Beberapa hari yang lepas, gigi depan Adik yang dah lama bergoyang akhirnya tercabut jugak. Adik tunjuk kepada Atok giginya yang tanggal.
'See, Atok! My tooth fell out', kata Adik seraya menunjuk-nunjuk giginya ke muka Atok. Gigi Adik, samada yang tanggal ke atau tidak, bukannya macam ratu cantik, nak di tayang-tayang.
Jadi Atok pon kata, 'Haaaaaaaa, good. Now go and throw it away la Adik'.
Adik jegil mata kat Atok.
'Are you crazy Atok? I gotta put this under my pillow to get money'.
Atuk tercengang sekejap sebelum ketawa.
Malamnya masa Adik tidor, Nenek letak duit seplo inggit bawah bantalnya. Malangnya, Nenek kurang arif tentang peranan 'Tooth Fairy'. Selepas letak duit, Nenek terlupa ambik gigi tersebut untuk dibuang. Bila Adik bangun pagi, dia sangat suka hati dapat duit. Kemudian bila dia nampak gigi dia masih ada, sebagai Adik yang sangat prihatin, dia pun offer pada Abang.
'Abang do you want some money? Tonight you put my tooth under your pillow, then you'll get money like me'.
Abang diam aja. Malas nak melayan rasanya.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment