My photo
Stories for my three heroes.

Sunday, May 30, 2004

Malam satu tu, aku balik dari office dan ajak Zaim dan Naim pi Leisure Mall, cuma nak makan Mcdonalds. Aku rasa lama jugak tak berjalan dengan diorang.

'Boys, you all quickly do your homework, tution and mandi. Then we go. Abang, you pray with me' aku menyalak arahan dengan suara biasa.

Habis semua kelam kelibut diorang buat. Homework, mandi semua berjalan dengan efisien tanpa dolak-dalik. Ibu senyum aja nengok. Ibu tak ikut sebab aku tak ajak.

Bila semua dah siap, aku pon start kereta dan menunggu.

Zaim dengan Naim dah berebut nak masuk kereta dan kedua-duanya nak duduk sebelah depan. Adik dah masuk dulu dan menghimpit Abang keluar. Abang pulak cuba nak menghimpit masuk. Dua-dua menjerit-jerit, 'YOU! ME! YOU! ME!'.

Aku pujuk Adik,'Adik, let Abang in la. You shift in a little bit, please'.

'No, I don't want Abang here. Abang can sit at the back' jawab Adik garang.

Aku tanya Abang pulak,'Bang, you sit at the back, please?'.

'I don't want to sit at the back. Adik should sit at the back because he sat in front this morning masa pergi sekolah' bantah Zaim.

Dua tiga kali aku ulang, dua-dua masih tak berganjak. Akhirnya aku kira sampai sepuluh dalam hati. Habis aja hitungan, aku tutup enjin kereta dan pi ke dapur makan nasi tanpa bercakap sepatah pon.

Habis makan, aku capai buku dan naik ke atas. Masa aku berjalan naik tangga, Adik berbisik perlahan tapi dapat aku dengar.
'Ayah, we agreed to sit at the back, both of us'.

Aku jalan terus ke atas dan seliseh dengan Ibu.

Ibu senyum juga.
Jumaat lepas Zaim mendapat undangan 'sleep over' di perpustakaan sekolah. Ini atas kejayaan dia mengumpul markah lebih dua ratus bagi buku yang dibaca sepanjang penggal persekolahan yang akan berakhir dalam seminggu dua ini.

'Congratulations boy! I know you wanted this since way back then. Well done', kata ku mengucap tahniah. Jarang aku begini, tapi aku rasa ini memang dia layak.

'But, Ayah, Daniel still got the highest points. I only got second best in my class' kata Zaim separuh kecewa separuh merungut. 'I want to get the highest points' sambung dia.

'That's okay la. You got the invitation anyway. Isn't that what you wanted?' tanya aku cuba mengurang kekecewaan dia.

'Yeah, but it's not the same' Zaim masih tak puas hati.

'Zaim, the purpose of the exercise was actually to make you read the books. So that you will learn and know about so many things that only those books can give you. I think you enjoyed the books you read. And that you learned some stuff. To me the exercise has achieved that target and served its purpose to make you a better informed person. I think you should be thankful instead of disappointed' hujah aku panjang. Ini nanti meleret-leret ke lain pulak.

'But, Ayah, I am not No. 1'kata Zaim. 'I am not good enough'.

Alamak, ini kena panjang lebar jugak la. Ini nak kena perah otak sikit.

'Okay la 'Im, let me talk to you about the advantage of being No.2 or second best. When you are at the top, it never means that you have done the best or achieved perfection. You always, always, need to strive further. But, people, human tend to forget that. When they reached the top, they tend to think that they are the best. They become arrogant and look down on others. They think they are great and believe in the fallacy of greatness. Sooner or later they will fall. As all that's up will always come down'. Panjang lebar aku huraikan. Nak habis dah otak aku.

'So' Zaim mencelah sambil memandang muka aku. 'La...ada lagi', pikir hati aku.

'So, if you are No 2, that kind of things are very hard to occur. Unless you are a moron'.

'An idiotic moron?' tanya Zaim mencelah lagi.
'A moronic idiot' tingkah aku sambil menjeling.

Aku sambung lagi, 'At No.2, you can't think you are the best 'cause there is always someone on top. There's always another step up for you to go. There's always someone who sets an example. Here you will gain for the person's experience. You learn the best possible way by avoiding the errors committed earlier'.

'And while you are struggling, you will also see those people down there who are struggling to go to the top just like you, struggling to reach the level you are in. And this is where it gets better.'

' Why? 'cause we can crush them" Heh! Heh! Heh!' Zaim menyebuk lagi sambil menyengeh.

'No la you babbling buffon! You help them. You pity them, you symphatize with them because you know what they are going through as you experienced that before. And with that you help yourself to be a better person. Helping others is always a good thing especially when there is no reward. It is a reward by itself'

'So, you see I don't see anything wrong with you being at No.2. I see only the best things coming for you in future. Remember, ok' ku habiskan ceramah dalam kepenatan.

'Humm, you are just like Calvin's dad. Sometimes you make sense, But, most of the time, not. I can't really figure you out Ayah.'

'Think of me as the ugly old brute you got to live with. It builds character anyway', jawab aku selamba aja. Apa maknanya aku tak tau.

'Whatever la Ayah'.


Friday, May 21, 2004

Zaim ternampak gambar muka hadapan surat khabar semalam.

'What happened to the person, Ayah', tanya dia.

'She was tortured by her employer. I think she did something wrong and the employer just punished her', jawab aku ringkas. Malu la nak cerita dengan budak-budak yang ada orang dewasa yang berakal fikiran dan yang sepatutnya menjadi tauladan kepada anak-anak kecil, boleh berkelakuan seperti binatang.

'She must have committed a serious mistake that she could ended up like that', Zaim sambung lagi.

'I don't know la Zaim. Maybe the employer was not thinking straight to be doing those kind of things to another human being' kata ku menyerah.

'I think the employer must be crazy!' kata Zaim.

Aku setuju tapi keletihan untuk mengiakannya. Aku diamkan diri.

Setelah diam seketika, Zaim bersuara balik,'I think I am lucky then. 'cause my parents are not crazy. I should tell kakak about it'. Zaim terus berlalu ke dapor.

Aku memandang Zaim berjalan dengan mata yang malas. Memikirkan perkara ini sangat memenatkan mental dan fizikal serta kesehatan saikoloji aku. Kejadian-kejadian seperti ini banyak menghantui kerja aku masa aku bertugas di luar negara dulu. Garis bawahnya ialah aku terpaksa akui bahawa ada antara bangsa aku yang ingin dihormati di dunia, boleh berkelakuan seperti haiwan. Entahlah. Bila aku kenangkan muka-muka yang aku pernah lihat di Bahagian Visa dahulu, aku tersentuh. Mereka ini selalunya orang yang susah, berharapan untuk kehidupan yang lebih mulia dengan membuat kerja-kerja yang bangsa aku anggap sebagai kerja-kerja seorang hamba. Sanggup meninggalkan keluarga, anak dan suami/isteri kerana inginkan kehidupan yang lebih baik buat mereka. Kesudahannya...

Friday, May 14, 2004

Zaim dah sehat. Semalam aku ingatkan dia pasal perbualan dia dengan aku sebelum ini.

'Zaim, you still remember asking me for a big brother or a big sister?' tanya aku.

'Yeah, and you said that you can't help' jawab Zaim sambil membaca buku 'Redwall'.

'I am just wondering, if you need someone older for guidance and advice, I am always here you know. Just like adik can always depend on you' aku cuba menjelas.

Aku risau adakah dia cuba nak maksudkan bahawa aku selalu tiada masa untuk dia. Untuk bersama dia, bercakap, berbual, bermain dan bertunjuk-ajar. Rasa aku, aku dah buat sekadar yang termampu.

'Ayah that is different. But never mind, I understand' jawab Zaim.

'Come on you can tell me' aku pujuk dia.

Zaim letak buku dia dan pandang jauh ke depan.

'It is just that whenever adik gets into trouble, he could blame me and put me in trouble. If i have a bigger brother or sister ... see' jawab Zaim. 'But that's not the only reason la,' tambah Zaim dan fokus balik kepada buku dia.

Aku diam dan berlalu.

Pada kesempatan lain, aku cerita dengan Ibu perbualan aku dengan Zaim. Ibu kata,'I think he is trying to say that Adik always gets way with things. And most of the time, you always favor Adik over him eventhough Zaim didn't do any wrong. Maybe you should be balanced in treating them. Lagipun Adik dah besar... 6 years old. He should be responsible for his own actions and punished just like Abang. You cannot protect Adik anymore'. Pandainya Ibu.

Aku dengar cakap Ibu. Selalunya aku ambik perhatian. Walaupun Ibu selalu tegur kalau aku asyik spend time dengan Uncle Panjang. Aku dengar dan selalu ambik iktibar. Walaupun kita ketua keluarga, kita kena dengar pandangan dan nasihat orang yang sama-sama menjalankan tugas dan amanah dengan kita. Samada di rumah atau di pejabat.

Itu pandangan yang terlintas di kepala aku.



Thursday, May 13, 2004

Kadang kita lupa sesuatu yang kita dapat atau nikmati itu adalah kurniaan tuhan. Kita anggap sebagai satu yang kita berhak dan bukan yang kita perlu bersyukur atas kurniaanNya.

Tengah aku berbincang dengan office mate semalam, Ibu telefon kata Zaim sakit perut dan muntah-muntah di sekolah. Cikgu nasihatkan supaya dia balik dan mendapatkan rawatan.

Aku terkejut. Terdiam dan berfikir. Ibu fikir untuk aku, 'Nenek will fetch him and bring home. If he is in a bad shape, Ayah go back immediately and take him to Doctor. If not, but his condition persists, Ayah take him in the evening'. Ok saja la jawab ku. Selalunya kalau Zaim demam, pening, selsema, Ibu sahaja bawak dia ke klinik. Ibu faham ini mungkin something more serious dan Zaim selalunya kalau begini nak aku ada. Dulu pernah masa di Jakarta dia sakit telinga sangat dan doktor nak buat sesuatu dengan telinga dia. Dia tak bagi, sampai aku datang.

Masa jumpa doktor petang semalam pon, dia nak aku pegang tangan. Diagnosis doktor ialah mungkin food poisoning. So, bagi ubat tahan muntah dan cuti dua hari. Lepas tu dia balik tidor.

Aku perhatikan dia tidor sampai terlupa badminton Piala Thomas.

Anak kita adalah kurniaan tuhan pada kita. Bukan sesuatu yang memang hak untuk kita. Seiring dengan kurniaan ini, didatangkan juga tanggung jawab untuk memelihara, mendidik dan membentuknya. Juga penting kita maklumi ialah anak juga bukan satu beban. Ada yang lupa yang mana kadangkala anak dijadikan pula tempat melepaskan geram dan amarah kita. Anak kita tidak berdosa. Ramai ibu-bapa di Malaysia semakin terlupa akan hal ini.

Anak.

Wednesday, May 12, 2004

DEBAR

Zaim nak kena sunat.

Bulan depan dah cuti sekolah bagi Zaim. Jadi aku targetkan 15 Jun tu dia dah boleh disunatkan. Ibu dah aturkan di Pusat rawatan Islam. Aku tak tau la kalau guna Tara Clamp ka apa ka.

Dulu, setiap kali subjek bersunat aku timbulkan, Zaim akan menolak dan berkeras tak mau. Setiap kali dia tanya aku,'What will they do, Ayah?'. Dan setiap kali jugak aku jawab secara konsisten,'They will take an axe and just chopped your thing off'.

Aku rasa sekarang ni dia dah letih nak bertanya. Macam dah berserah pada kuasa tuhan agaknya. Tidak berdolak-dalik lagi.

Aku tau dia masih takut. Aku pun dulu seram. So, aku beritahu dia,'Of course, it will be painful. How painful it is will depend on your threshold for pain. I think yours is very low. However, Ayah will be with you every step of the way and will be in charge of your recovery, OK! So, don't you worry so much'.

Dia tak bercakap banyak.
Sabtu lepas, akhirnya birthday adik dapat juga dibuat selepas ditangguh 3 minggu disebabkan adik sakit dulu. Ramai la kawan-kawan sekolah adik datang dan beri dia hadiah. Selesai acara, adik bawa balik hadiah-hadiah ke rumah. Dia bagi abang dua hadiah dan yang lain dia simpan.

Dalam banyak-banyak hadiah, Zaim suka dengan kad UNO. Asyik dia bermain dengan Ibu, Ayah dan Adik.

Dalam satu ketika tu, dia tanya kat aku,'Ayah, you know why I enjoy this game?'.

Aku mana tau. 'Because you always win?' jawab aku menyindir.

'No la Ayah. It is because it is fun to play this with my family', jawab dia ringkas sambil mengedarkan daun-daun UNO keliling.

Aku alih pandangan dari kad kepada mainan-mainan adik yang lain yang berselerak di ruang depan. Semuanya mahal-mahal dan canggih-canggih.