prologue
----------
Hari ini sudah genap setahun aku menulis. Ianya bermula dengan hanya mengikut dua rakan aku yang juga bergiat dalam blogging. Weblog ini pon kawan baik aku yang set upkan.
Aku hanya menulis untuk anak-anak aku. Aku harap bila mereka sudah dewasa dan dapat membaca, mereka dapat menghayati semula pengalaman mereka semasa membesar. Dan dari itu, akan sentiasa ingat sejarah dan asal usul mereka. Aku minat sejarah dan aku sangat hormati sejarah. Aku inginkan mereka juga demikian. Aku juga cuba selitkan perkembangan semasa. Seperti mengenai pilihanraya, penderaan pembantu rumah, Hari Raya dan sebagainya. Kadang aku ada selitkan sekali pandangan aku tentang sesuatu yang tak boleh resist nak komen. Entah.
Aku tidak menulis langsung kepada anak-anak aku. Tetapi seolah kepada pihak ketiga walaupun aku memang tujukan untuk mereka. Ini semata-mata supaya aku tidak menjadi terlalu preachy. Aku juga tidak terlalu menunjuk mana yang betul dan yang mana yang salah. Setahu aku anak-anak ini kalau kita terlalu menunjuk dan mengarah akan bertindak bertentangan dengan yang kita inginkan.
Tentang anak-anak aku. Mulanya aku cuma tumpukan kepada Abang/Zaim kerana dia yang paling tua dan aku rasa kelakuannya yang aku paling mengerti. Tapi aku dapati bahawa Adik/Naim juga sedang membesar dan mula menunjukkan kesendirian pemikiran dan pembawaan diri. Kemudian, Baby Faim pula. Aku cuba selindung dulu dan perkenalkan secara 'in passing'. Sehinggalah dia lahir.
Ada yang bertanya kenapa mereka bila berdialog berbahasa Inggeris. Memang pon begitu. Mereka kurang berbahasa Melayu kerana bersekolah aliran Inggeris semenjak kecil. Aku pon di rumah berbahasa Inggeris lebih kerap dengan mereka. Zaim boleh berbahasa Melayu sebab aku bertutur dengan dia semasa dia lahir sehingga aku ke luar negeri. Adik membesar dalam persekitaran asing dan Bahasa Inggeris menguasai dia. Itu sahaja. Lagipun, aku rasa sedikit unik bila dialog tu dalam bahasa Inggeris dan penulisan umum Bahasa Melayu. Kedua-duanya penting pada aku.
Dan iya Zaim memang begitu gaya pertuturan dia kalau dengan aku. Aku lebih liberal dalam cara pertuturan anak-anak kepada aku. Tetapi tidak kepada pertuturan mereka kepada orang lain.
Mulanya aku kenalkan tulisan aku kepada teman-teman dekat yang aku kenal. Dan yang mengenal anak-anak aku. Mungkin ada idea dari mereka. Mereka juga Ayah dan Ibu dan ada anak atau anak saudara.
Dalam pada itu aku juga mula mengenal teman-teman yang lebih aktif dan serius dalam memblogging ini. Secara tak sengaja pada mulanya. Kemudian lebih disengajakan dan lebih kerap. Walaupun sehingga kini, aku tak pernah bersua muka. Tetapi rasanya seperti sudah mengenal. Kalau tidak pon, dalam minda sudah terbentuk satu persepsi tentang mereka atau tentang kami.
Setahun sudah berlalu. Aku tak yakin kalau aku dapat menulis secara konsisten. Tapi aku akan cuba kerana sumber penulisan aku berada di sekeliling aku setiap hari. Insyallah.

---------
epilogue
Tuesday, March 09, 2004
Terima kasih kepada teman baik ku yang menolong menyediakan blogspot ni... ruangan ni hanyalah saja untuk mengomentari apa sahaja yang berlalu di pemikiran ku setiap detik dan saat aku mengingat kehidupan yang semakin pantas dan cepat berlalu...semoga tidak menjadi panduan kepada sesiapa pon..
# posted by Ayah @ 8:41 AM
No comments:
Post a Comment