My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, February 27, 2007

'How old are you?', aku tanya kepada Adik sambil mengiring ke kiri.
'8 plus', jawab Adik pendek sambil memejam mata.
'Hmmm', aku mengiya pendek.

Adik dah hampir sembilan tahun tapi masih perlu berteman sebelum dia dapat tidor. Bila dia sudah terlelap, dia tak perlu ditemankan lagi. Berbeza dengan Abang. Abang tidor perlu ada seseorang dalam bilik. Kerana dia takot. Kalau Adik berpindah tidor dengan kami di tengah malam, Abang akan mengekor sama.

'Did you enjoy the weekend, Dik?', aku tanya Adik lagi.
'Yup, I enjoyed the bowling two times', kata Adik membuka mata sambil tersenyum.
'That's OK. You did well. Were you happy?', aku saja memanjang perbualan untuk melenakan Adik.
'Yes, and I am also happy now with you', jawab Adik menutup mata sambil menarik selimut ke leher.

Secara tak sengaja aku pun tersenyum, happy!

No comments:

Post a Comment