My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, August 01, 2006

WAR ON THE HOME FRONT

Selesai solat Maghrib, aku turun ke bawah dengan hasrat untuk menyertai Ibu menonton berita. Sewaktu menuruni tangga, aku dengar Adik menjerit jerit suara berkelahi.

Aku terus memanggil Abang untuk menegur dia kerana sering menggangu Adik. Abang muncul dari bilik sebelah dan bertanya, ' Ya Ayah?' . Aku menoleh ke Abang kehairanan.

Aku lekas-lekas turun ke depan untuk melihat siapa yang menggangu Adik. Apa yang aku lihat sangat menggelikan hati. Adik sedang meniarap sambil terjerit-jerit. Puncanya ialah baby Faim sedang duduk di belakang Adik sambil berpaut kuat pada tengkuk dia menyebabkan Adik susah nak bergerak.

Aku pandang ke Ibu, 'Ingatkan Abang yang kacau. Si kenit ni rupanya'. Kendian aku ketawa berdekah-dekah.

No comments:

Post a Comment