Aku tak sangka. Ianya terjadi kepada keluarga aku petang semalam.
Zaim, Adik, Baby dan Kakak tinggal di rumah. Atok ada di atas. Ibu dan Nenek dah turun ke Pasar Malam di bawah.
Masuklah ke rumah seorang lelaki kerana pintu pagar dan pintu grill depan tidak dikunci. Cuma di rapat. Motorsikalnya ditinggal di luar pagar dengan enjin masih hidup. Zaim cuba menghalang dia masuk tapi dia paksa dan terus kata bahawa aku telah melanggar dia hingga jatuh luka. Dia tunjuk tangan dia yang luka. Kakak masuk ruang depan dan diarah ambil air sebab nak cuci luka. Kakak ikut kata sambil dia protes. Orang jahat tu suruh Zaim telefon aku dan minta tulis nombor telefon rumah. Masa semua itu berjalan dia kebas tiga jam tangan aku, DVC Sony aku dan handphone Zaim. Zaim cuba menahan lagi tapi dia terus cabut dan lari naik motor.
Aku terus balik selepas Ibu telefon. Aku bertegas melapor ke polis walaupun Ibu dan Nenek kata bahawa sekurang-kurangnya bebudak selamat dan barang yang hilang tidaklah terlalu mahal. Aku pergi lapor juga. Aku risau sebab jarang ada kejadian seperti ini di kawasan rumah aku. Memang pon Sarjan tu kata begitu. Aku risau penjahat itu akan menjadi lebih berani dan kawasan aku akan menjadi tidak selamat. Mungkin lain kali dia bawa kawan. Mungkin dia bawa senjata.
Selepas melapor, aku ke kawasan Pasar Malam. Aku melilau melihat sana-sini kot ternampak sesuatu yang mencurigakan. Aku pesan sama Adik 7-Eleven, Brader jual burger dan mamak kedai gunting, bahawa kalau ada sesiapa nak jual Video Camera murah, kontek aku. Aku nak beli. Taulah Mamat tu nanti.
Aku balik rumah dekat pukul sepuluh. Zaim masih menunggu. Dia bertanya apa yang berlaku di balai polis. Aku katakan polis marah kepada dia kerana tidak menangkap pencuri tersebut. Dia termangu-mangu. Kemudian aku senyum dan katakan everything should be ok. Aku nasihat dia lain kali jangan biar pintu tidak terkunci dan panggil Atuk kalau ada orang tak dikenali masuk. Aku suruh dia tidur dan pergi kunci semua pintu.
Aku tidur dengan tenang. Semua tindakan yang aku dah buat menenagkan perasaan aku. Memanglah tidak dapat dielakkan. Tapi aku rasa laporan polis aku dapat menyumbang supaya ianya tidak berulang. Jadi aku rasa tenang walaupun masih marah kepada keberanian orang jahat itu. Memang aku bersyukur tiada kecederaan atau yang lebih buruk. Tapi aku tak suka keluarga aku diambik kesempatan seperti itu.
Aku bangun pagi nak pergi kerja. Ibu kata dia tak boleh tidor sepanjang malam. Dia kata nak pasang pintu gate otomatik.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment