My photo
Stories for my three heroes.

Thursday, June 28, 2007

MY ADIK

Selesai aja solat Magrib, telefon pejabat aku berbunyi. Adik menelepon.
'Ayah, when are you coming back?', tanya Adik lembut.

Aku yang sedang mengejar deadline, hampir-hampir naik angin, 'Adik! I have work to do. Don't keep asking, OK. I will be back when i finished'. Aku jawab separuh menjerit kepada Adik.
'OK!', jawab Adik pendek dan terus meletak telefon.

Pukul sepuluh malam aku selesai satu tugasan. Ada lagi dua tetapi aku teringat kepada Adik. Aku juga teringat perbualan dengan sahabat aku sebelum Maghrib tadi. Lantas aku terus kemas meja dan memandu pulang.

Adik menyambut aku di pintu. Muka Adik sedikit masam. Aku salam tangan Adik dan terus masuk, makan dan mandi. Baby Faim dah tidor. Keluar dari bilik air, aku tengok Adik dah mengerekot di atas tilam dia bersedia untuk tidor. Ibu baring di sebelah sambil menutup mata. Aku baring sebelah Adik. Aku tepok badan dia.

Pelan-pelan aku berkata, ' Adik, you know why I got to work, right?'.
'Yes', kata Adik. 'To get us money to buy things', jawab Adik ringkas aja.
'I always try to be around with you', kata aku masih cuba memujuk.
'Yeah, but only on weekends,..... sometimes', tambah Adik.

Aku terdiam. Sekejap kemudian aku keluar bilik ke bawah dan buka beg. Aku termenung. Aku batalkan niat aku dan naik balik untuk berbaring sebelah Adik.

No comments:

Post a Comment