My photo
Stories for my three heroes.

Friday, March 09, 2007

Sebaik aku mengundur keluar dari pintu pagar, aku nampak Abang tercegat siap berpakaian untuk ke sekolah. Aku panggil Abang naik kereta dan pusing keliling kampung bercerita pasal projek sains dia. Dia perlu elakkan sebutir telur dari pecah apabila dijatuhkan dari ketinggian. Dia cerita rencana dia untuk menggunakan jeli/lengkung, kapas dan payung terjun. Aku mengiyakan sambil memberi sedikit-sedikit pandangan. Kemudian aku turunkan Abang dan memandu ke pejabat.

Waktu aku sedang membeli nasi lemak di pinggir UNITEN, Ibu SMS aku. Aku baca dan tersenyum. ' Zaim woke up early, prayed, had a good morng ride w d father, had brfkst n left 4 schl hapy, a mom's dream! Tq'

Dah tiga tahun aku menulis tentang anak-anak aku. Hanya melalui penulisan beginilah aku berharap dapat melihat mereka dengan lebih jelas apabila pemikiran aku akan mulai pudar kelak. Dan hanya melalui penulisan begini juga aku berharap ingatan mereka akan tetap segar walau ingatan aku dan Ibu akan perlahan menjadi layu kelak.....

No comments:

Post a Comment