My photo
Stories for my three heroes.

Friday, April 11, 2008

SELINGAN - BANG USIN ( WORK IN PROGRESS )

'Betul ke ni, Usin? Kamu ke yang buat kerja-kerja tu?, Tok Aji bertanya kepada Bang Usin dengan lembut.

Bang Usin diam membatu. Mulutnya tertutup. Hanya sesekali aku dengar suara aneh dari mulut Bang Usin seperti menangis sahaja. Dia hanya memejam mata dan terus berbunyi aneh.

PELEPUK! Kaki Din Bagak singgah di pinggang kanan badan Bang Usin yang separuh merangkak. Terus dia tertiarap jatuh. Terus Bang Usin mengeluh kesakitan, aduh! aduh! sambil terus dengan tangisan berbunyi aneh.
'Ambik ni.. bodoh. Jawab tu Tok Aji tanya kau! Bodoh punya budak', Din Bagak jerkah dengan bengis.

Tok Aji bingkas bangun dan memandang tajam kepada Muka Din Bagak. 'Apasal kamu tendang dia? kamu nak seksa dia? Nak bunuh dia? Kalaupun dia bodoh, dia bukan binatang kamu nak seksa', Tok Aji marah sangat.

'Sudah! Sini biar aku selesaikan. Amin kamu bawak Usin naik ke rumah', Tok Aji mengarahkan ke aku. 'Suruh Mak Aji letak ubat', tambah Tok Aji lagi. Aku pandang Mak Aji dengan Kak Ton sedang menuruni tangga mendatangi kami.

Cepat-cepat aku merangkak dan memeluk Bang Usin bangun. Aku kuis kaki Din Bagak dengan tangan supaya dia menjauhi kami. Mata aku memandang ke depan dan mengelak dari melihat muka-muka samseng kampung yang membuas.

'Kamu semua boleh balik dulu. Nanti aku panggil', Tok Aji kembali bersuara.

Apabila semua mereka tetap tidak bergerak, Tok Aji naik marah, 'aku kata balik, balik la. Pergi balik dulu. Nanti aku cakap dengan Si Usin. Kita selesai cara damai', Tok Aji mengeras suara sedikit.

Mendengar nada suara Tok Aji, Din Bagak memandang kepada gerombolan disekeliling dia. sesekali aku nampak mata dia menjeling kepada Kak Ton. Akhirnya dengan perlahan dia mula bergerak pergi sambil memberi amaran, 'Tok jangan ingat ini dah selesai faham. Saya tangkap dia. Saya tahu dia la yang baling batu-batu tu ke pondok-pondok kami. Saya yakin pondok-pondok Si Soh tu pon dia yang baling jugak'.

Aku berhenti di tangga beranda dan menyerah Bang Usin. Aku berpaling ke Tok Aji.
'Itu kata kamu', pendek jawab Tok Aji. Dia malas nak melanjut berbalah dengan Din lagi.

Din Bagak berhenti dan bersetentang muka dengan Tok Aji. 'Saya nampak dia mengutip-ngutip batu-batu tu. Saya tangkap dia tengah kutip batu kat Kuari lama tu. Dia kumpul batu-batu tu nak baling kami la. Ni.. Si Ajin ni nampak berpuluh-puluh batu ada kat kebun pisang mak dia tu. Banyak Tok. Dia nak buat apa dengan batu-batu tu kalau bukan nak baling ke kami? Sudah la Tok. saya dah bagitau kat Ngah kat Balai seberang tu. Suruh dia datang tangkap si Gila ni masuk jel. Kang dengan Tok sekali saya suruh masuk nanti', marah betul Din Bagak dengan Tok Aji. Apatah lagi bila dicabar di depan kuncu-kuncunya, dan juga di depan Kak Ton.

Aku faham kenapa Din Bagak marah sangat.

2 comments:

fingertalking said...

assalamualaikum.. i came across your blog & got hooked up reading the past entries when your kids were smaller. curious saja, apa kesudahan cerita ni, tak jumpa pula, hehe. anyways, hope you are doing well with your heroes & wife. thanks for sharing the tales.

Ayah said...

Trying to finish ... very hard

Post a Comment