My photo
Stories for my three heroes.

Friday, June 01, 2007

PRELUDE

Bil letrik kat rumah mahal bulan ni. Aku tanya Ibu. Ibu salahkan Baby Faim.

Baby Faim pelik. Dia suka pasang air-con kat bilik. Ibu kata, bila dapat susu, dia akan masuk bilik kami, ambik kerusi, panjat dan tekan suis. Lepas tu dia ambik remote dan pasang air-con. Dan dia akan berdiam sampai susu habis atau pon sampai dia tertido. Kadang hujan lebat pon, dia akan pasang air-con untuk ketenangan dia.

Aku komplen,' Budak ni cuaca negara sendiri pon tak tahan. Bukan panas sangat'.
Ibu sengeh,'Dia ingat dia anak orang putih kot. Tak biasa cuaca panas'
Aku pon tersengeh, ' Mengada si ketot ni. Kalau cam tu kita kena pindah negara sejuk la'. Aku ngusik Ibu pulak.
Ibu jawab selamba,' Ala takyah jejauh. Kita duduk atas gunung aja'.

Aku sengeh lebar.

No comments:

Post a Comment