My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, February 27, 2007

HAPPINESS

'How old are you?', aku tanya kepada Adik sambil mengiring ke kiri.
'8 plus', jawab Adik pendek sambil memejam mata.
'Hmmm', aku mengiya pendek.

Adik dah hampir sembilan tahun tapi masih perlu berteman sebelum dia dapat tidor. Bila dia sudah terlelap, dia tak perlu ditemankan lagi. Berbeza dengan Abang. Abang tidor perlu ada seseorang dalam bilik. Kerana dia takot. Kalau Adik berpindah tidor dengan kami di tengah malam, Abang akan mengekor sama.

'Did you enjoy the weekend, Dik?', aku tanya Adik lagi.
'Yup, I enjoyed the bowling two times', kata Adik membuka mata sambil tersenyum.
'That's OK. You did well. Were you happy?', aku saja memanjang perbualan untuk melenakan Adik.
'Yes, and I am also happy now with you', jawab Adik menutup mata sambil menarik selimut ke leher.

Secara tak sengaja aku pun tersenyum, happy!

Monday, February 12, 2007

SAINT VALENTINE

Semalam Adik tanya aku, ' Ayah do you celebrate Valentine's Day?'.
Waktu tu aku tengah menaip komputer di rumah. Aku pandang ke Adik dan menjawab, ' Why do you want to know?'.
'You celebrate with Ibu all the time, right?', tanya Adik .
Aku pandang ke Ibu. Ibu nampak tekun membaca surat khabar.
Tapi aku tau Ibu sedang mendengar.

'Adik,' kata aku sambil menghela nafas.
'I have only Ibu to celebrate it with. But you know what?', aku soal Adik balik.
'What?', Adik tanya kepada aku.
'With ibu, each is a Valentine's Day', kata aku sambil senyum kambing dan menjeling ke Ibu.
Aku nampak Ibu mendongak kepala sambil mata memandang ke atas.

Tuesday, February 06, 2007

MORNING IBU

Malam tadi sebelum tidor, aku masuk bilik Abang dan Adik. Mereka sedang bersiap nak tidor. Aku duduk di katil Adik. Aku tepuk-tepuk sikit badan Adik dan kucup dahi dia sambil dia memejam mata cuba untuk tidor. Kemudian aku beralih ke Abang di katil sebelah. Aku cuma tarik selimut dia ke atas sikit. Tepuk bahu dia dan terus keluar untuk tidur dengan Baby Faim dan Ibu. Di muka pintu, aku terserempak dengan Ibu. Rupanya Ibu memerhati apa yang aku buat kepada Abang dan Adik. Tapi Ibu tak kata apa.

Selalu aku bangun pagi dahulu. Tetapi, pagi tadi Ibu bangun lebih awal dari aku. Sebab Ibu kejutkan aku dengan ucapan, 'Abang! Dah nak masuk Subuh' , sambil berbisik ke telinga aku seolah-olah menyentuh. Aku bingkas bangun segala dan capai tuala masuk ke bilik mandi.