Kadang kita lupa sesuatu yang kita dapat atau nikmati itu adalah kurniaan tuhan. Kita anggap sebagai satu yang kita berhak dan bukan yang kita perlu bersyukur atas kurniaanNya.
Tengah aku berbincang dengan office mate semalam, Ibu telefon kata Zaim sakit perut dan muntah-muntah di sekolah. Cikgu nasihatkan supaya dia balik dan mendapatkan rawatan.
Aku terkejut. Terdiam dan berfikir. Ibu fikir untuk aku, 'Nenek will fetch him and bring home. If he is in a bad shape, Ayah go back immediately and take him to Doctor. If not, but his condition persists, Ayah take him in the evening'. Ok saja la jawab ku. Selalunya kalau Zaim demam, pening, selsema, Ibu sahaja bawak dia ke klinik. Ibu faham ini mungkin something more serious dan Zaim selalunya kalau begini nak aku ada. Dulu pernah masa di Jakarta dia sakit telinga sangat dan doktor nak buat sesuatu dengan telinga dia. Dia tak bagi, sampai aku datang.
Masa jumpa doktor petang semalam pon, dia nak aku pegang tangan. Diagnosis doktor ialah mungkin food poisoning. So, bagi ubat tahan muntah dan cuti dua hari. Lepas tu dia balik tidor.
Aku perhatikan dia tidor sampai terlupa badminton Piala Thomas.
Anak kita adalah kurniaan tuhan pada kita. Bukan sesuatu yang memang hak untuk kita. Seiring dengan kurniaan ini, didatangkan juga tanggung jawab untuk memelihara, mendidik dan membentuknya. Juga penting kita maklumi ialah anak juga bukan satu beban. Ada yang lupa yang mana kadangkala anak dijadikan pula tempat melepaskan geram dan amarah kita. Anak kita tidak berdosa. Ramai ibu-bapa di Malaysia semakin terlupa akan hal ini.
Anak.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment