Sekarang ni susah aku nak pergi kerja pagi-pagi macam biasa. Aku kena siap diam-diam, pakai kasut sesenyap, bawak beg dan kunci ke kereta pelan-pelan dan start kereta curi-curi. Harapannya gate akan dibuka tanpa berkeriut dan kereta dapat keluar dari garaf dengan enjin stealth. Tapi selalunya ini akan gagal. Segala usaha ini akan diiringi dengan bunyi tangisan dari depan pintu sesosok tubuh kecil. Dengan air mata berjurai dan tangan mengapai, Baby Faim akan menangis untuk naik kereta berjalan keliling kampung.
Baby Faim memang bangun awal. Selalunya dia akan bermain di bawah sendirian. Ibu akan lalaikan dia dengan beri dia susu dan menonton Sesame Street Learning About Letters. Atau kadang Kakak akan bawak dia ke luar dapur menonton Kakak membasuh. Sekarang kami bangunkan Adik dan Abang lebih awal untuk bersiap ke sekolah supaya mereka boleh jugak melekakan Baby Faim sementara aku kabur dari pandangan. Tapi lebih kerap dari tidak, semua usaha dan (tipu) daya kami tak akan berjaya. Bunyi aja pintu dibuka, dia dah bingkas menuju ke pintu. Apalagi kalau bunyi enjin kereta. Satu pagi tu, baru saja aku masuk beg dalam kereta, dia dah tercegat depan mata pegang sepatu.
Dan selalunya, seperti juga pagi ni, aku mengalah. Aku akan panggil Ibu suruh duduk sebelah pangku Baby Faim dan kami pusing satu kampung naik turun bukit sambil mengelak orang berjogging. Dan Baby Faim akan gembira walaupun kadang kala aku ambik short cut kalau aku rasa dah terlambat. Seperti juga pagi ini, selepas buat tawaf kampung dengan kadar yang lebih cepat dari biasa, aku minta Baby Faim dari Ibu untuk dicium supaya dapatlah compensate tawaf yang pendek tu.
'Faim, Ayah nak pergi kerja dah. Faim duk rumah tolong Ayah jaga Ibu, OK?' , kata aku perlahan memujuk dia. Aku harap dia faham. Rupanya tidak.
Baby Faim angkat tangan dan lambai kepada Ibu disebelah.
'Babai Ibu', agaknya kata Faim.
Berat... berat....
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment