selingan - MALAY CHAUVINIST 2
Dulu pernah ada seorang kakak yang agak berumur datang ke rumah aku di Jakarta untuk Majlis Open House aku. Kakak ni mulut dia adalah sedikit kurang dari segi kawalannya.
Masa anak-anak aku bersalam dengan dia, dia pun berkata dengan nada menyindir,'Anak hang ka ni?'.
'Iye la, Kak, yang ni Zaim yang itu Naim' jawab aku selamba aja la.
'La aku ingat anak Cina mana', selamba je dia kata.
Dalam hati aku sangat tersinggung, tapi aku diam sahaja.
Tiba-tiba Zaim mencelah,'Auntie, maybe I look Chinese, but I am still a nice boy, you know'.
Muka aku berubah. Tapi aku tengok muka kakak tu sangatlah berubah.
My birth story - Arrival of precious baby Tyler
8 years ago
No comments:
Post a Comment