My photo
Stories for my three heroes.

Monday, March 07, 2005

Adik berlepas dengan Atuk dan Nenek ke Bali malam semalam. Aku dengan Abang sacrifice opening of Formula One sebab nak menghantar depa pergi epot. Tapi kami tape lumba tu.

Di epot macam biasa Abang and Adik main dekat playground kapalterbang depan KFC tu. Dan diorang main pon macam biasa. Sampailah akhirnya Adik nak masuk. Lepas salam semua, aku tengok Adik diam aja. Bila Ibu panggil nampak dia beliakkan mata dia. Ibu kata dia nak tahan air mata. Entah. Ibu tahu la kot. Aku tak ingat pulak kalau dulu Ibu ada beliakkan mata masa aku nak keluar negeri. Ada kot. Kami lambai sampai kat viewing deck dan nampak Adik duduk kat belakang skytrain tu.

Masa dalam perjalanan balik ke rumah, aku usik Abang kalau dia rindu Adik dah. Abang kata tidak.

' But, remember in that essay of yours, you said you missed him when he left you' kata aku masih nak mengusik.

' No lah Ayah. Those thing I wrote just for the grades only ' Zaim masih bersikap macho.

' Ow come Bang, don't be shy ' aku balas walaupun heran dengan retort dia.

Zaim tukar topik. 'Eh! Ayah! You got white hairs la. There and there and .... ' terus aja dia cakap.

Aku bengang. Aku alih Baby Faim ke bahu kiri dan memandang ke Ibu yang sedang memandu. Ibu sengeh.

Malam kami telefon Adik. Pagi, aku tengok Zaim tido pelok Baby Faim.

No comments:

Post a Comment