My photo
Stories for my three heroes.

Monday, August 28, 2006

Ibu kata Baby Faim dah jadi Superboy.
Dalam kehairanan aku bertanya,' Why? He beat up Abang Cik again?'
Ibu menjawab,' No, he doesn't want to sleep. Usually he sleeps in the morning and again in the afternoon. He hasn't today!'

Alamak. Ini membahaya. Kalau Baby Faim tido sekarang, naya musti dia terjaga kul 8 atau 9 tu sampai tengah malam. Sapa nak layan dia main. Banyak komplikasinya. ' Don't worry Ibu', kata aku. ' Just remind me when it's 645 pm. I use my er... SuperAyah Power', kata aku sambil melihat jam tangan. Sejam lebih lagi.

Tepat jam 645 aku angkut Baby Faim masuk kereta. Siap botol susu dan bantal busuk. Sebelum Baby Faim masuk, aku dah turn on aircon bagi sejuk dulu. Aku bawak Baby Faim jauh sikit ikut jalan takda tol arah ke Bukit Jalil. Sambil tu, aku pasang Lite n Easy kat radio, the killer touch.

Memang berkesan. Belum sampai Bukit Jalil Baby Faim dah terlentuk. Botol susu masih terlekat kat mulut separuh terbukak. Sampai rumah, aku letak atas katil betul-betul di bawah kipas. Baby Faim lena sungguh dan bangun pukul 6 pagi tadi very refreshed. Takda pon minta naik keta keliling kampung.

Malam tadi jugak aku dapat nengok Formula One dari pukul 8 dengan tenang

No comments:

Post a Comment