Nenek kata ke aku hari tu, ' If you are home during Maghrib, maybe should encourage sembahyang jemaah dengan Abang and Adik'. Jadi semalam aku ajak Abang dengan Adik sekali.
Sebelum sembahyang Adik ditugas membentang sejadah. Abang nak aku ajarkan berQamat.
'Ayah, how does it go, maybe i know already', kata Zaim.
Bila aku mulakan dia terus menyahut,' Yeah, I remember we always did that in the Jakarta Mosque'. Dah lama dah tu, fikir aku.
Sebelum bermula juga aku ingatkan Adik, 'Adik, no making funny thing or funny noises or disturbing Abang. You just look down and no sudden movement'. Adik sumber ketawa bagi Abang. Kalau Adik batuk sekalipun, boleh mengundang tawa Abang.
Rakaat pertama berjalan dengan baik. Rakaat kedua aku perasan seperti ada bunyi dari mereka dan gerakan-gerakan yang tak sepatutnya. Rakaat ketiga aku dengar ketawa dengan jelas.
Selesai selepas doa(termasuk juga doa supaya dikurangkan keinginan bermain komputer dan lebih rajin membuat kerja rumah) , aku bertanya kenapa ada ketawa.
Abang dengan muka bersungguh-sungguh berkata, ' Adik kentut in the second one , Ayah. I cannot tahan!'
'Really?' kata aku sambil tak berapa percaya dan menoleh kepada Adik.
Adik dengan muka Adik yang biasa mendongak dan berkata, 'I got so many air'.
Kali ni aku pulak yang tertawa.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment