My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, June 22, 2005

Aku tengah berkerja dekat opis bila dapat panggilan telefon.

'Ayah, can I ask you something', lembut aja suara Adik. Di belakang terdengar suara hingar-bingar dan suara Abang berkata, 'Ask him, ask him' berkali-kali.

'Where are you?' aku tanya dulu ke Adik.

'Errr Jejusco', jawab Adik. Pada waktu yang sama dia kata ke Abang, 'Wait Abang, I'll ask him. Er.. Ayah what kind of perfume you think is the best?'.

'All perfume are the same', kata aku. Aku mengesan sesuatu.

'Just tell me one, Ayah', Adik merayu.

Aku bersemangat nak mengusik, 'I don't like perfume. I already smell good, Dik! Why?'.

Adik diam sebentar. Aku dengar dia cakap ke Ibu pulak, 'Ibu, Ayah don't like perfume, how Ibu'. Aku dengar Ibu kata ke dia,' Ask him about .........'

'Ayah, what perfume you have at home on the table tu?', suara Adik muncul kembali. Lembut.

Aku cuba berdolak-dalik lagi tapi akhirnya aku kesian Adik dan beritahu nama perfume aku. Kemudian aku letak telefon sambil tersengeh-sengeh sendirian.

Hari Ahad lepas aku di'surprise'kan dengan sebotol minyak wangi baru yang indah aromanya. He he he..

No comments:

Post a Comment