My photo
Stories for my three heroes.

Friday, June 10, 2005

Abang dengan Adik start cuti sekolah hari ni. Depa akan bercuti sehingga pertengahan Ogos di mana kedua-duanya akan naik darjah.

Ibu tunjukkan pada aku laporan pencapaian Abang dengan Adik. Ibu dah bincang dengan cikgu-cikgu kebaikan dan kelemahan Abang dan Adik. Aku hanya mengganguk sambil meneliti komen cikgu-cikgu.

'Looks like Adik needs more stringent supervision from us', kata aku kepada Ibu sambil menutup laporan-laporan.
'The teacher said he is ok, only for his concentration. His math is good. But,I think he spends too much time with the computer. We better do something', kata Ibu dan aku setuju.

Aku panggil Abang dengan Adik. Mereka datang dan berdiri tegak depan aku.

Kepada Abang aku beri perangsang. ' Next term you will enter Grade 6 where you will face harder task and duties as well as responsibilities. Your results are ok, in fact you teachers seemed to praise you no end. But, I know who you are, so I am reminding you now that things are going to be much much tougher next term. So you better work twice as hard than you have done this year, ok'. Abang hanya mengganguk.

Aku toleh Adik sambil geleng kepala tetapi masih tersenyum. 'Adik actually teacher said you are good. But, why you always don't concentrate at school. She said you need to read more books'. Aku pandang muka dia monyok. Dia harap aku puji dia.

'From now on, I am buying you any books you want from the bookstore. We'll make weekly trips to Borders when possible, and get a book for you which you must finish reading. Just like Abang', kata aku. ' Grade 2 is difficult, Dik. If you don't study properly, Patty will be cleverer than you'.

Adik bukak mulut lembut,' Ayah!'.
'Yes', jawab aku.
'Ok, I will read more books. But, after that can I play computer?', Adik mesti nak selit bab ni dalam negosiasi.
'No, you computer time will be severely limited. Only when you show some progress will I let you play a little bit', kata aku bertegas.

Sebenarnya pencapaian Adik dah memadai. Cumanya cikgu kata dia tak berapa gemar buat karangan dan membaca buku semasa di sekolah. Sebabnya dia tak mau membuat sesuatu tugasan yang terlalu lama. Pada aku ini masih OK sekarang tapi kalau dah dibiar sampai dah besar nanti buleh menajdi masalah. Mungkin perlu sedikit perhatian. Aku harap begitulah.

No comments:

Post a Comment