My photo
Stories for my three heroes.

Friday, April 02, 2004

Bila Zaim dah besar sikit ni, dia jarang nak keluar rumah jalan-jalan dengan ibu dan ayah dia. Dia lebih prefer duduk rumah aja. Tengok cartoon network atau main komputer. Nasib ada Nenek dia yang ingatkan waktu dia kena belajar atau buat tution.

Selalunya, aku bawak Zaim jalan-jalan dengan tujuan untuk dia belajar. Pi Bird park, Zoo, tugu negara, petrosains, planetarium dan sebagainya. Dah selalu pergi kenkadang muak juga tapi sebab itu-itu aja tempat yang bebudak boleh berjalan-jalan sambil menambah ilmu, ke situ ajala yang boleh pergi walaupun kerap sangat. At least ada benda yang dipelajari.

Aku dah kurang nak memaksa dia supaya ikut aku dan Ibu keluar on weekend. Itu pun semenjak kat KLCC hari tu sedang aku syok melihat orang lalu-lalang Zaim tarik tangan aku,"Ayah, actually what are we doing here? Are we suppossed to learn something?"

Seperti biasa aku terdiam dulu.

No comments:

Post a Comment