Terkadang anak kita ini, walaupun kecil tapi tabiat, perbuatan dan tutur kata boleh mengingat kita kepada hal-hal yang kita tidak terlalu sedar.
Aku selalu juga menyuruh Zaim berbuat sesuatu untuk aku. Ambik air, tutup pintu, bawak surat khabar, pasang TV dsb. Pada aku, mungkin ini membuat dia sedikit bahagia kerana dapat berbuat sesuatu untuk orang tua dia. Tak sangka pulak kalau dia boleh mengintepretasi secara lain.
Aku berbaring di depan TV dan mula nak memanggil nama dia. "Abang Zaimmmm" .
Sebelum sempat aku kata apa apa lagi dia terus menyahut,"Yes Milord, King Ayah Cusco. I am your slave at your every command".
Ibu kat sebelah tergelak-gelak.
ps Cusco ialah Maharaja dalam kartun 'Emperor New Groove'.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment