My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, February 06, 2007

Malam tadi sebelum tidor, aku masuk bilik Abang dan Adik. Mereka sedang bersiap nak tidor. Aku duduk di katil Adik. Aku tepuk-tepuk sikit badan Adik dan kucup dahi dia sambil dia memejam mata cuba untuk tidor. Kemudian aku beralih ke Abang di katil sebelah. Aku cuma tarik selimut dia ke atas sikit. Tepuk bahu dia dan terus keluar untuk tidur dengan Baby Faim dan Ibu. Di muka pintu, aku terserempak dengan Ibu. Rupanya Ibu memerhati apa yang aku buat kepada Abang dan Adik. Tapi Ibu tak kata apa.

Selalu aku bangun pagi dahulu. Tetapi, pagi tadi Ibu bangun lebih awal dari aku. Sebab Ibu kejutkan aku dengan ucapan, 'Abang! Dah nak masuk Subuh' , sambil berbisik ke telinga aku seolah-olah menyentuh. Aku bingkas bangun segala dan capai tuala masuk ke bilik mandi.

No comments:

Post a Comment