Zaim ternampak gambar muka hadapan surat khabar semalam.
'What happened to the person, Ayah', tanya dia.
'She was tortured by her employer. I think she did something wrong and the employer just punished her', jawab aku ringkas. Malu la nak cerita dengan budak-budak yang ada orang dewasa yang berakal fikiran dan yang sepatutnya menjadi tauladan kepada anak-anak kecil, boleh berkelakuan seperti binatang.
'She must have committed a serious mistake that she could ended up like that', Zaim sambung lagi.
'I don't know la Zaim. Maybe the employer was not thinking straight to be doing those kind of things to another human being' kata ku menyerah.
'I think the employer must be crazy!' kata Zaim.
Aku setuju tapi keletihan untuk mengiakannya. Aku diamkan diri.
Setelah diam seketika, Zaim bersuara balik,'I think I am lucky then. 'cause my parents are not crazy. I should tell kakak about it'. Zaim terus berlalu ke dapor.
Aku memandang Zaim berjalan dengan mata yang malas. Memikirkan perkara ini sangat memenatkan mental dan fizikal serta kesehatan saikoloji aku. Kejadian-kejadian seperti ini banyak menghantui kerja aku masa aku bertugas di luar negara dulu. Garis bawahnya ialah aku terpaksa akui bahawa ada antara bangsa aku yang ingin dihormati di dunia, boleh berkelakuan seperti haiwan. Entahlah. Bila aku kenangkan muka-muka yang aku pernah lihat di Bahagian Visa dahulu, aku tersentuh. Mereka ini selalunya orang yang susah, berharapan untuk kehidupan yang lebih mulia dengan membuat kerja-kerja yang bangsa aku anggap sebagai kerja-kerja seorang hamba. Sanggup meninggalkan keluarga, anak dan suami/isteri kerana inginkan kehidupan yang lebih baik buat mereka. Kesudahannya...
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment