Sabtu lepas, akhirnya birthday adik dapat juga dibuat selepas ditangguh 3 minggu disebabkan adik sakit dulu. Ramai la kawan-kawan sekolah adik datang dan beri dia hadiah. Selesai acara, adik bawa balik hadiah-hadiah ke rumah. Dia bagi abang dua hadiah dan yang lain dia simpan.
Dalam banyak-banyak hadiah, Zaim suka dengan kad UNO. Asyik dia bermain dengan Ibu, Ayah dan Adik.
Dalam satu ketika tu, dia tanya kat aku,'Ayah, you know why I enjoy this game?'.
Aku mana tau. 'Because you always win?' jawab aku menyindir.
'No la Ayah. It is because it is fun to play this with my family', jawab dia ringkas sambil mengedarkan daun-daun UNO keliling.
Aku alih pandangan dari kad kepada mainan-mainan adik yang lain yang berselerak di ruang depan. Semuanya mahal-mahal dan canggih-canggih.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment