My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, March 09, 2004

SEKEJAP TADI

Sedang aku mengetuk-ngetuk komputer di rumah sekejap tadi, Zaim masuk dan berikan segumpal lipatan kain tebal pada riba ku seraya berkata. " Ayah, you need this nanti".

"Humm", jawab ku gumam sambil mata masih pada layar di depan mata.

Seketika kemudian aku jeling lipatan kain di atas riba. Terus aku berhenti dan memandang keluar tingkap.

Sayup suara Bilal Kampung Cheras Baru baru sahaja selesai mengajak menuju kejayaan ...

No comments:

Post a Comment