Zaim suka dengan bolasepak. Kadang dia lebih pintar akan nama pemain atau pasukan yang ditayang di TV. Minat dia tu memang aku sokong sebab aku pun suka dengan bolasepak. Tahun lepas dia main pertandingan bola anjuran sekolah dia. Atas sebab minat aku pergi menonton dia main sambil memberi sokongan moral kepada dia dan pasukan.
Selepas dia bermain perlawanan pertama dia bertanya kepada aku,"Ayah, how did I do? Am I good Ayah?".
Sebagai Ayah sudah tentulah kita selalu nak supaya dia gembira. Aku tau di padang tadi dia bermain sama seperti anak-anak yang lain dan malah ada tiga empat anak-anak lain yang bermain lebih baik dari dia dari pandangan objektif aku.
Jadi aku berterus terang," You were ok, you were very focussed and you were good at pouncing or stealing the ball from your opponent. But you must be stronger because you seem to walk instead of running, and you always fall down", kata ku memberi pertimbangan yang baik dan buruk.
Selepas game itu dua tiga kali aku dengar dia bercerita dengan kawan-kawan dia dan Atuk Nenek dia. " Ayah said I am good at pouncing and very focussed". Dia bercerita bangga kerana mungkin padanya 'approval' dari Ayah dia sangat penting. Aku takut dia bermain bola tu pon sebab nak 'approval' dari aku.
Ceritanya tak selesai di situ.
Selepas tiga perlawanan, satu menang, satu seri dan satu kalah, liga kecil dia itu akan terus bermain hingga masuk bulan Ramadan. Aku kata kat Zaim, " You can continue playing during fasting month dan jangan puasa la on Saturday".
Sebelum perlawanan selanjutnya, Ibu kata kat aku,"Zaim said he wont play in the team anymore. He wants to puasa".
Aku terkesan. Apa pun itu decision dia. Dan tahun lepas dia puasa genap sebulan.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment