My photo
Stories for my three heroes.

Tuesday, January 08, 2008

MAK'S WISDOM

'Mak, orang nak ikut kawan pegi tangkap ikan kat Kempas', aku minta izin dari Mak.
Kalau aku pergi terus pon mak bukan tau. Tapi, aku rasa aku kena bagitau Mak juga supaya dia tau, atau ada restu dia. Mak selalu akan bagi dengan cara dia.
'Kau tu bukan tau berenang. Kau jangan masuk air yang dalam, dalam.. kang kau lemas', Mak jawab dengan tegas dan keras. Amaran bercampur sindiran sekaligus dengan izin(aku anggap la).
Dan, aku pon ikut kawan aku dengan gembiranya.

Di hari lain pulak.
'Mak, orang nak ikut Udin pegi tangkap belalang kat pusing-pusing(Merry-Go-Round-maksudnya kawasan playground)', aku beritau Mak.
'Kau nak buat apa? Nak makan suma belalang tu?', Mak tanya aku dengan cara tersendiri.
'Taklah. Kitorang nak jual pada Ah Kow tu bagi burung dia makan. Nanti dapat duit nak beli eskrim', aku kena jawab dulu dan beri alasan baik.
'Pepanas buta ni? Sukati kau la. Kang kalau dia tanak beli, kau bawak balik; makan dengan nasik. Duit ke mana, eskrim ke mana', jawab Mak sambil terus buat apatah kerja mengemas dia.
Walaupun aku boleh anggap jawapan dia sebagai izin, aku rasa ada banyak maksud lain. Aku kensel plan aku.

'Ayah, I am bored. I got nothing to do all day', Abang beritau aku separuh merengek.
'The school haven't called?', aku tanya balik.
Abang geleng.
'What about the book I bought for you yesterday? The Golden Compass tu..', aku tanya lagi.
'Halfway.. but I got headache. Can we go out and eat something?', Abang meminta dari aku.
'Hey.. it's nearly 10 o'clock. The shops are closed. This is not like KL where we can have our roti canai at anytime we fancy', aku jawab mengingatkan Abang.
'Oh ya... I miss the roti canai at Putrajaya', Abang mengangguk-angguk.

Kesian menengok Abang, aku ajak dia naik tidor.
'Now, come let's go up to Adik and see whether he is asleep already. I'll tell a story. Do you remember my Mother, Tok Mak. I don't think Adik does. He was so small... let me tell you about my mother... she was a real special lady... you always have to listen carefully to what she was saying or you would miss what she actually wanted you to hear... ......' Dan aku cerita bagaimana peleotnya kalau nak minta sesuatu dengan Mak. Atau nak menapsir kata-kata dia.

Tuesday, January 01, 2008

Like snowflakes falling

on calm water

I sat by the Lake

Thursday, December 20, 2007

Saturday, December 15, 2007


The Journey Thus Far :






The Sky Blue

The Boy Serene


Something temporary




My Home Sweet Home







A Blanket for the Cold





















Time to get some White















On the way to the airport....

Waiting for Abang!

Wednesday, November 21, 2007

THIS IS TO INFORM THAT DUE TO CERTAIN CIRCUMSTANCES THE BLOG KISAHDENGANANAK WILL BE TEMPORARILY PUT ON HOLD UNTIL THE MIDDLE OF DECEMBER

AYAH AND FAMILY WISH EVERYONE THE BEST OF HEALTH AND THANK FOR ALL THE SUPPORT AND ENCOURAGEMENT THUS FAR
20 NOVEMBER 2007

Wednesday, October 24, 2007

BAK'S WISDOM

'Ilmu Hisab, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa orang putih. Kau belajar empat subjek tu. Itu aja yang penting. Kau ingat apa aku cakap', Bak berkata dengan tegas dan yakin. Aku terkebil-kebil mendengar cakap Bak. Aku sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan. 'Kalau kau dengar cakap aku ni, kau belajar betul-betul, kau jadik pandai. Hidup kau senang. Anak bini kau senang nanti. Mak, Bak dah takda masa tu. Tau?', Bak menyambung lagi syarahan-syarahan dia. Aku mengganguk-angguk kepala. Puan Hasnah bagi aku 100 soalan Ilmu Hisab setiap hari sebagai kerja rumah. Tapi Bak jarang menolong aku membuat kerja sekolah.

Enam tahun kemudian, waktu aku sedang bergelut lagi, Bak masih dengan nasihat yang sama. Dan Bak masih tidak membantu aku menyiapkan kerja sekolah. Namun aku tetap mendengar. Tapi masa tu aku dah faham bahawa Bak hanya sekolah melayu setahun. Bak tak berapa tahu cakap omputih. Setakat Yes dan No sahaja. Waktu tu subjek sains aja sudah ada tiga, fizik, kimia dan biologi. Matematik dan Geografi ada dua subjek berbeza. Bak cuma amalkan Matematik pada hujung bulan bila dia nak berbelanja di Kedai Apek di Batu Lima. Kadang pon aku dan Adik-adik yang tolong hitungkan.

'Adik, this is not right. You always forgot. Past tense. Put '-ed' here and plural here put 's', ok. And underline all your key words. You will lose half a point for all that silly mistakes', aku tegur ke Adik. Dah berkali aku ingatkan. Adik masih Adik yang suka bermain walaupun waktu belajar. ' I told you many times, focus on your work so you will be good at school and can go to good College. Then, you can be a better person than me, ok!,' aku tegaskan kepada Adik. Adik hanya mengganguk seperti aku dahulu.' If you study hard, you may be able to study oversea!', tambah aku lagi.

Waktu aku nak keluar negeri untuk sambung belajar dulu, Bak ada tambah satu nasehat lagi. Nasehat yang aku belum pernah dengar. Sebelum aku beredar dengan kawan-kawan masuk ke dalam terminal di Lapangan Terbang Subang, Bak memegang bahu aku dan bercakap,'Nanti bila kau dah balik, dah jadi orang senang. Kau jangan lupa tolong orang-orang susah. Kau ingat apa aku cakap'. Muka Bak masih bersungguh-sungguh macam 10 tahun dulu.

Tuesday, October 16, 2007


HAPPY THIRD BIRTHDAY - MUHAMMAD ALFAIM
15 OCTOBER 2007

* pictured 2 years ago

Sunday, October 14, 2007

LONG DISTANCE LEBARAN

Aku diberitahu bahawa ia adalah masjid terbesar di daerah di sini. Tapi aku dinasihatkan untuk membawa sejadah sendiri kerana kemungkinan yang boleh berlaku. Aku dengan Adik tiba sejurus sebelum solat bermula. Kereta-kereta pengunjung lain sudah bersusun di tepi jalan, di luar kawasan masjid. Sesampai di masjid, aku nampak ramai manusia sudah membentang sejadah di luar perkarangan.

'Oh oh, this is not good', aku kata kepada Adik. Adik hanya mengganguk. Walaupun cuaca sedikit dingin, Adik tidak mahu berpakaian tebal sebaliknya hanya berbaju Melayu. Kalau terpaksa bersolat di luar, aku rasa Adik akan mengigil kesejukan. Kami berpusing ke belakang masjid dan mendapati kemah yang dipasang juga penuh dengan manusia. Ruang badmintonnya juga telah penuh diisi oleh kaum muslimah.

Di pintu masuk belakang, aku ternampak ada ruang bersebelahan dengan tempat letak sepatu. Aku membentang sejadah untuk aku dan untuk Adik. Bersebelahan dengan sepatu-sepatu orang. Tertunai juga hajat aku pagi ini. Pulang ke rumah, aku terus meminta makanan yang Ibu siapkan. Tapi Ibu mengingatkan aku akan tradisi biasa. Lalu kami semua bersalam-salaman dahulu. Adik kelihatan gembira sekali.

Waktu petang, kami mula merasa berbeza. Aku pasang Skype dan bercakap dengan Abang. Ibu, Adik dan Baby Faim pon ikut bercakap sekali. Abang kelihatan muram sedikit. Adik muram banyak. Abang beritahu bahawa segalanya dah disiap dan dia akan bertolak dalam masa sekejap lagi. Aku dan Ibu tidak berhenti menasihatkan dia supaya menjaga diri, tingkah laku dan keselamatan. Aku ingatkan bahawa dua minggu adalah tempoh yang lama dan dia perlu gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman dan pengetahuan, bukan sekadar bersuka-suka sahaja. Dia nampak faham. Akhir sekali kami doakan keselamatan dia.

Malam tadi semasa menonton TV, aku rasa suasana ruang tamu sepi dan muram. Aku pon terdiam sama. Tiba-tiba Adik mula tersedu-sedu dan berbaring ke aku menyebut nama Abang dan beberapa perkataan lain yang aku tak berapa faham. Tapi dengan melihat wajah dia aja aku dapat mengerti. Aku usap kepala dia hingga tertidur.

UPDATE : 15 OCTOBER 2007 - MONDAY

Ibu cuba menelepon Abang di Hotel di Florida. Amazingly, Ibu dapat dihubungkan dengan bilik Abang dengan mudahnya. Puas Ibu bercakap, baru Ibu berikan gagang telefon kepada aku. Aku bertanya perkara-perkara biasa seperti kesehatan, jet lag, teman sebilik, program selanjutnya dan berbagai lain. Abang kedengaran seperti biasa dan seperti kepenatan. Dia beritahu bahawa pihak kastam Amerika Syarikat mengeledah beg dia dan tetapi tidak mengeledah kawan-kawan yang lain. Aku selamba sahaja menjawab, 'Well, maybe they think you are a terrorist'. Abang hanya terdiam. Aku rasa sedikit sebanyak dia mula merasa realiti kehidupan yang sebenarnya. Aku janji tidak akan terlalu menghubungi Abang tetapi meminta dia menumpukan kepada aspek pembelajaran lawatan dia. Apatah lagi dengan euphoria Angkasawan Pertama Malaysia masih hangat di serata dunia.

www.kisahdengananak.blogspot.com/2007_05_15_archives.html

Tuesday, October 02, 2007

LIVE MUSIC

Aku sedang menaip sambil mendengar lagu Ungu di Youtube. Tetiba satu rentetan bunyi aneh kedengaran di belakang.

Teng! Teng! Tong! Tong! Ting! Ting!

Segera aku berpaling ke belakang. Adik sedang memegang satu instrumen musikal, biola. Tangan dia memetik-metik tali biola tersebut. Patut bunyinya pon semacam.

'I thought you are going to do your homework?', aku tanya ingin tahu.
'This is my homework, Ayah. I have to practise', jawab Adik sambil terus memetik-metik lagi tali violin dia.
'Well, shouldn't you be using that stick to rub it on the strings or something', tanya aku lagi sambil menunjuk ke batang pengesek biola dengan dagu aku.
'Today is my first day la Ayah. I have to learn the notes this way first', jawab Adik tanpa langsung memberhentikan rentak.

'Ok la Adik. You go ahead', jawab aku sambil menyambung mendengar kekasih gelapku di Youtube. Tapi kali ini dengan lebih sukar sedikit.

Tuesday, September 25, 2007

IN SICKNESS AND IN HEALTH

Hari ni dah masuk 12 Ramadan. Adik tak sehat malam tadi jadi aku nasehatkan supaya jangan ke sekolah. Walaupun gitu, Adik masih tetap ingin berpuasa. Sebelum ke pejabat aku bercakap dengan Adik.

'If you can't fast, you can take the medicine and also eat, ok. But, talk to Ibu first', kata aku sambil memegang dahi Adik. Panas sikit.
Adik tidak menjawab, cuma mengganguk kepala.

Petang, apabila aku sampai rumah, Adik beritahu bahawa dia masih berpuasa. Aku mengganguk kepala menandakan bagus kepada Adik. Ibu pun kata yang demam Adik cuma sedikit sahaja.

Pada aku, walaupun pon sedikit, di bulan puasa ini mungkin kesannya lebih kepada anak kecil. Tapi oleh kerana dia tak berapa terjejas, aku sangat bersyukur.

Sebelum berbuka, Adik menghampiri aku. 'Ayah, i really cannot tahan, can I do something to make me forget about food?', tanya Adik. Muka Adik sedih.

Aku tahu apa Adik nak. Tapi pada aku bukan begini caranya.
'Adik, you can do anything you want to while away the time. But, I suggest you read a book as I wont allow you to play the computer', jawab aku tegas.

Adik buat muka kecewa dan mengalih pandangan ke TV. Toopy and Binoo sedang di tayangan.

Hari ini genap 12 hari Adik berpuasa. And still counting.
'

Thursday, September 13, 2007

LONELY HEARTS

Semenjak Adik dah mula sekolah ni, Baby Faim tiada berteman di rumah. Adik balik pukul 3 petang. Sehingga itu Baby Faim akan tiada berteman nak bergurau dan semestinya untuk berkelahi sekali sekala. Aku tidak berapa perasan yang dia akan kesunyian.

Sehinggalah pagi ini.
'Ayah, where you going?', Baby Faim yang sedang baring menonton TV tanya ke aku.
'Office! I got to work', jawab aku.
'OK', jawab Baby Faim balik, pendek.

Kemudian dia terpandang Ibu. Ibu masih lagi memakai tudung sebab baru balik dari menghantar Adik ke sekolah. Cepat-cepat Baby Faim bangun dan menjerit ke Ibu.
'Ibu.. nanak go office. Ibu stay here. Ayah go', dia memberi arahan kepada aku dan Ibu.
'OK, OK, I go. Ibu stay, ok', kata aku lekas sambil terus beredar ke garaj. Dalam hati aku, nasib dia tak minta keliling kampung satu dua kali macam dulu.

Wednesday, September 05, 2007

SCHOOL

Adik masuk sekolah hari ni. Sekolah tempat baru. Seminggu lepas, aku sibuk mendaftar nama Adik untuk masuk sekolah di Jabatan Pelajaran Tempatan di sini. Mereka siap bagi suntikan imunisasi sekali pada Adik. Menangis Adik, dia ingat datang nak daftar aja.

Sekolah Adik dekat aja dengan rumah. Boleh jalan kaki. Adik suka berjalan tapi dia minta basikal. Aku risau sebab walaupun dekat, dia kena lintas jalan besar. Lagipun kalau Adik naik basikal, kena siap dengan training wheels, buat malu aja. Setakat ni, Ibu je teman Adik jalan ke sekolah. Bila dah sejuk nanti susah jugak.

Balik sekolah tadi, Adik nampak biasa aja. Takda pon nampak takut ke apa. Aku rasa dia pandai menyesuaikan diri.

'So, what did you do today?', aku tanya Adik.
'Nothing much. Just playing and writing down what I do well', jawab Adik tersenyum.
'What are they?', aku bertanya pelik.
'Playing computer and.. errrr dancing under the disco ball!!', jawab Adik termalu-malu.
'Hah what? Disco?', aku kehairanan. Bila masa pulak dia kenal disco. Aku berfikir. Walaupun Adik seorang yang manja, aku rasa dia akan cepat membesar di sini. Susah le aku nak membagaikannya.

Friday, August 31, 2007

Sejarah Kita

Singapore was then under the control of Tengku Abdul Rahman, the Sultan of the Johor-Riau-Lingga Sultanate (otherwise known as the Johor Sultanate), in turn under the influence of the Dutch and the Bugis. Hence, he would never agree to a British base in Singapore. However, Tengku Abdul Rahman had become a sultan only because his older brother, Tengku Hussein or Tengku Long, had been away getting married in Penang when their father, the previous sultan died in 1812.

According to Malay culture, a person has to be by the dying sultan in order to be considered as a new ruler. Tengku Abdul Rahman was present when their father died. The older brother was not happy with the development while the temenggung who was in charge of Singapore preferred Tengku Hussein to the younger brother.

The British had first acknowledged Tengku Abdul Rahman at the time of their first presence in Malacca. The situation however had changed. In 1818, Farquhar visited Tengku Hussein in the little island of Penyengat, off the cost of Bintan, the capital of the Riau Archipelago. There, new plans were drawn and in 1819, Raffles made a deal with Tengku Hussein. The agreement stated that the British would acknowledge Tengku Hussein as the legitimate ruler of Singapore if he allowed them to establish a trading post there. Furthermore, Tengku Hussein and the temenggung would receive yearly stipend from the British. The treaty was ratified on February 6, 1819. With the Temenggung's help, Hussein left Penyengat pretending that he was 'going fishing', and reached Singapore where he was quickly installed as Sultan.

The Dutch were extremely displeased with Raffles' action. However, with the signing of Anglo-Dutch Treaty of 1824, the Dutch receded its opposition to the British presence in Singapore. The treaty also divided the Sultanate of Johor into modern Johor and the new Sultanate of Riau.


'I don't understand la Ayah!', Adik memandang muka aku penuh kehairanan.
'Oh nothing, Dik. I am just reading our history from the Wikipedia', aku menjawab kepada Adik.
'Well, don't read it to me. I wanna play toys now', kata Adik sambil terus berlari ke basement. Bermain dengan toys.

Aku mengalih muka dari komputer dan mencari Ibu yang sedang mencuci pinggan.
'Ibu, has Abang fixed the date of his flight in December?', aku bertanya kepada Ibu.
'Yes', kata Ibu sambil terus sambung mencuci.
'Lamanya....', jawab aku. Pendek.

Saturday, August 25, 2007

TOOTH MUMMY

'Mummy! The tooth fairy forgot to put money under the pillow', jerit Ameerul dan Sofia. Sofia kecil daripada Ameerul. Mungkin dia hanya mengganguk kepala aja, mengiyakan kata Abang dia.

Mummy tergamam sekejap. Tapi rasanya Mummy memang cekap men'cover' diri. Tugas Mummy memerlukan skill itu.' Oh yes, that. Maybe the tooth fairy got lost and couldn't find its way to our house', tenang je Mummy kelentong.

'OK, mummy. We put the teeth back under the pillow', jawab Ameerul gembira. Esoknya mereka akhirnya dapat duit mereka berserta nota dan lukisan kartun sekali.

Kedua-dua anak kecil itu berbincang. 'Maybe mummy put these you know', kata Ameerul. 'But, Mummy cannot draw la Abang', si kecik pulak menambah. Ameerul mengganguk bersetuju.
Mummy yang melihta dan mendengar tergelak kecil.

Cerita ni aku dengar dari kawan aku. Aku cerita kepada Ibu. Ibu pun tergelak kecil.
Ibu kata,' Kids will be kids. Full of wild ideas'.

Aku pun menambah,' Mommies will be mommies. Full of tricks'.

Aku dengan Ibu tergelak.

Saturday, August 11, 2007

I SEE YOU

Aku bertanya ke Abang, ' So what have you been doing?

'Abang tersengeh-sengeh menjawab, 'this and that!'. Nampak muka dia macam malu-malu nak menjawab.

Aku tanya lagi,' what this and that, example please?'

Abang diam kejap. Ragu-ragu. " Oh.. I helped Nenek take out the washing from the machine when it's done. I also helped take the clothes in when they are dry. And, when it rains, I am supposed to tell Nenek before taking the clothes in really really fast. Oh, and I also watered the plants, including the flowers planted by Ayah'.

'That' s all?', Ibu pulak mencelah.

'Well, I also feed the fish. Daily!', tegas Abang.

'That's not so tough', kata Ibu. 'School started already, right?. How was it?', Ibu tanya lagi.

'So far everything is ok. Ibu, how if my homework is too hard. Sometimes, Nenek doesn't understand my school work', tanya Abang.
'Ask Nenek first. You could also ask your friends. But, don't copy, ok. If it is too hard, ask your teacher. There's no harm in asking for help', nasehat Ibu.
'Ok', pendek aja Abang jawab. ' Where's Adik and Baby Faim?', tanya Abang sambil cuba menunjuk senyuman.
'They are still asleep', cepat aku pulak mencelah. 'Do you miss us?', tanya aku.
'NO... errr maybe, umm sometimes. Maybe sometimes', Abang jawab perlahan sambil menundukkan muka ke bawah. Aku dengar Ibu menarik nafas perlahan.
Sekejap kemudian Abang menatap wajah kami lagi. ' Er.. Ibu, Ayah.. it's nearly ten o'clock. Nenek asked me not to stay up too long. I am going to bed, ok!', Abang beritahu.
'Ok, Abang. Have a good sleep, OK. Listen to Atuk and Nenek always and be a good boy. We really miss you, always not sometimes. Ok. Good night!', kata Ibu tersekat-sekat.
'OK, good night', jawab Abang. Sekejap itu wajah Abang pun hilang dari pandangan.
Aku pun menutup Skype dan berpaling ke Ibu, muram.

Friday, July 27, 2007

HIJRA

Minggu lepas aku berbincang dengan Abang.

'So Abu Bakar was the only one who followed Mohammad to Madinah?', tanya Abang.

'Well, he was the one who accompanied the Prophet when he left Mekah. But, most Muslims had already left by the time Mohammad decided to leave', jawab aku sambil mengingat-ingat pelajaran sejarah Islam masa sekolah menengah.

Abang diam sekejap. 'So, he was not really running away and abandoning his followers behind?', tanya Abang lagi.

Aku angguk,' In fact, the Hijrah was an important factor that strengthen the movement and I personally think that it was the beginning of the new, stronger and more compact Islamic community, less the persecution'.

'Hah?', mulut Abang ternganga.

'Well after the Hijrah, Islam became strong, gradually. In a few years, the people in Madinah had managed to challenge the supremacy of the Meccans. The fought battles and won, they forged new partnerships and alliances, they developed their own economy that could challenged the long established trading economy of Mecca. Finally. they conquered Mecca and after that, as they always say, is history', aku cerita ke Abang lagi.

'So Hijrah is good. Moving places is good?', saja Abang bertanya lagi.

'Well, at this age, Hijrah doesn't mean only the physical movement of one from one location to another. It could refer to one turning over a new leaf, adopting a different new approach to life, looking at things in a new and hopefully better perspective... like that. And taking up a new challenge.. for better or the worse', kata aku menghabiskan cerita.

Abang mengganguk-angguk.'So, new challenges are good, eh?', Abang sebut sambil terus mengganguk.

Aku mengganguk sama.

Thursday, June 28, 2007

MY ADIK

Selesai aja solat Magrib, telefon pejabat aku berbunyi. Adik menelepon.
'Ayah, when are you coming back?', tanya Adik lembut.

Aku yang sedang mengejar deadline, hampir-hampir naik angin, 'Adik! I have work to do. Don't keep asking, OK. I will be back when i finished'. Aku jawab separuh menjerit kepada Adik.
'OK!', jawab Adik pendek dan terus meletak telefon.

Pukul sepuluh malam aku selesai satu tugasan. Ada lagi dua tetapi aku teringat kepada Adik. Aku juga teringat perbualan dengan sahabat aku sebelum Maghrib tadi. Lantas aku terus kemas meja dan memandu pulang.

Adik menyambut aku di pintu. Muka Adik sedikit masam. Aku salam tangan Adik dan terus masuk, makan dan mandi. Baby Faim dah tidor. Keluar dari bilik air, aku tengok Adik dah mengerekot di atas tilam dia bersedia untuk tidor. Ibu baring di sebelah sambil menutup mata. Aku baring sebelah Adik. Aku tepok badan dia.

Pelan-pelan aku berkata, ' Adik, you know why I got to work, right?'.
'Yes', kata Adik. 'To get us money to buy things', jawab Adik ringkas aja.
'I always try to be around with you', kata aku masih cuba memujuk.
'Yeah, but only on weekends,..... sometimes', tambah Adik.

Aku terdiam. Sekejap kemudian aku keluar bilik ke bawah dan buka beg. Aku termenung. Aku batalkan niat aku dan naik balik untuk berbaring sebelah Adik.

Wednesday, June 13, 2007

IN GOODNESS AND IN BAD

Dekat wajah Abang di antara hidung dan bibir atas dia, aku nampak macam ada kehitam-hitaman.

'Is that your moustache?', aku tanya ke Abang.
'Yes', jawab Abang pendek sambil mata dia tertumpu kepada komputer bermain Stronghold Crusaders.

'You know what this means? You are already a big boy'!, kata aku sambil tersenyum.
'So?', masih pendek jawaban dia. Nampak macam tak interested aja dia.
'So, you should now be responsible for your own actions.', kata aku seterusnya.

Melihat dia masih endah tak endah, aku terus berkata, ' Well, from now on all your actions will be recorded. Good or bad. There are two guys on each of your shoulders recording everything. Do you know their names?'. Aku akhiri dengan pertanyaan.

'I know', jawab Zaim kelihatan masih tak berminat.
'Who?', tanya aku.

'Labu and Labi', jawab Abang selamba.

'CISSSSSSSSSSS!!!!', aku berdesir panjang.

Friday, June 01, 2007

PRELUDE

Bil letrik kat rumah mahal bulan ni. Aku tanya Ibu. Ibu salahkan Baby Faim.

Baby Faim pelik. Dia suka pasang air-con kat bilik. Ibu kata, bila dapat susu, dia akan masuk bilik kami, ambik kerusi, panjat dan tekan suis. Lepas tu dia ambik remote dan pasang air-con. Dan dia akan berdiam sampai susu habis atau pon sampai dia tertido. Kadang hujan lebat pon, dia akan pasang air-con untuk ketenangan dia.

Aku komplen,' Budak ni cuaca negara sendiri pon tak tahan. Bukan panas sangat'.
Ibu sengeh,'Dia ingat dia anak orang putih kot. Tak biasa cuaca panas'
Aku pon tersengeh, ' Mengada si ketot ni. Kalau cam tu kita kena pindah negara sejuk la'. Aku ngusik Ibu pulak.
Ibu jawab selamba,' Ala takyah jejauh. Kita duduk atas gunung aja'.

Aku sengeh lebar.

Thursday, May 17, 2007

APPRECIATION DAYS

Baby Faim tak sehat. Demam panas dah tiga hari. Semalaman dia menangis. Ibu susah nak jaga sebab dia tak mau makan ubat. Nak kena paksa baru masuk. Itu pun kadang dia boleh muntah. Aku tak sampai hati. Kadang aku cuba bantu Ibu. Pagi buta semalam, aku terjaga dengar suara Ibu memujuk Baby Faim makan ubat. Sabarnya Ibu. Lama aku diam mendengar dekat 20 minit Ibu memujuk sebelum aku ambik Faim bawak turun dan pujuk stail aku.

Malam sebelum tidor, aku tanya Ibu pasal pujukan Ibu kepada Baby pepagi buta tu. Ibu kata memang dengar kelakar tapi dia tak mau marah-marah Baby. Bila aku tanya kenapa, dia kata sebab aku selalu tegur dia kalau dia marah anak-anak dia. Aku termenung sejenak.

Susah betul nak jadi Ibu. Nak nasehat bebudak. Kadang Ibu ni pun macam guru jugak, perlu mengajar dan menjaga. Nak jaga hati suami. Itu yang penting komunikasi antara suami dengan isteri. Dalam hubungan ni, memang sangat perlu la kita semua menghargai dan menyambut Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Telekomunikasi Sedunia.

btw : Baby Faim nampaknya dah kurang sikit demamnya. Malam tadi dia minta tidur dengan Abang dan Adik.