Semalam Zaim, Adik, Ibu dan Nenek bertolak ke Padang untuk bercuti. Tinggal la Ayah dengan Atok di rumah.
Aku tak kisah sangat kenapa mereka ni suka sangat berjalan-jalan. Memang bagus kerana dapat menengok negeri dan daerah orang. Tentu dapat mempelajari sesuatu yang lain dalam kita membina sahsiah diri sendiri. Aku rasa Zaim bertuah. Aku sendiri hanya merasa merantau ke negeri orang apabila sudah dewasa. Cuma aku harap, aku dapat punyai masa untuk membawa Zaim mengenal negeri dan negara dia sendiri. Aku menyesal belum dapat berbuat demikian walaupun itu adalah antara tujuan utama aku balik ke tanah air baru-baru ini supaya dia mengenal semua itu sebelum dia terlalu dewasa dan semua itu menjadi terlalu asing bagi dia.
Masa aku kecik dulu (di tahun 70an), memang tak pernah aku berjalan-jalan begitu. Selain dari naik bas ke sekolah, paling jauh aku merayau ke kampong sebelah cari ikan kat lubuk dan kampung belakang tempat orang Cina tanam sayur dan buah-buahan. Kalau ke kawasan maju sikit ada la Pekan Batu Lima, pergi gunting rambut membonceng basikal dengan Bak.
Tapi yang menjadi kenangan aku semalam di KLIA ialah sebelum masuk, Zaim berkata," Ayah, don't worry by Tuesday we'll come back already. We see you Tuesday, Ayah". Paling lama aku berjauhan dari Zaim ialah 9 bulan.
Dalam hati aku berkata,"Sure son, i see you soon and please be safe."
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago