My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, April 24, 2007

Ibu mengadu dengan aku, 'Ayah, Faim ni dah nakal la. Susah betul nak suruh dia mandi sekarang ni'.
Aku pandang Ibu, ' Ya ka? Jirus air je la Bu. Bior dia rasa'. Aku jawab hendak tak hendak. Sebab aku nak nonton citer Life With Bonnie. Citer Raymond dah takde dah.

Aku tahu Baby faim memang dah cerdik dan susah nak mandi. Minggu lepas Ibu sebuk sehari dengan kerja-kerja amal dia. Nenek dengan Kakak ngadu Baby faim tak mau mandi. Aku minta 5 minit dari Nenek untuk uruskan.

Aku dengan tenang pergi ke Baby Faim, ' Faim jom mandi!'.
Mata Faim tetap merenung cerita Mickey Mouse.' Nanak Athi', jawabnya menolak.
Kalau aku paksa sure melalak dan meraung. 'Okla Faim tak mau mandi Ayah dokong Faim nengok bird kat luar, meh', ajak aku mengumpan.
Faim ikut aku. Aku tunjuk-tunjuk sekejap ke pohon sebelum berkata, ' eh baju Faim dah kotor. Faim kena bukak baju la. Eh cuar pon kotor. Meh Ayah bukak suma', aku tanggalkan pakaian Faim sambil terus berjalan ke bilik mandi.

Seterusnya, Baby Faim terikut ajakan aku, sampai aku sikat rambut dia dan dia ambik balik tempat duduk dia depan TV menonton Mickey Mouse.

No comments:

Post a Comment