My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, May 15, 2007

FORK IN THE ROAD

Abang berjaya terpilih untuk mengikuti program Space Camp sekolah dia. Dia akan bersama-sama pelajar-pelajar lain melawat Florida dan kawasan berdekatan untuk mempelajari aspek-aspek sains angkasa lepas yang memang dia minati.

Aku memang menyokong usaha dan minat dia ini. Malah, aku yang mendorong dia mendaftarkan nama walaupun ianya bermaksud yang aku mungkin akan perlu berpisah dengan dia buat sementara waktu.

'You think carefully. If you decide after your conference today that you really want to go for the Space Camp, I will support you all the way. If you decide otherwise, i'll support the same, regardless.', kata aku untuk menyenangkan Abang membuat keputusan.

Aku mau dia pergi dan menimba ilmu. Aku mahu dia mengalami satu pengalaman yang tak ramai anak-anak sebaya dia akan berpeluang. Walaupun pada masa yang sama aku dan kami sekeluarga akan terpaksa berjauhan dari Abang.

Aku perhati Abang. Dia nampak seperti berbelah-bagi. Dia inginkan pengalaman dan pengetahuan. Pada masa yang sama dia tak mau berjauhan. Beberapa hari yang lepas, ketika kami berbincang tentang perkara ini, Abang datang tidur dengan Baby Faim. Kadang dia berbisik dengan Ibu tentang dilemanya. Dia tidak berapa berbincang dengan aku sebab percakapan aku lebih mengutamakan peluang menimba pengalaman dan menimba pengetahuan.

Tapi, sebenarnya dalam hati aku, semuanya sama sahaja. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Biarlah dia yang berkeputusan. Aku hanya seorang Ayah yang dapat menunjukkan jalan tetapi dia perlu memilih jalannya.

No comments:

Post a Comment