahnya tercapai.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
1 comment:
[img]https://i.imgur.com/DEBnKj9.jpg[/img]
Bosan tidak punya penghasilan lebih? coba main di Àgens128
banyak bonus dan keuntungan yang bisa didapatkan disini.
dengan deposit minimal hanya 10rb untuk poker dan 50 untuk permainan menarik lainnya. bisa juga melalui aplikasi OVO dan pulsa serta banyak game menarik yang ada disini
tunggu apa lagi, buruan join bersama kami sekarang juga.
Contact Kami :
WhatsApp : 0852-2255-5128
Line id : agens1288
Telegram : AgenS128
Poker Deposit Pulsa
Poker Pulsa
Sabung Ayam Online
link sbobet
Post a Comment