‘Ayah, it’s so noisy la Ayah’, kata Adik.
‘Wait a while la Adik, You’ll get used to it’, kata aku. Aku pasangkan payung besar supaya kami berdua terlindung dari panas.
Adik diam.
Minggu lepas Adik mempelawa untuk mengiringi aku. Abang dah lama menyerah. Bising dan panas katanya. Dua perkara dia kalah. Jadi memang aku tak mau bawak dia. Adik pula memang minat menonton macam aku dengan Abang juga.
Sekejap kemudian Aku perhati pada Adik. Dia lesu tertunduk ke bawah. Bibir Adik kering. Peluh menitik dari hujung rambut dia yang basah. Titik-titik peluh jua menghias pipi dia yang memerah. Badan dia melepek atas tikar plastik di sebelah aku.
Hati aku tak tahan melihat Adik. Aku bergegas mengemas dan mengajak dia balik. Dia ikut tanpa banyak bercakap. Kami ambik bas ke KLIA.
Dalam ERL balik ke Putrajaya, aku termenung. Adik memang berbeza sedikit dengan Abang. Dia tidak merengek hendak balik walaupun dia terpaksa berpanas dan mengalami bunyi bising. Dia faham aku sangat minat kepada sukan tersebut dan tidak mau ‘spoil’ minat aku. Adik dah menunjuk satu sikap orang dewasa iaitu tidak mementingkan diri sendiri. Aku mau sikap ini tetap ada dengan dia.
Aku melihat Adik dengan pandangan sedikit berbeza.
Instagram
6 years ago
No comments:
Post a Comment