My photo
Stories for my three heroes.

Wednesday, August 09, 2006

Abang dengan Adik dah mula sekolah balik hari ni. Dua-dua naik darjah. Aku sengaja keluar lambat untuk melihat mereka bertolak ke sekolah dengan Ibu. Abang dah ada penambahbaikan nampaknya. Dia bangun sendiri pukul 530 pagi, mandi dan solat Subuh. Adik masih terbongkang pada pukul 615 pagi.

Aku duduk di kerusi di luar pintu menunggu mereka keluar untuk naik kereta dengan Ibu. Abang sedang mengenakan kasut dengan aku. Adik terus keluar, sarung kasut dan buka pintu kereta.

Abang jerit pada Adik, ' Adik, did you forget something?'.
Adik berplaing dan jawab, ' What?, I never forgot anything'.
'What about your bag?', tanya Abang.
'Ohhh...' Adik menjawab tersipu-sipu. Dia masuk balik untuk ambik bag.

Aku gelak sendirian. 2 bulan bercuti. Patut la pon.

No comments:

Post a Comment