Dah seminggu Abang dan Adik mula sekolah. Abang Darjah 7 dan Adik Darjah 3. Nampaknya masih OK. Kalau tahun lepas, selalu ada masalah bangun tido, kali ni kurang nampaknya. Abang bangun dan siap sendiri dengan cepat. Adik perlu bantuan Ibu, tapi itu pon tanpa banyak masalah macam tahun lepas.
Abang nampaknya sedikit berubah. Bila aku sampai rumah petang semalam dan tanyakan kerja sekolah dia, dia kata dah siap. Selalunya dia akan buat kerja sekolah pukul lapan dan akan habis hanya pukul 10 atau 11 malam. Kali ni semuanya cepat beres. Adik pon ikut telatah Abang. Kerja sekolah pon siap sebelom matahari terbenam. Buat masa ini aku rasa senang hati.
Ahad lepas aku bersiap dengan Ibu nak ke Taman Rusa dan Taman Burung di Lake Garden. Hajatnya nak bawak semua anak-anak aku. Abang menolak. Alasannya kerja sekolah dia belum selesai. Aku beritahu dia, yang dia boleh tinggal di rumah selesaikan kerja sekolah dan main komputer selama sejam. Abang boleh tentukan sendiri bila dia capai sejam. Aku tak tentukan dia bermain dari jam berapa ke jam berapa, tangan panjang di mana dan tangan pendek di mana. Tak perlu. Hanya syaratnya dia perlu selesaikan kerja sekolah sebelum bermain Runescape tu. Dan aku katakan juga bahawa mulai hari ni, aku tidak akan memaksa Abang untuk ikut segala aktiviti hujung minggu kami. Kalau dia nak turut serta dia kena beritahu. Kami tidak akan memaksa. Dia angguk dan faham. Malam Ahad, dia minta dibawa ke Secret Recipe untuk makan malam. Aku, Ibu dan Adik temankan dia.
Pagi tadi nenek berbual dengan aku.
Nenek kata, 'I am happy with Zaim. He has shown some good behavior. He does his work and takes good care of his brothers especially Baby Faim. Most adolescents his ages are having problem coping with growing up.'
Aku jawab, ' I noticed Abang is taking his things more responsbily nowadays. I hope it will continue. Thank God that so far things are OK with him. '
Nenek setuju.
Aku harap Allah terus memberi petunjuk dan meredha perjalanan hidup kami. Aku harap segalanya akan terus baik dan segala yang kurang yang mungkin muncul, akan dapat jua diatasi, insyallah dengan bimbinganNya jua.
Aku sentiasa berdoa dan akan sentiasa bersyukur. Sebagai orang tua, kita sentiasa risau bagaimana kertas-kertas putih ditangan akan dicorak. Dicorak melalui tangan kita, tangan orang lain dan warna-warna lain yang ada. Bagaimana kita kadang cuba menepis warna-warna yang kita tidak mahukan dari masuk menumpah dan mencacat karya yang kita cuba lakarkan. Kadang kita berjaya, kadang tidak. Tapi aku yakin, kalau dari awal kita lihat warna-warna asasnya sudah terbentuk dengan baik dan tersusun, kita tidak perlu risau samada warna-warna karat boleh mencalar. Insyallah.
Biasanya kita ingin melihat hasil karya terakhir. Tapi kadang mungkin kita boleh yakin dengan warna asas yang ada bahawa apapun hasilnya nanti, ianya bukan yang berkarat, mencalar atau mencacat. Dan kita merasa senang dan bersedia. Untuk apa jua.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment