My photo
Stories for my three heroes.

Saturday, September 27, 2008

KUEH RAYA

Selepas berbuka dan solat Maghrib bersama, Aku, Abang, Adik, Ibu dan Faim duduk di depan TV. Ibu melayan Faim menulis angka-angka di doodle-board dia. Adik menempel dekat aku sambil mata memandang Mystery Hunters di kaca TV. Abang sedang membaca the Province berkaitan penemuan Bigfoot di hutan berdekatan.

Tiba-tiba Adik bertanya, 'Ibu, are we making any Raya cookies?'.
Ibu mendongak. Nampak plaster di kelopak mata ibu menutup luka yang diberikan 6 jahitan pagi tadi. Kesian Ibu.

'Maybe not this year. Anyway, here is so different la Naim', kata Ibu.
Aku hanya mengganguk.
'How different Ayah. How was it when you were small?', tanya Adik ke aku pula.

Aku merenung jauh. 30 tahun dulu jauhnya. Di rumah, Mak buat sendiri semua kueh-kueh yang kami jamukan pada Hari Raya. Selalunya Mak akan mula membuat kueh apabila tiba 4 atau 5 hari sebelum Hari Raya. Sebabnya selalu Mak akan tunggu Bak buat belanja beli barang-barang dapur. Yang aku tau selalu akan ada beli majerin lebih, telur, esen merah dan vanila, kismis, buah cheri, baking powder dan untuk sekali itu aja, cornflake. Dan selalunya produk majerin yang Bak beli yang dapat la pinggan ke, mangkuk ke sebagai hadiah promosi Hari Raya.

Selalu Mak buat kueh sebelah malam. Waktu kami semua pi terawikh, Mak buat dengan Kak Limah. Untuk mengelak kami mengacau la. Tapi selalunya selesai terawikh, kami masih dapat kacau Mak untuk batch yang last-last. Dan Mak pon selalu bagi kami tolong dan yang mana yang hitam-hitam hangit tu, Mak bagi la kami sebagai upah. Dulu, Oven Mak special. Mak akan guna oven hitam yang ada cap kupu-kupu. Depan dia kaca dan ada macam meter. Oven ni kena letak atas dapur minyak tanah. Bagi kueh-kueh yang kecik-kecik, Mak dan Kak Limah akan susun adunan yang dah ditekap tu atas tudung periuk sebelum dimasukkan ke dalam oven. Selalunya adunan dia sama aja, cuma bentuk kueh tu je yang beza, ada bentuk ayam la, itik la daun la.. Beza satu lagi ialah samada mata dia tu guna cheri merah atau hijau atau guna kismis.

Tapi aku suka kalau Mak buat kueh baulu. Yang ni sebab kena lama sikit nak godek adunan dia, so semenjak asar lagi kami dapat tolong Mak. Yang ni memang di minta kami semua godekkan adunan dalam baldi kecik. Lepas tu guna la dapur arang sebab panas dia nak kena atas bawah acuan tembaga yang berat tu. Tapi aku suka bau adunan tu sebab sedap dan wangi. Apatah lagi bila buka tudungnya aja kueh nya yang lembek lotek dah jadi tembam. Seronok aku.

Seingat aku, kueh Raya kami yang selalu ada ialah samprit, baulu dan kueh goyang. Kueh goyang ni menarik. Sebab kita kena goyang dia untuk tanggalkan adunan dia dari melekat kat acuan tu dan terus masuk ke dalam kuali panas penuh dengan minyak. Mana yang tak menjadi iaitu kembang dia tak betul, senget ke, patah ke, Mak akan beri kami makan. Yang elok-elok terus masuk dalam bekas iaitu tin-tin Milo, Ovaltin, Susu Tepung Dutch Lady dan sebagainya. Dalam dia alas dulu dengan kertas dan Mak dan Kak Limah akan susun elok-elok. Kemudian sebelum tutup, Mak akan lapik lagi satu kertas lubang tin dan tutup untuk bagi kedap udara. Selalunya Mak akan susun tin-tin berisi kueh ni nun jauh kat atas Gobok Pak Awang supaya kami tak dapat curi senyap-senyap.

Lama-lama bila Adik-adik perempuan aku dah besar dan Mak pon dah tua, maka kerja kerja buat kueh tu semua dan diserah kepada mereka. Apatah lagi dengan resipi-resipi modern dari majalah Wanita la, Jelita la, maka suasana kueh Raya kami dah berubah. Tapi dalam semua tu Mak masih akan buat untuk aku, kueh beskut gunting. Khas sebab aku yang mintak. Masa ni aku dah tak duduk JB dan bila balik semula ke KL, mak bungkuskan aku dalam satu tupperware penuh, of course yang kedap udara. Masa ni, kalau aku minta, adik-adik aku akan buatkan. Adik-adik aku jugakla yang menggantikan membuat kueh raya di rumah bila Mak dah takda. Ni pon Kak Limah dah dua tahun takda. Cumanya acara buat kueh mueh raya ni memang dah lama berkurang kat rumah sebab bila diorang dah berkerja dan dah berumah tangga, susah la nak datang atau luang masa buat kueh kat rumah untuk Bak. Lagi pon zaman modern ni lagi senang beli kueh aja. Order aja.

Aku tak kesah itu semua. Sebab kat di KL pon Ibu lebih cenderung order kueh-kueh dari kawan kawan dia. Tapi, tentunya aku tetap berasa nostalgia bila ketika Hari Raya semakin mendekat. Aku sentiasa teringat Mak membuat kueh dengan Kak Limah dan aku tergodek godek adunan kueh baulu. Dan bau kueh yang semerbak di dapur keluar dari oven hitam beralaskan tudung periuk. Indah sekali.

Abang bersuara memecah lamunan aku, 'Ayah, that's a nice and VERY LONG.. LONGGGGGGGG story. Now I am wondering whether I should ask you about how you celebrate Raya. I think not!'
Adik terus menjerit, ' Some other time, some other time'. Gaya dentist dalam Sesame Street.
Aku hanya tersengeh. Fikiran aku melayang balik.

Friday, September 12, 2008

Quality Time

Faim balik dari sekolah terus mencari Abang Long dan Acik.
Zaim dipanggilnya Abalon dan Naim si abang kecik, dipanggil Abacik atau Acik.

'Ibu, where's Abalon?', dia bertanya.
'He is still school', jawab Ibu. Acuh tak acuh.
'And where is Abacik?', dia tanya lagi.
'At school too', jawab Ibu yang bersama-sama kakak mengemas rumah yang tak sudah-sudah.

'Yahoooooo....', dengan riang Faim berteriak. Shazam pon sampai terkejut berlari masuk bawah meja.

Ibu berhenti sekejap.
'Why Faim?', tanya Ibu.

'Now, I can play LEGO Star Wars XBOX by myself', dia jawab dengan selamba dan turun ke basement.

Ibu hanya tersenyum menggeleng.

Saturday, August 30, 2008

BALADA KUCING HILANG

BALADA KUCING HILANG

Dalam kami sibuk memunggah
Shazam mendapat peluang indah
Meluru keluar ke belakang rumah
Terlonjak-lonjak dengan meriah
Shazam meniti di atas pagar
Pagar tipis tidaklah lebar
Lagak gaya seorang balerina
Jaga bahaya disebelah sana

Sekali Kakak menjeling ke kiri
Bayang Shazam dah tiada lagi
Kakak meluru mencari-cari
Anjing-anjing sebelah pulak menyepi

Keliling kampung kakak meronda
Mencari Shazam entah di mana
Abang dan Adik dan Baby Faim jua
Eh eh.. Ibu pon turut mencari sama

Shazam kucing nakal aku berkata
Selamat di rumah, keluar kenapa?
Bagus juga dia tiada
Kencing di sofa aja selalu kerjanya

Jangan risau aku berkata
Pulang sendiri kepandaian spesisnya
'This is a new home', kata Adik pula
Sambil terjegil-jegil dua bijik mata

Mencari-cari sampai ke petang
Namun Shazam tetap tak pulang
Apalah nasib si kucing malang
Hujan turun malam menjelang

Jam 9 malam aku keluar
Di garaj jiran cuba mendengar
Ada bunyi loceng perlahan sekali
Di bawah kereta ku dengar teliti

Abang datang, Adik pon datang
Makanan Shazam digoncang-goncang
Suara kucing makin menguat
Tapi tak nampak apa kelibat

Akhirnya Shazam keluar meluru
Mendengar suara kami sepadu
Basah kuyup semua bulu
Abang memeluk dengan syahdu

Di dalam rumah Shazam gembira
Memakan meminum dengan lahapnya
Semua melihat senyum dan girang
Berakhir sudah balada kucing hilang

Wednesday, August 20, 2008

Abang dan Sekolah

Kaedah di kampung tempat kami tinggal ini ialah kalau kita berpindah rumah, kita mungkin perlu bertukar sekolah. Abang perlu bertukar ke sekolah yang lain apabila kami berpindah kelak. Oleh kerana dia sudah serasi dengan sekolah tersebut dan lokasi sekolah baru adalah lebih jauh jaraknya dari sekolah sekarang, maka aku dan Ibu membuat lawatan ke Jabatan Pendidikan untuk merayu supaya Abang dapat meneruskan persekolahan di sekolah sedia ada.

Bermacam alasan kami berikan, jarak persekolahan, keserasian, persahabatan dan lain-lain alasan. Pegawai Pendidikan mendengar dengan teliti dan mengangguk dan akhirnya berkata yang semua ini akan diputuskan oleh pihak sekolah sendiri. Kami disuruh pulang dan menunggu jawapan. Sebaik sampai di rumah, aku terangkan kepada Abang kedudukan perkara. Abang hanya mendengar sambil bermain Mass Effect. Tak lama kemudian pegawai pendidikan menelefon dan memberitahu bahawa sekolah tersebut memaklum yang mereka gembira sekiranya Abang tidak ditukarkan ke sekolah yang lain dan terus belajar di sekolah tersebut.

Aku dan Ibu merasa lega. Aku cuba berfikir dan mendalami pernyataan sekolah. Aku yakin bahawa keputusan sekolah tersebut pastilah bukan kerana Abang lebih banyak menggunakan masa cutinya bermain XBOX di basement.

Aku menepuk kepala Abang dan berkata, ' You are one weird kid'.
Abang terpinga-pinga dan bertanya, ' What did I do this time?'.

Friday, August 08, 2008

Under the weather


Baby Faim sakit. Ini semua salah Ayah.

Minggu lepas cuti panjang. Ayah seronok sebab cuaca pun baik. So Ayah angkut la, Faim, Acik dan ibu berjalan menikmati cuaca yang sebenarnya panas terik. Mula Faim nak main dekat 'playground', di taman. Bagi. Kemudian nak naik miniature train, bagi. Kemudian nak lumba go kart.

'Ayah, you drive me ok', kata Faim. OK la Ayah jadi supir. Bagi.

Esoknya Ayah nak pergi menebas rumput. Balik dari ladang, nampak Faim tenang aja berbaring tanpa melompat ke sana sini. Controller XBOX disebelah pon tak dipandangnya. Ayah pon merapat dan bertanya, ' Are you OK Faim?'.
Tanpa menoleh kepada aku, Faim menjawab, ' Faim muntah and 'pupu' banyak'.
Aku pegang dahi dia, panas!
Ibu kasitau dia demam dan ceret beret serta muntah. Esok kami bawak Faim ke Doktor.

Hari ni dia masih lemah. Kasian.

Semua Ayah punya pasal.

Friday, July 25, 2008

Nostalgia animasi

Selesai berjumpa Doktor petang tadi, aku balik ke rumah dan terserempak dengan Adik dan Baby Faim berkelahi di depan TV. Seorang nak menonton Spongebob dan seorang lagi nak menonton Dora. Nampaknya keduanya seperti tak mau beralah.

Adik yang lebih tua enam tahun patut beralah. Aku minta Adik turun ke basement dan menonton di TV yang satu lagi. 'I can't do that. Abang is there playing XBOX. He just started', jawab Adik. Itu satu lagi masalah nak minta mengalah sebab aku tau kalau Abang baru mula, maknanya semenjak pagi dia dah beralah dengan Adik dan Baby Faim.

Aku mula mengeluh,' Why must u guys watch cartoons all the time. Go read a book or something', kata aku separuh hati.
'You watched cartoons when you were small', Adik cuba berbahas dengan aku.
'Well I watched good cartoons,' jawab aku. Silap la nak berdebat dengan aku. Ini bukan Dewan Bahasa.
'What cartoons did you watch when you were small, Ayah?', tanya Adik ingin tahu.
'Oh.. all the good ones and educational too...', jawab aku spontan sambil aku memutar ingatan ke zaman silam. 'Let me tell you upstairs, come! Faim, you can go watch your Dora'...














Tuesday, July 08, 2008

Chotto Matte Kudasai

Petang itu aku turun dan mencapai sepatu dan terus menuju ke pintu. Selesai memakai sepatu, aku mencapai kunci kereta dan menoleh kepada semua dan memberi isyarat, 'OK everyone, let's go'.

'Wait, Ayah! Faim is still downstairs', Adik menjawab.
'What is he still doing downstairs? Ibu, I thought you went down to get him? What happened', tanya aku sedikit kecewa dengan Ibu.
'He is very engrossed. Why don't you try', Ibu bagitau aku yang dia dah mengalah.

Aku terus turun ke basement mencari Baby Faim. Dia sedang khusyuk bertarung dengan droids sambil melonjak ke sana sini.
'What are you doing Faim? We should be going now!', aku mengesa Faim segera.
'Wait, I am killing bad guys, Ayah. Some more minutes, OK!', jawab Faim tanpa sedikit menoleh ke aku.
'But, we are all ready to go', aku cuba bertegas dengan Faim.
'Some minutes, some minutes. Wait long hand there OK', Faim meminta waktu. Melihat kesungguhan Faim aku hampir tergelak.Baby Faim sudah semakin membesar. Pandai bermain XBOX Star Wars. Pandai bercakap sensible sentences. Pandai memohon waktu. Dan pandai membuat kami menunggu.

Aku naik semula ke atas dan buat pengumuman, 'SOME MINUTES! SOME MINUTES!'. Adik menyambut dengan keluhan dan menjuling mata ke atas.

Tuesday, June 24, 2008

Terima kasih kepada pengirim.


R asulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah

Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a

Share a doa or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

Saturday, June 07, 2008

MEET SHAZAM







Shazam the Cat : Notice the flash on her forehead...




















Shazam and Diggy the Hamster



















Don't tell Faim I am here, OK!?
Please.. please...

Wednesday, May 28, 2008

KNOW YOUR FEAR

Ibu datang opis hari ni terus mengadu.
'Baby Faim ni dah jadi ganas', kata Ibu.
'Aku hanya mengiakan aja. Ibu ulang lagi,'Baby Faim ganas dah'.

Aku berhenti menulis. Aku pandang ke Ibu dan bertanya,'Kenapa? Apa dia dah buat?'
'He came back from school with his kite with a long tail. Shazam saw it and chased the tail. Faim ran into his room but Shazam caught the tail and ripped it. Faim got so angry he kicked the cat out of his room. Then he threw the kite out too', kata Ibu tanpa berhenti menghela nafas.

Aku nak tergelak. Tapi bila terpandang muka serius Ibu, aku cuba mengawal.
'Really? That's bad. I will speak to him when we get home', aku cuba berserius juga.

Balik rumah lepas aku 'interrogate' Faim, aku menjatuhkan hukuman ikat kaki sekejap. Tapi Baby Faim membela diri, ' Ayah you tie Shazam legs too. Bekos she did my kite'.
'Oh really', kata aku. Aku dan Faim memandang Shazam. Seperti memahami, Shazam lari lintang pukang turun tangga.

Thursday, May 22, 2008

ROCKY PATRIOTISM

'What are you reading Ayah?', Adik tanya kepada aku.
'This is a book on Isaac Brock', jawab aku tanpa menoleh.

'Who is that?', tanya Adik. Abang pon mula datang mendekat.
'He's the guy who was responsible in defending his country from the American attack about 200 years ago', jawab aku secara ringkas. Aku nak habiskan sedikit lagi 'chapter' yang menarik ini.

'So, he was a hero?', Adik bertanya lagi.
'Yes, he was a hero to his people. Even though he died in battle shortly after', aku menambah.
'But, he died!', Abang mencelah.
'Well, dying for your country is the ultimate display of patriotism. Of course it has to be for the right reason. We have several outstanding individuals who have sacrificed their lives for our country', aku menjawab.
'Who Ayah?', tanya Abang mula menunjuk minat.
'Well I told you of Adnan Saidi's exploits at Bukit Candu, right? There's also Jamil Md Shah, slightly a decade later', aku menerangkan kepada Abang dan Adik.
'You should also learn about Dol Said, Maharaja Lela, Tok Gajah and Mat Kilau... heroes of long ago', kata aku lagi.
'Oh I know.. I know... Pbt Aznan', cepat Abang mencelah.
'Yep, him too of the recent time.. and on a different continent', aku mengangguk setuju.

'But there are also nationalists and patriots who have done a lot for our country without having to bear arms or taking any lives', aku menambah lagi.
'What do you mean, Ayah?', tanya Abang. Adik pon mengangguk-angguk ingin tahu.
'Well, in addition to the heroes in the mainstream history books, there are also journalists, writers, educationists who played a role in our history. I can only remember Ahmad Boestaman, Ishak Haji Yaacob, Zaaba, Ibrahim Yaacob...', aku menutur sebutir-sebutir cuba mengingat.

'So, my children, it would make every parents proud if you would have inside you strong feeling of love for your country and would strive to defend its every inch', aku saja berucap sedikit. Aku nak nengok ropa mereka. Muka Abang dan Adik biasa aja.
'Even for a piece of rock?', tanya Abang.
'Yes, even for a piece of rock', jawab aku sambil menghela nafas panjang.

Friday, May 16, 2008

TASEK UTARA

Semenjak aku lulus SPM, aku jarang mengunjung sekolah lama ku. Kerana lepas sekolah, aku sudah tidak tinggal tetap di JB. Tapi, tak ramai yang akan ragui bahawa alam persekolahan penuh dengan saat-saat yang indah. Juga ada saat yang jelek. Tapi bagaimana pun pengalaman nya, kita tidak akan lari dari sentiasa mengingat kenangan persekolahan masing-masing. Dalam bermenung pasal sekolah, aku selalu teringat akan cikgu-cikgu yang aku rasa memberi kesan kepada diri dan sentiasa membuat aku tersenyum dan mengucap terima kasih di dalam hati kepada budi mereka. Aku tak tau di mana mereka sekarang. Aku harap aku dapat mengucap terima kasih ke wajah mereka.

Kalau sekolah rendah, aku masih ingat dengan Puan Hasnah. Cikgu Ilmu Hisab Darjah 5. Cikgu Hasnah juga guru kelas aku. Lima Biru. Sebagai persiapan peperiksaan penilaian, dia akan beri 100 soalan Ilmu Hisab sebagai kerja rumah sebagai tambahan kepada kerja sekolah yang dah dibuat di sekolah. Dan aku akan teresak-esak sendirian menghabiskannya di rumah kerana aku takut tak dapat menunaikan tanggung jawab aku menyelesaikan semuanya. Hingga aku dah tua ni, kalau ada sesuatu yang menganggu aku dari dapat menyempurnakan sesuatu, aku akan mula terganggu emosi gaya seorang pelajar berusia 11 tahun.

Aku teringat Mr Goh masa aku di Tingkatan 2 Zuhrah. Mr Goh Guru Sejarah. Aku tak tau kenapa tapi pada aku Mr Goh seorang yang patriotik pada aku. Mungkin sebab ilmu yang diajarnya itu melibat aspek kemanusiaan dan kenegaraan. Dia mau semua anak murid mengingat segala fakta sejarah yang ditulis di papan hitam. Selepas beberapa hari menghamburkan fakta, pada hari-hari tertentu, dia akan mengarah Ketua Darjah meminjam rotan dari Guru Besar. Kemudian dia akan buat 'announcement', - ' hari ini, rotan!' dalam pelat cinanya. Sesiapa merasa tidak tahu jawapan kepada soalan beliau, boleh terus keluar untuk menerima sekali rotan dari beliau. Sesiapa yang merasa tahu tetapi memberi jawapan salah pula akan menerima dua kali rotan. Tapi aku bukan hanya menghafal sejarah dalam kelas Mr. Goh. Aku diperkenal kepada sosok-sosok manusia yang banyak menyumbang kepada tamadun manusia. Aku kenal Jose Rizal, Gandhi, Lincoln. Aku kenal HM Stanley, Marie Currie dan Albert Schweitzer. Aku juga diperkenal kepada Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan Syed Sheikh Alhadi dan rakan-rakan dari Kaum Mudanya.

Aku teringat juga kepada Mendiang Dr Matley. Professor Geografi bagi subjek kajian Eropah Timur dan Soviet Union. Apa yang terkesan dalam hati ku selain cerita tentang bentuk muka bumi fizikal benua Eropah sebelah sana, ialah cerita-cerita peperangan Dunia Kedua yang dialaminya semasa berjuang sebagai anggota artillery tentera British. Aku seronok mendengar cerita-cerita beliau dan turut bersedih bila dia menceritakan tentang rakan-rakan yang tidak pulang bersama beliau dari medan juang di Eropah. Aku memahami pergorbanan diri kepada kepada sesuatu manafaat yang lebih besar dari diri sendiri.

Itu antara yang aku ingat. Banyak lagi. Cikgu Besar Karim bin Man, Cikgu Sarijan Sarjono(guru BM), Puan Lek(Cikgu Fizik), Pn Fazillah(Bio) dan Mr. Lai yang mengajar Kimia dan Matematik Modern dan Tambahan. Cikgu Tan, guru darjah Satu Kuning. Aku juga ingat kepada Cikgu Teo, Penolong Kanan yang hampir dipukul oleh pelajar-pelajar Cina ketika cuba meleraikan pergaduhan besar-besaran di sekolah antara kumpulan pelajar Melayu dan Cina. Siapa pula yang sanggup melupakan Puan Khatijah yang suka mengancam murid-murid (ancaman dia : 'aku pulas sampai tinggal sarang'). Aku selalu lari dari Puan Khatijah.

Dan siapa tak ingat Mary Ellis di KPP.

'But, Ayah.. tell me about the little green man at your school..', Adik merengek.
'What geen man?', tanya aku balik kepada Adik.
'The green man your friend found in the Chinese cemetery near your school', Adik mengingatkan aku.
'Oh that one, some other time, some other time....', jawab aku segera meniru gaya Telly dari Sesame Street.
Adik berpusing dan menarik selimut.

Friday, May 09, 2008

REVIVAL

Furishikiru ame no naka o

Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari

Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita

Aaaaahhhh...
Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru
Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Tolong Translate :

Monday, April 28, 2008

NATIONAL HOCKEY

'Are they strong, Ayah!', tanya Abang kepada Aku.
'They are the last-ranked of the teams here. But, I am sure they are gonna give the best they could', jawab aku.
'But, they lost yesterday', kata Abang lagi.
'Well, they are a young team. They are playing far away from home and it is really cold today. I see you too are shivering incessantly', jawab aku lagi, saja menambah.
'OK.. go Malaysia...Go... I think we need a kompang next time la Ayah', Abang berkata sambil terus menyorak.






The Great MALAYSIA BOLEH huddle before the start.










Getting ready to go... In the very cold Spring weather.









Attacking the Koreans, with gutso!







Final score. Didn't really reflect how well they played and considering the really strong opponents they have.






Friday, April 25, 2008

MANAGING TIME

Malam tadi Abang datang kepada aku sambil aku mengetuk komputer menghabiskan kertas kerja. 'Ayah, could we make a deal?', kata Abang sambil menunduk muka. Mengelak dari memandang aku.
'What kind of deal. What about?', tanya aku berhati-hati.
'Computer time. I want to control my computer time', jawab Abang.
Ini menarik ni. Fikir aku dalam kepala.
'And how is that?', tanya aku.
'Well, say you allow me 4 hrs of computer playtime every week. I decide when I can play weekend or weekdays. So long as I don't play more than the 4 hrs.', jawab Abang.
'And how do I know you won't exceed the 4 hrs? Can I trust you?', aku bertanya.
'You know you can trust me', jawab Abang.

Abang akan mencapai 14 tahun usianya Oktober depan. Aku tak mengalami banyak kepelikan dalam menangani Abang. Selain dari kekadang dia suka merajuk diri bila tidak mendapat sesuatu, dari segi kerja sekolah dan mengetahui baik buruknya sesuatu tindakan, dia nampaknya boleh mengawal dengan baik. Aku jarang perlu menunjuk ajar kerja sekolahnya. Bila kadang-kadang aku minta buku untuk disemak, aku dapati dia buat dengan kemas dan jarang membuat kesalahan. Kadang dia sempat lagi buat kerja-kerja tambahan untuk markah bonus. Aku rasa aku boleh mempercayai Abang.

'I want a contract on it. Put it on a piece of paper and we both sign', jawab aku.
'No problem', Abang akur dan sekejap kemudian dia bawak kertas sehelai siap dengan tempat untuk initial dan tandatangan.

Aku tandatangan dengan senang hati. Tapi dengan ingatan bahawa aku boleh mengubah bila keadaan berubah seperti kalau aku tergerak menunaikan permintaan mereka membeli XBOX360. Abang mengganguk sambil memikirkan implikasinya.

Sekejap kemudian Adik datang dengan sehelai kertas. Tertulis disitu sejam main komputer pada hujung minggu. Ini kurang sejam dari apa yang aku benarkan. Aku pun tandatangan dengan senyum melebar.

Sunday, April 20, 2008

SALES

Aku, Adik dan Ibu sedang berjalan dari garaj ke pintu dapur.

'It is so sunny, Ayah', Adik menjerit-jerit kesukaan.
'Yeah', jawab aku separuh mengantuk dan masuk ke dalam.

'It would be nice to go have a walk outside. We should go to Kerrisdale. They have sidewalk sales now, I was told', kata Ibu kepada Adik.
'Really, Ibu!', suara Adik kegirangan.
'Yup, go tell Ayah. We could go', kata Ibu.

Aku dengar aja perbualan mereka dari dalam. Aku penat.

Sekejap kemudian, Adik muncul depan aku tercungap-cungap.
'Ayah, let's go to Kerrisdale, now! They are selling sidewalk over there', Adik beria-ia mengajak aku.

Selling sidewalk?. Aku terpinga-pinga sebentar sebelum ketawa sampai sakit perut.

Tuesday, April 15, 2008

BIRTHDAY HYPE AND SKYPE

Semalam Birthday Adik. Usia Adik dah menjangkau sepuluh tahun.

Kami menyambut secara sederhana di rumah. Ibu beli kek Ice Cream dari Safeway. Kemudian kami order pizza dan chicken wing halal dari Chicago Pizza. Ibu juga beli party hats untuk kami semua pakai. Kakak pon kena pakai sama. Dan yang pasti kena ada hadiah untuk dia. Kami dah beli Lego semenjak 2 minggu lepas.

Nenek pon gembira tengok Adik. Sebab Adik sangat suka sampai makan 5 ketul chicken wing. Nenek ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Adik dan tawar diri untuk menyanyi lagu kebangsaan Hari Jadi sekali. Nasib baik Adik kata tak usah.

Selesai makan semua, aku bagi isyarat untuk bersurai. Adik kena sambung buat kerja sekolah dia. Selepas ucapkan terima kasih kepada Nenek, Adik turun ke bawah untuk habiskan kerja. Ibu tutup skype dan Nenek pon hilang dari pandangan.

Sunday, April 13, 2008


Hero of Heroes by Sam Hui

The seas laugh, lashing on both shores.
Carried in the waves, we only know the here and now.

The heavens laugh at the troubled world.
Only they know who is to win and lose.

The mountains laugh, the rain is afar.
When the waves grow old, the world still goes on.

The clear winds laugh, such a feeling of solitude.
Bygone camaraderie, leaving behind a tinge of melancholy.

The earth laughs, solitude no more.
My sentiments laughing still.

(aka "A Laugh at the World" or "A Single Laughter in the Sea")


Friday, April 11, 2008

SELINGAN - BANG USIN ( WORK IN PROGRESS )

'Betul ke ni, Usin? Kamu ke yang buat kerja-kerja tu?, Tok Aji bertanya kepada Bang Usin dengan lembut.

Bang Usin diam membatu. Mulutnya tertutup. Hanya sesekali aku dengar suara aneh dari mulut Bang Usin seperti menangis sahaja. Dia hanya memejam mata dan terus berbunyi aneh.

PELEPUK! Kaki Din Bagak singgah di pinggang kanan badan Bang Usin yang separuh merangkak. Terus dia tertiarap jatuh. Terus Bang Usin mengeluh kesakitan, aduh! aduh! sambil terus dengan tangisan berbunyi aneh.
'Ambik ni.. bodoh. Jawab tu Tok Aji tanya kau! Bodoh punya budak', Din Bagak jerkah dengan bengis.

Tok Aji bingkas bangun dan memandang tajam kepada Muka Din Bagak. 'Apasal kamu tendang dia? kamu nak seksa dia? Nak bunuh dia? Kalaupun dia bodoh, dia bukan binatang kamu nak seksa', Tok Aji marah sangat.

'Sudah! Sini biar aku selesaikan. Amin kamu bawak Usin naik ke rumah', Tok Aji mengarahkan ke aku. 'Suruh Mak Aji letak ubat', tambah Tok Aji lagi. Aku pandang Mak Aji dengan Kak Ton sedang menuruni tangga mendatangi kami.

Cepat-cepat aku merangkak dan memeluk Bang Usin bangun. Aku kuis kaki Din Bagak dengan tangan supaya dia menjauhi kami. Mata aku memandang ke depan dan mengelak dari melihat muka-muka samseng kampung yang membuas.

'Kamu semua boleh balik dulu. Nanti aku panggil', Tok Aji kembali bersuara.

Apabila semua mereka tetap tidak bergerak, Tok Aji naik marah, 'aku kata balik, balik la. Pergi balik dulu. Nanti aku cakap dengan Si Usin. Kita selesai cara damai', Tok Aji mengeras suara sedikit.

Mendengar nada suara Tok Aji, Din Bagak memandang kepada gerombolan disekeliling dia. sesekali aku nampak mata dia menjeling kepada Kak Ton. Akhirnya dengan perlahan dia mula bergerak pergi sambil memberi amaran, 'Tok jangan ingat ini dah selesai faham. Saya tangkap dia. Saya tahu dia la yang baling batu-batu tu ke pondok-pondok kami. Saya yakin pondok-pondok Si Soh tu pon dia yang baling jugak'.

Aku berhenti di tangga beranda dan menyerah Bang Usin. Aku berpaling ke Tok Aji.
'Itu kata kamu', pendek jawab Tok Aji. Dia malas nak melanjut berbalah dengan Din lagi.

Din Bagak berhenti dan bersetentang muka dengan Tok Aji. 'Saya nampak dia mengutip-ngutip batu-batu tu. Saya tangkap dia tengah kutip batu kat Kuari lama tu. Dia kumpul batu-batu tu nak baling kami la. Ni.. Si Ajin ni nampak berpuluh-puluh batu ada kat kebun pisang mak dia tu. Banyak Tok. Dia nak buat apa dengan batu-batu tu kalau bukan nak baling ke kami? Sudah la Tok. saya dah bagitau kat Ngah kat Balai seberang tu. Suruh dia datang tangkap si Gila ni masuk jel. Kang dengan Tok sekali saya suruh masuk nanti', marah betul Din Bagak dengan Tok Aji. Apatah lagi bila dicabar di depan kuncu-kuncunya, dan juga di depan Kak Ton.

Aku faham kenapa Din Bagak marah sangat.

Thursday, March 27, 2008

ZEN OF BICYCLE REPAIRING

'Well... how Ayah? Is it OK now?', adik bertanya kepada aku. Kepala dia terjulur-julur ke depan cuba melihat apa yang aku sedang tukangkan.
'I fixed the nut already, but I think, when u paddle, it might come off again', aku jawab kepada Adik menerangkan masalah yang aku hadapi.

Adik diam sejenak berfikir. Aku pon terdiam berfikir sama. Lama jugak kami terdiam sambil bercangkung dan merenung masalah di depan mata.

Adik tetiba bersuara, ' Take them off, Ayah. I try to learn'. Adik menambah.
Aku mengangkat kepala ragu-ragu,' Are you sure. I don't think so la. Nanti you jatuh how?'.
Aku memang kurang yakin. Kalau aku cabut terus training wheels ni, sure Adik bermasalah nak mengiringi kayuhan-kayuhan Abang nanti. Dan satu lagi, aku akan perlu memegang basikal dari belakang sampai dia pandai.

Adik menangkap keraguan aku. 'You just help me hold the bike first. I will learn fast. Then I can try myself with Abang'.
Aku angguk dan akur dengan keyakinan Adik. Kami cabut training wheels yang memang sudah hampir tercabut. 'OK Dik, let's do it'.

Tak sampai sejam kemudian, Adik sudah boleh mengayuh sendiri. Walaupun ada jatuh-jatuh sedikit, dia boleh mengimbangi diri dia dengan baik untuk mengelak dari jatuh terlungkup dan mengelak dari memberi Abang peluang untuk ketawa berdekah-dekah.

Aku tersenyum dari pintu rumah. Ibu sembunyi di tingkap mencuri-curi dengan video kamera merakam telatah Adik.