My photo
Stories for my three heroes.

Monday, December 26, 2005

Monday, December 19, 2005

SIBLINGS

Abang dah bertolak pagi tadi. Dia ikut Nenek ke Seam Reap nak tengok Angkor Wat. Ibu, Adik dan Baby Faim hantar depa kat airport pagi tadi. Aku tak ikut sebab aku kerja dan aku nak cuti hujung minggu ni. Maksudnya aku kena selesaikan banyak yang tertunggak hujung tahun ni.

Adik kata dia tak mau ikut walaupun berkali Nenek ajak sama. Aku tak tau kenapa tapi rasanya Naim ni kurang rapat dengan Nenek. Mungkin sebab dia membesar dengan kami kat luar negeri dulu. Abang dibela dan dibelai oleh Nenek sejak lahir. Abang dengan Adik walaupun mempunyai minat yang hampir sama tetapi mempunyai karektor berbeza. Namun demikian, mereka masih mengambil berat tentang hal mereka adik-beradik.

Ibu cerita tentang perbualan dalam kereta menuju KLIA pagi tadi. Abang dan Adik bertengkar dan tolak menolak. Sekejap kemudian Adik diam.

'I don't want Abang to go!', kata Adik.

'That's why we ask you to go with Abang and Nenek', kata Ibu menasihati.

'But, I don't want to go and I don't want Abang to go too', jawab Adik.

Aku tak tau kalau muka Adik sedih semasa dia berkata-kata. Ibu tak cerita. Aku rasa Adik mengambil perangai aku bab ini. Tak suka perpisahan, ditinggal atau meninggalkan.

Ibu cuba mengusik Adik. ' Why do you want Abang to be around? You will only quarrel with Abang day and night', tambah Ibu.

Adik mencelah, ' That's why... if Abang go away, I cannot quarrel with him...'

Selamba jawapan Adik. Tidak langsung membayangkan yang dia akan merindui Abang atau akan kesunyian. Tapi dari cerita Ibu, aku boleh menangkap rasa hati Adik. Dia takut kesunyian. Dan, malam ni aku rasa dia akan tunggu aku balik untuk bercerita tentang sehari yang dia lalui tanpa berkelahi dengan Abang.

Monday, December 12, 2005

BABY FAIM PANDAI

Baby Faim telah mencapai satu lagi kemajuan dalam kehidupan dia yang baru setahun lebih tersebut.

Aku pulang ke rumah dalam kepenatan kerana kerap bertugas di luar. Masuk aja ke muka pintu, aku di sapa oleh suara girang Baby Faim yang menjerit ' Ayah ' dari dapur. Hampir hilang semua rasa penat di badan mendengarnya.

Tapi Baby Faim menunjukkan satu kepandaian baru. Dari dapur, dia terus berjalan tertatih- tatih tanpa pimpinan sesiapa menuju ke Ayahnya yang mula membongkok diri untuk mendakapnya. Dengan tersenyum-senyum dan dengan mata yang membulat dia berjalan seperti zombie mabuk hingga akhirnya aku dapat mendakapnya. Aku peluk dengan erat dan dengan rasa sayang yang teramat sambil bersorak girang. Pandai Baby Faim sudah berjalan. Ibu dan Nenek nampak tersenyum bangga.

Akhirnya, Baby Faim melepas aku dari dakapan. Aku sangka dia nak berjalan balik kepada Ibu di dapur. Tapi dia terus menonong ke arah pintu. Dia tunjuk ke arah kereta seraya berkata, 'Meh.. meh...meh...' sambil menoleh kepada aku. Rupanya dia nak naik kereta juga walaupun dah pandai berjalan. Ibu tertawa melihat gelagat Baby Faim

Tuesday, November 29, 2005

DEMAM DAN UBAT

Hujung minggu lepas Ayah tak sehat. Ayah demam dan selsema.

Ayah kena dok rumah dengan Baby Faim. Ibu sahajalah yang menghantar Abang ke kelas drum dan Bahasa Malaysia. Adik pergi kelas Art pon, Ibu yang hantar. Nenek sibuk dengan tution Math.

Ayah dengan Baby Faim. Rasanya Baby Faim sekarang lebih demanding. Dia mintak dipimpin keliling rumah. Memula dia tunjuk ke pintu. Kemudian dia tunjuk ke sepatu dia. Selepas disarungkan dia tunjuk ke halaman. Dan seterusnya Ayah berkeliling rumah macam nak tawaf haji sambil memimpin Baby Faim. Oleh kerana Ayah tak berapa sehat, Ayah sampai tergelincir kat tepi longkang. Nasib baik Baby Faim tak apa-apa.

Bila bosan keliling rumah, Baby Faim minta keliling kampung. So, Ayah bawak Baby Faim naik kereta keliling kampung perlahan-lahan. Turun naik bukit. Naik turun bukit. Bila dah bosan keliling kampung, Ayah pandu kereta jauh sedikit sampai ke Putrajaya. Pagi begitu petang pon begitu.

Namun begitu, Ayah puas. Petang tu, bila Ibu tanya Ayah macamana, Ayah kata GREAT!!, sambil tersenyum lebar. Walaupun Ibu heran, tapi Ibu pon senyum.

Sebenarnya, Ayah puas sebab petang tu dalam kereta balik menghala ke rumah, Baby Faim dah boleh sebut AYAH! AYAH! AYAH!. Sukanya Ayah. Hilang demam segala.

Saturday, November 19, 2005

KNOWLEDGE AND HUMILITY

Bulan puasa lepas Zaim bertanya pada aku, 'Ayah, what's the Lailatul Qadar?'. Kami sedang memasang pelita di pagar. Kali ni aku pasang 6 biji pelita aja. Sebab pertamanya minyak tanah mahal dan dah susah nak dapat kat kedai apek tu( lagipon apek tu dah tahu aku bukan cina, so no diskaun). Sebab kedua, aku tak tahan bau minyak tanah melekat kat tangan.

'It's the holiest night during Ramaddan', jawab aku tanpa banyak berfikir.
'Yeah, but why?', tanya Zaim tak puas hati.

Aku toleh ke Zaim. ' Well, it's suppossed to be the night when the first verse of the Quran was brought down to earth! It is so special that it is said to be better than a thousand months', kata aku mengingat apa yang aku pernah baca.
'Ooooo... ', sahut Zaim tersedu-sedu. 'Yes... ooooo', jawab aku pula.

Kami masuk ke dalam. Aku sambung, ' It is said that if we do a lot of ibadah, the pahala should be 1000 times more than on any other ordinary night'.

Zaim angguk. ' How come you know so much? ', dia tanya balik kat aku.

'I don't. I read and I listen. No one can claim he knows everything. You know the story of Nabi Musa?' , aku tanya Zaim.

'Tell me', jawab Zaim.

Lalu aku ceritakan tentang Nabi Musa yang pada satu ketika mengatakan beliaulah manusia terpandai tetapi diingatkan oleh Allah bahawa ada yang lebih pandai. Aku sampaikan tentang arahan Allah kepada Musa untuk membawa ikan di dalam balang dan sekiranya ikan hilang maka Musa akan bertemu dengan bijak pandai itu.

Di sini, Zaim terus menjerit, ' Is it about Khidir the Guide?'

'Yes, you know about him?', tanya aku. Aku cuma kenal dia sebagai Nabi Alkhidir.

'It's in the book i read. From my Agama class', kata Zaim. Dia bangun ke piano dan mencapai sebuah buku berkulit hijau dari beg sekolah dia. Selected Stories from the Quran - tertulis di depan.

Aku tersenyum dan berkata, 'See, reading is very good. You read so you know stuff'.
Zaim angguk.

Terlintas pula di fikiran aku. Aku ingat aku lebih tahu dari anak kecil aku, rupanya dia pon sudah mengetahuinya.

Friday, November 18, 2005

TRAVELLERS' RAYA

Raya tahun ni aku nak buat sesuatu yang lain dari selalu.

'Instead of Raya in Johor, we go somewhere else. After Prayer, we go North, ok?', aku cerita dengan Ibu dan anak-anak. Mereka angguk saja. Atok dan Nenek pon nak ikut sama. Aku rasa janggal tapi sebab nak tengok kelainannya tu, aku gagahkan juga.

Jadi kami, buat pertama kalinya( selain masa kat luar negeri dulu) telah beraya pertama bukan di rumah atau di kampung seperti kebiasaan orang. Kami ke Perak iaitu Lumut, Teluk Batik dan Pangkor. Macam orang melancung. Abang dan Adik nampak biasa sahaja. Tidak merungut sangat pasal Raya yang berlainan ini.

Tapi sangkaan aku salah. Masa balik ke KL Adik bercerita, ' Ayah so strange we don't go back Johor. Raya different la Ayah! Can we visit Tok Bak nanti?'. Aku mengiyakan sahaja dan kata mungkin Raya Haji nanti.

Abang menyampuk juga, ' Ya Ayah, we didn't get to visit Tok Mak's grave'. Aku terdiam.

Baby Faim takda kata apa sangat, tapi aku rasa kalau aku boleh faham ' Meh! Meh! Meh!' dia tu, rasanya maksud dia mungkin, 'Duit raya, duit raya duit raya'. Agaknya la.

Tuesday, October 25, 2005

INJURIOUS

Baby Faim jatuh di dapur dan luka berdarah di dahi. Dia cuba memanjat peti ais untuk mencapai magnet dan jatuh. Luka tidak berapa besar tetapi darah yang keluar memang banyak menurut Ibu. Doktor memberi tiga jahitan ke atas kejayaan Baby Faim tersebut. Ibu beritahu aku segalanya nampak OK dan aku tak perlu risau. Baby Faim tak menangis langsung sewaktu dirawat Doktor.

Aku tak berapa seronok mendengar kejadian yang berlaku. Entahlah setiap kali kemalangan terjadi, sekecil mana pon, aku tetap merasa risau. Rasanya aku gagal memberi perlindungan. Aku teringat kepada Adik dan aku teringat kejadian dia jatuh dalam kolam renang di rumah lama dahulu.

Waktu tu aku sedang menonton TV dan Ibu sedang bergerak ke dapur untuk mengambilkan air minuman untuk aku. Abang di atas bermain komputer sementara Adik di luar mengejar kucing di tepi kolam. Sekejap tu Adik hilang dari pandangan Aku sebab dia berlari keluar dari pandangan muka tingkap. Aku paling ke TV semula dan dengar perlahan bunyi air berkocak. Tanpa berasa risau aku panggil Adik. Tiada sahutan balik. Memang la kalau bermain dengan kucing dia lupa semua. Aku tonton TV balik tapi tergerak nak tengok Adik di luar. Aku keluar.

Sampai di tepi kolam aku tak nampak adik. Aku terus lari ke hujung kolam. Aku jadik panik bila nampak Adik di dalam terkapai-kapai. Aku tak tahu berenang. Aku melaung kepada Ibu. Aku terus berbaring di tepi kolam dan cuba mencapai tangan Adik. Entah dari mana datang kederat aku, dengan sekali capai aje aku dapat tangkap tangan dia dan tarik keluar. Sebaik aku tarik dia keluar, Ibu pon sampai. Adik terus muntah ke aku. Aku tak kira apa dah semua tu.

Adik mengigil kesejukan atau pun ketakutan tanpa berkata sepatah pon. Kami tanggal semua pakaian Adik yang basah. Mandikan dan ganti pakaian kering. Ibu suruh Adik berehat dan tidur. Abang juga berdiam diri dan mungkin juga takut akan kejadian yang berlaku.

Aku rasa semuanya berjalan macam robot. Aku tak ingat kalau aku ada berkata-kata atau tidak. Aku tengok Ibu yang banyak kelola Adik. Perasaan aku entah- 'numb'. Ini salah satu dari beberapa kemalangan yang menimpa Adik. Adik belum 5 tahun masa tu.

Baby Faim baru setahun. Dah mula luka-luka.

Thursday, October 20, 2005

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA - BABY FAIM
15 OKTOBER 2005




Monday, October 17, 2005

SEE-SAW

Adik mengalami hari yang jongkang-jongket.

Petang Sabtu dia minta aku bawa dia ke kolam renang pada hari Ahad supaya dia boleh belajar berenang. Walaupun merasa berat kerana berpuasa, Ayah setuju untuk membawa juga. Adik nampak gembira dengan persetujuan Ayah.

Pagi Ahad. Hujan. Ayah tak dapat bawa Adik ke kolam renang. Adik sangat sedih. Untuk pujuk dia, ayah beri dia main komputer selama 25 minit. Dia senyum balik.

Adik terlajak. Dia main komputer satu jam. Ayah tegur Adik dengan keras dan tak benarkan dia menyentuh komputer lagi hari ini. Dan Ayah beri Abang peluang guna komputer sejam. Adik sedih semula.

Pukul sebelas tengahari, Adik dah restless. Ayah ajak Adik dan Abang ke Aquaria untuk tengok ikan-ikan. Dulu kami dah cuba ke sana dua kali tetapi oleh kerana panjangnya barisan yang menunggu, kami batalkan hasrat dua kali. Untuk kali ini, langsung tiada barisan. Adik sukahati dapat lihat ikan dan beli souvenirs.

Lepas Formula 1, Ayah ajak Ibu pulak ke Jaya Jusco beli google dan baju renang untuk kelas berenang Adik. Balik rumah Adik gembira dapat alatan renang. Tapi Abang beritahu Adik ada buat salah melanggar peraturan yang Ibu selalu ingatkan. Adik dikurung dan tak dibenarkan keluar dari bilik sampai waktu berbuka. Adik sedih.

Waktu buka Adik sangat gembira. Sambil makan dia nonton kartun jepun dari meja makan. Dia pasang suara TV kuat supaya dia boleh dengar. Ibu tegur Adik suruh perlahankan suara. Adik perlahankan TV dengan berat hati dan marah ke Ibu. Dia kata satu ' really bad word'. Ayah naik angin.

Lepas buka puasa, Adik kena panggil. Ayah tanya apa Adik kata ke Ibu. Ayah letak cili ke bibir mulut dia supaya dia sentiasa ingat untuk tidak berkata-kata yang tidak senonoh dan biadap. Mulut Adik pedas dan dia menangis tak henti-henti. Ayah kesian.

Ayah suruh Abang tolong cuci mulut Adik dan beri minum sirap. Abang juga beri Adik gula-gula. Adik janji tak mau ulang lagi kesalahan dia. Adik sedih. Abang pon sedih.

Malam lepas Harry Potter, Adik dah ngantuk. Ayah angkat Adik ke bilik dan tidurkan Adik. Ayah baring sebelah Adik sampai dia terlena. Ayah renung muka Adik yang sedang tidur. Ayah sedih.

Tuesday, October 11, 2005

RAYMOND AND I AND KEROPOK

Aku berbaring depan TV selepas solat Isya'. Atok ajak berterawikh di Masjid tapi aku terpaksa menolak sebab aku rasa tak sedap badan. Aku merehatkan diri dengan menonton Raymond. Tetiba aku rasa nak mengunyah sesuatu. 'Keropok' terlintas dalam fikiran aku.

Dengan lemah-lembut aku panggil Ibu, 'Ibuuuuuuuuuuu!!!!' Mata aku tetap memandang ke kaca TV melihat gelagat Raymond dengan Mak dia.
Tiada jawapan.

Aku panggil lagi, ' Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu!'.
Senyap juga.

Aku panggil beberapa kali tapi masih senyap juga. Aku kehairanan padahal tadi rasanya baru tadi terdengar Ibu berkata sesuatu pada Adik. Aku bingkas bangun dan cari Ibu. Tak patut Ibu tak menjawab panggilan aku yang tersangat ingin makan keropok.

Aku ternampak Ibu, masih bertelekong dan memegang Baby Faim. Jari Ibu menunjuk-nunjuk ke buku di depan Adik yang sedang menghabiskan kerja rumah. Perlahan-lahan aku ke dapor. Aku ambik keropok sendiri dan buat air. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Ibu.

Bila aku sampai depan TV, Zaim tersengeh-sengeh hendak mencapai keropok yang aku bawa.

Friday, October 07, 2005

QUIZ OF THE DAY

Waktu berbuka.

Adik bertanya, 'Ayah, can I ask you a question?'.
'What?', tanya aku.

Adik buat muka berfikir,' hummm ... why is six afraid of seven?'
Aku toleh Adik,' Whaaaaaaaat?'. Apa soalan ni.

'Why is six afraid of seven?', ulang Adik dengan muka tersengeh-sengeh.
Diam.
'You give up?', Adik tanya melihat aku tak menjawab.
'Ok I give up!', kata aku dengan tak berusaha langsung nak menjawap.

'Because... seven eight nine .. get it? Seven ate Nine!!!', jawab Adik sambil ketawa mengigil-gigil. Abang pon ketawa.

'Oh!', kata aku sepatah dan terus melahap jemput-jemput dengan kari ikan.

Thursday, October 06, 2005

THE LEADER IN HIM

Zaim bermaksud pemimpin. Nama Zaim menentukan nama adik-adiknya yang datang kemudian.

Aku teringat masa kami memilih nama Abang sebelum dia lahir. Ibu merujuk kepada dua buah buku nama-nama dalam Islam di samping melihat kepada internet. Dia juga tanya kepada dua ustaz yang kami kenal. Begitulah prihatinnya Ibu kepada anak pertamanya ini sehingga proses mendapatkan nama sahaja sangatlah elaborate. Dan Ibu memilih nama Zaim. Pemimpin. Aku tidak membantah.

Pada aku, Zaim atau Abang ialah pelopor. Apa sahaja yang dia buat, akan menjadi ikutan oleh adik-adiknya. Apa sahaja yang kami lakukan untuk dia akan membayang bagaimana kami akan membimbing adik-adik dia yang mungkin datang kemudian. Maka itu, memang sebenarnya aku lebih tegas dengan dia. Aku lebih berharap kepada dia. Aku mahu dia lebih berani, lebih cekap, lebih berdikari, lebih petah bercakap, lebih yakin dan berperikemanusiaan. Ini merupakan nilai-nilai yang kami sanjung bersama, kami bermaksud aku dna Ibu. Dia juga seharusnya lebih berusaha, banyak membuat sesuatu dari berdiam diri, lebih bersopan dan lebih beribadah.

Abang aku rasa ialah anak yang tidak susah nak dididik. Tidak banyak kerenah dan jarang membuat perkara yang pelik-pelik. Tiada melompat ke sana-sini tetapi lebih gemar duduk diam. Dia anak yang tenang. Lebih memendam rasa. Cuma sesekali dalam suasana yang senyap dan terasing, dia akan bertanya sesuatu yang peribadi pada dia kepada aku atau Ibu.

Namun, Alzaim aku rasa juga mempunyai sikap kompetitif atau suka bertanding. Tapi dia begitu secara diam. Kadang aku dapat melihat bagaimana dari kelakuan dia yang sentiasa ingin lebih dari Adik. Kalau bermain komputer, dia mahu lebih juara dari Adik. Kalau buat kerja sekolah, dia akan sentiasa komen kalau Adik tidak beri tumpuan. Atau dia akans elesaikan ekrja sekolah dia lebih cepat dari Adik. Begitu juga dalam aktiviti sekolah. Dia akan sentiasa bertanya kepada aku samada dia telah melakukan yang terbaik atau tidak. Samada dia lebih baik dari yang lain. Di sini aku sentiasa terpaksa menekankan bahawa kita memang sentiasa mahu kejayaan tetapi setiap kejayaan perlu dikongsi bersama. Dan kekalahan harus dianggap dorongan untuk terus mencuba dan bukan penghilang semangat atau usaha.

Satu perangai dia yang Ibu tidak berapa berkenan ialah dia kuat merungut atau menjawab, sekiranya ditegur. Kalau ditegah dari berbuat sesuatu, dia akan memberikan alasan kenapa dia perlu begitu walaupun alasannya tidak munasabah. Aku percaya ini semua hasil dari pendidikan sekolah dia yang mahukan pelajar sentiasa bertanya dan menyampaikan pendapat. Dan aku tidak terlalu mahu menghalang sikap ini.

Aku panggil Zaim ke sisi beberapa hari lepas. Dia membelek jam tangan pembelian aku dengan Ibu. Aku berkata,'There might not be any cake or candles for you this year. But, we pray for the best for you for the coming years, as we always do. And, this also means more responsibilities to you. I ask you to recognize what your responsibilities and take charge of it. That is all'. Aku peluk Zaim sambil membayangkan mungkin ini pelukan terakhir. Sehinggalah aku sudah terlalu tua nanti.

Friday, September 23, 2005

Ibu beritahu berita kurang enak tadi pagi.

Walaupun Abang score dalam semua math exams dia, tapi overall results pertengahan penggal kali ni menunjukkan bahawa dia di tahap 'B'. Menurut cikgu markah keseluruhan dia turun disebabkan oleh kecuaian dia dalam menyelesaikan kerja rumah. Kerja rumah dia ada kesilapan di sana sini walaupun pun dia faham konsep dan teori matematik yang diajarkan.

Aku beritahu Ibu, aku sangka Zaim sepatutnya menjadi juara matematik. Sebab dia diperkenalkan kepada matematik lebih awal dari sabjek-sabjek lain oleh Nenek. Ibu kata dia buat kerja rumah secara terburu-buru dan tidak pernah menyemak semula kerja yang disiapkan. Ini mungkin disebabkan dia hendak cepat bermain dengan Adik. Atau mungkin dia memang kurang masa sebab banyak kerja rumah lain yang perlu dibuat.

Kalau dalam hal kerja sekolah anak, aku selalunya serah kepada Ibu. Sebab Ibu lebih meticulous dari aku. Kalau bab kerja kreatif seperti lukisan dan mereka sesuatu selalunya aku volunteer kalau aku ada masa. Tapi aku rasa Ibu pon mempunyai masa yang terhad untuk memberi perhatian kepada semuanya, apatah lagi dengan Adik dan Baby Faim sekali.

Sebelum memandu keluar, aku masih memikirkan perkara ini. Aku beritahu Ibu yang aku akan bercakap dengan Ibu lagi sebelum aku bercakap dengan Zaim.

Thursday, September 22, 2005

IMPORTANT WORD

Kami duduk-duduk di bilik Abang dan Adik sambil meneman Abang buat research di internet. Adik sedang melayan Baby Faim yang aku pegang. Ibu menonton TV kat luar sikit dari bilik dan sekali-kali memandang ke kami.

Adik mengajar Baby Faim bertepok tangan kepada lagu Pok Amai-Amai dan melambai-lambai kepada ucapan 'bye-bye'.

Tiba-tiba aku dengar Baby Faim menjerit, ' Whougahh!'. Kuat.
Semua tertoleh kepada Baby Faim.

Ibu bersuara dulu, ' Baby Faim sebut Ibu ke?'.
Aku geleng, 'Dia kata Ayah la...' . Pendek aja sambil aku cebik ke Ibu.
'I thought i heard Ibu', kata Ibu tak setuju. ' Adik!, what did Baby Faim say?', Ibu tanya ke Adik.
' errr .. I think he said Abang', kata Adik ragu-ragu.
'Oh!, he called me..Baby Faim you called me?', Zaim pula menyampuk dan mengalih pandang dari komputer.
'No Abang!, he called me... I'm his Abang too..', sahut Adik balik. 'I was playing with him', tambah Adik lagi.
' I think i hear 'Ayah' la ', aku cuba yakinkan semua.

Kemudian masing-masing mula mengajar Baby Faim menyebut nama kami masing-masing.
'Baby Faim.. say AYAH!, Say Ibu, Say Abang, Say Abang Cik', satu persatu keluar dari mulut kami.

Muka Baby Faim nampak kehairanan. Akhirnya dia menangis. Itu yang keluar dari mulut dia.

Wednesday, September 21, 2005

Aku, Ibu dan Adik dalam perjalanan ke KLCC. Kami masih dalam kereta di Cheras bila Adik menjerit, 'Ibu, STOP! STOP!, STOP, Ibu...Look!'. Telunjuk Adik menunjuk seekor anak kucing hitam mematikan diri ditengah-tengah jalanraya.

Ibu perlahankan kereta dan bertanya ke aku,' You want to get it?'.
Aku pandang keluar melihat kereta bersimpang siur. Aku pandang anak kucing yang masih membatu atas jalanraya. Kemudian aku pandang Adik.

'Save the cat, Ayah. Save it, please! It's so cute...please Ayah!', rayu Naim dengan muka 'Puss-in-Boots' dia.

Adik memang sayang kucing. Pada dia semua kucing comel dan patut disayangi. Kami tak berapa selesa kalau Adik nak membela kucing. Sebab Adik(dan juga Abang) alergik kepada bulu kucing. Jadi kadang bila kami kasihan kepada Adik, kami ambil anak kucing. Bila dah besar sikit, kami beri kepada kawan untuk dibela. Kalau sakit, kami pulangkan kepada SPCA untuk mereka jaga.

Dah lama juga kami tiada membela kucing dirumah. Walaupun Adik ada meminta supaya membela kucing, kami terangkan halangan yang ada. Ibu selalu jelaskan begini, ' Adik, we love to keep a cat at home. But now we have Baby Faim. Sometimes cat can get dirty and pass it on to Baby. Then Baby Faim can get sick. We get a cat when Baby Faim dah besar, ok?'.

Dan, Adik selalunya tak membantah. Naim memang lebih sayang kepada Baby Faim.

Aku genggam anak kucing hitam di atas tengah jalan dan berlari ke dalam satu taman nurseri bonsai yang berdekatan. Aku lepas anak kucing tu jauh di dalam supaya dia tak berpatah balik ke jalanraya.

Balik di kereta, Adik bertanya,'Will the little cat be okay Ayah?'.
'He will be fine... insyallah!', jawab aku pendek.
'Ok, lets go, Ibu', Adik angguk dan minta Ibu memandu semula ke KLCC.

POSTSCRIPT : Manusia ni sebenarnya mempunyai sifat penyayang especially perempuan yang tahap 'nurturing instinct' dia tinggi dari zaman dahulukala.. namun bila dah dekat hujung zaman ni... manusia dah tak berapa dapat sayang meyayangi walau zuriat sendiri..apatah lagi nak menunjuk sayang kepada hewan.... yang juga ciptaan tuhan tapi kurang sikit berakal ....

Monday, September 19, 2005

TALKING ABOUT GIRLS

Abang pergi 'school party' Jumaat malam yang lepas. Aku benarkan Abang pergi sebab ini dapat memberi dia peluang berinteraksi dengan kawan-kawan lain di sekolah juga dengan rakan yang lebih tua. Pada aku ini boleh memberi dia keyakinan diri dan membaiki 'social skills' dia. Itu harapan positif aku. Lagipon Atok dah janji nak menghantar dan mengambil dia balik dari sekolah nanti. So, aku boleh layan Baby Faim di rumah.

Yang lucunya, dia balik rumah bila aku dah lena dibuai mimpi dengan Adik. Sebelah pagi esoknya, Atok, Nenek dan Ibu tak sabar-sabar nak bercerita dengan aku. Pastilah gelagat anak sulung aku di party tersebut. Pastilah mereka dah interrogate Abang malam tadi. Aku dengar aja. Bila Abang dah bangun, baru aku tanya pada Abang.

'How was your party?', tanya aku pada Abang sambil aku mengunyah jemput-jemput yang aku buat dan makan sendiri.

'It was ok, there was a DJ playing music and people dancing and everything else', jawab Zaim lembik. Penat la tuh.

'What were you guys doing?', tanya aku.

'We just hang around watching the people while listening to the music. After that my friends went to the gym to play soccer', jawab Zaim secara matter-of-fact.

'How about you? You didn't dance?', tanya aku menoleh ke Zaim.
'You know I don't know how to dance!', jawab Zaim sambil merehat dagu di atas dua tapak tangan di atas meja.

Tiba-tiba Atok mencelah, 'Tell Ayah about the girl who asked you to dance'. Muka Atok beria-ia sambil kening dia terangkat-angkat.

Aku pon bertanya terus, ' What about the girl who asked you to dance?'.
'Oh that! Just a girl asked me whether I want to dance or not. I said no!', jawab Zaim masih dengan kemalasan-malasan dia.
Aku tenung ke Zaim, ' You shouldn't have. It was not very polite. You should have accepted'. Aku kata begitu. Zaim buka mulut nak kata sesuatu tapi tak jadi dan terus aja ke depan. Menonton Cartoon Network agaknya.

Pukul 10 kemudian aku hantar Zaim ke tution Bahasa Malaysia dia. Dalam kereta dia bertanya dengan aku. Perlahan.

'What should I do?', tanya Zaim tanpa memandang aku.
Sambil membelok Jalan Durian aku kata, 'Do your tution fast and call me when you finished'.
Zaim merenung tajam ke aku,'Not that. About the dance thing last night la Ayah'.
Aku tau sengaja aku usik dia.

Aku tarik nafas sekejap sambil mengatur ayat. Inilah salah satu masanya yang aku akan kenang kemudian. 'Zaim, I think you shouldn't have said no to the girl. Pity her you know. Girls are normally very very shy. It would take a lot of courage for the girl to speak to you, let alone to ask you to dance. Probably she might be embarrased and sad after that. That would not be very nice right'.

Zaim nampak faham tapi dia tanya lagi,' But I don't know how to dance and my friends might laugh at me'.

'Well, just tell her nicely that you might not be able to dance very well. Probably she just want to talk to you and ask you something about school. Not to see you perform the idiotic dance you did in front of Adik the other day. There's no harm to talking. Other than that you gotta wait till you are seventeen. Anyway, you might like her after talking to her', kata aku.

Entah betul ke pandangan aku, tapi itu la yang terlintas di kepala aku masa tu. Dalam benak aku berkata ini anak sulong, harap-harap betul la.

'What about my friends?', Zaim bertanya. Dia nampaknya nak betul-betul yakin. Aku faham sebab kenkadang aku memang suka mengusik Zaim.

'Well you gotta think about her friends too. Her friends would probably be laughing at her because you said NO. They would probably be teasing her right now. That's not very nice kan. She just asked you to dance. People do that at a party. It doesn't mean you are marrying her the next day. And about your friends, just tell them wait until you all get to seventeen', aku berpanjang lebar.

Aku tau aku berpanjang lebar sebab lepas tu Zaim kata,'OK OK Ayah you can stop here. This is the tution house remember'.

Oh ye kata aku dalam hati. Aku berhentikan kereta dan perhatikan Zaim berjalan masuk ke rumah tersebut. Aku perhati dia berjalan dari belakang. Tinggi juga anak aku ni. Hampir nak sama tinggi dengan aku rasanya. Aku lepas hand brake dan pandu kereta balik ke rumah.

Monday, September 12, 2005

Pagi Ahad yang lepas, aku sedang seronok makan nasi lemak dengan ayam merah dengan Ibu bila Atok turun untuk makan pagi juga. Secara otomatik, aku pon berpindah tempat duduk supaya Atok dapat duduk di tempat dia yang biasa untuk makan Quaker Oats.

Melihat aku beralih tempat duduk, Atok berkata, ' It's OK, toksah pindah-pindah nanti kawin banyak bini'. Atok gurau sambil ketawa. Aku dengan Ibu pon gelak.

Zaim terpinga-pinga. 'What Atok? Is it true.. you'll marry so many times if you change places so many times while eating'. Nampak muka dia macam panik semacam.

Sambil gelak Atok menjawab,' No la Zaim. That's just what old people like me used to say. It was just to discourage children from eating in so many places and making a lot of mess here and there'. Aku menerangkan kepada Zaim. Atok selalu cerita yang betul. Zaim nampak tenang. Tapi mulut dia masih terlopong.

'But, it's probably true la Atok', aku mencelah. Atok, Ibu dan Zaim semua menoleh ke aku.

'Well, if you move around while eating, you are bound to make a mess here and there. It shows that you are untidy person, more messy than an ordinary person. Since you are messy, you need more than one wife to keep things in order for you. So, you'll probably ended up marrying more than once la', dengan selamba aku cerita.

Atok dan Ibu tergelak serentak. Baby Faim nampak mengesot dengan cepat dari depan ke dapor. Zaim pula masih terlopong dan terpinga-pinga.

Thursday, September 01, 2005

INSIDE US

'When is it coming, Ayah?', tanya Adik kepada aku. Dia nampak macam dah tak sabar-sabar lagi. Nyaris aja dia nak terjah ketengah jalan.
'Towards the end. We gotta wait a little bit', jawab aku pelan.
'After all these sissy stuff?', Zaim pula bertanya.
Aku jeling ke Abang. 'After all these beautiful presentation', aku jawab tegas. Abang terus diam.

Aku pandang semula ke depan dan mengacukan digicam baru kepada mereka yang sangat bergaya dan segak di depan. Seorang pakcik tua dengan gagah melangkah di depan aku. Aku minta dia melambai tangan dan dia akur sambil tersenyum.
'Is that your friend Ayah?' tanya Adik heran.
'Nope, I just want to catch him on video', kata aku perlahan.

Aku pandang ke sebelah. Seorang Uncle Panjang sedang memegang anak dia sambil dia tekun memandang kepada seseorang lain yang sedang melambai-lambai dengan senyuman manis dari atas kenderaan. Aku juga tersenyum sendirian.

Setelah hampir satu jam menunggu, akhirnya apa yang ditunggu-tunggu pon muncul. Abang dan Adik serta dua orang kawan sebaya mereka terpukau melihat pertunjukan di udara yang sangat membanggakan. Mata mereka mengekori semua pergerakan sehingga hilang dari pandangan dibalik awan. Kemudian kenderaan-kenderaan berat berwarna hijau dan berloreng pula melintas dihadapan kami. Lagilah mereka menjerit-jerit dan melonjak kegembiraan.

Melihat semua ini, aku juga merasa bangga. Air muka anak-anak kecil yang kagum dan berbangga melihat semua yang di hadapan mereka, membolehkan aku melihat terus apa yang ada di dalam diri mereka. Tak perlu aku tanya apa perasaan mereka. Tak perlu aku selidik apa semangat mereka. Cukup sahaja dengan melihat muka dan kelakuan di saat ini.

Sekaligus, aku merasa tenang di hati.

Friday, August 26, 2005

DEAL WITH IT

Aku balik semalam disambut Abang dengan berita kecewa.
'Ayah, I was not selected', katanya sambil menunduk muka.

Abang berminat untuk menyertai pemilihan ahli teater sekolahnya. Dia telah melalui 3 kali trial dan semalam adalah penentuan 15 orang pelajar yang akan terpilih untuk menyertai teater tersebut. Nampaknya Abang tak terpilih. Aku tau Abang memang minat teater. Dia telah banyak kali menyertai teater peringkat darjah dia dan dia sangat serious dalam lakonannya. Aku teringat pertama kali dia berlakon Gingerbread House di mana seorang kawan yang sangat teruja terlanggar dia dan dua lagi kawan lain langsung tergolek atas stage. Semua orang tergelak. Lepas persembahan tu dia kata, 'Ayah, the show just now was not a comedy'.

Tapi kali ini dia tidak terpilih. Aku dapat rasa kekecewaan dia. Dia teringin sangat untuk menyertainya. Mungkin kerana salah satu aktivitinya ialah membuat persembahan di Jakarta. Aku pon dah janji kalau dia terpilih, aku akan ikut rombongan dia. Aku rasa Zaim memang ada sedikit kebolehan. Namun, mungkin sebab dia dari Darjah yang terendah, maka lebih ramai lagi murid yang lebih dewasa yang lebih sesuai.

'So, you are out of it then', aku saja bertanya sambil mencari idea memujuk.
'They only put me on reserve list', kata Zaim dengan suara tertahan.
'Well, that's not too bad... at least you still got a chance', aku membuka bujukkan.
'...If somebody got sick or something', kata Zaim masih muram.

'Humm... maybe I could do something. Anybody there you don't like?', tanya aku ngusik.
'No la Ayah, don't you go put a curse on someone la.. You are not Harry Potter?', jawab Zaim.
'Oooo... I was thinking of maybe some bone breaking exercise ..hehehe', kata aku sambil ketawa kecil.
'No need la Ayah', jawab Zaim bosan.

Aku diam sekejap. Zaim pon diam.
'OK, if not, then what can I do for you?', aku tanya selepas tengok Zaim diam aja memandang alas meja.
Zaim dongak. Muka dia tetiba bertukar ceria. 'Actually, there is something you can do', katanya sambil berjalan ke piano. Dia capai satu pamphlet dan beri pada aku.

Aku belek pamphlet. Ianya merupakan catalogue TAMA Drum Set dari pelbagai saiz, kaler dan apakebenda lagi. Sambil aku membelek halaman catalogue, Zaim sibuk menerangkan kepada aku kelebihan atau keunikan setiap set yang aku tanya.

'This standard one is the cheapest', beria-ria Zaim menerangkan.
'Well.. how much is cheap?', tanya aku berhati-hati.
'2000 Ringgit only', kata Zaim sambil tersengeh.
'RM2000? That's darn expensive. I don't think I can afford that. Why don't you work in the salt mines to earn that much money', kata aku jengkel.
'But... but.. I am sad', Zaim buat muka sedih balik.
'Yea right', kata aku sambil melangkah naik tangga ke atas untuk mandi.

Tuesday, August 16, 2005

SICK AND HEALTH

Beberapa malam yang lalu, Adik terjaga malam, menangis-nangis dan meracau-racau. Aku dikejutkan oleh Ibu dan disuruh melihat Adik yang masih menangis di bilik Nenek. Bergegas aku ambil dan dukung Adik masuk ke bilik tidur dia dan membaring sambil merasa dahinya. Memang panas.

Nenek datang membawa ubat dan menyuapkan Adik. Aku mengesat-ngesat badan Adik dengan tuala basah untuk menurunkan suhu. Sambil mengesat, aku menasihat Adik, ' You must bathe on time, eat according to schedule and don't play outside during Maghrib'. Adik mengangguk kepala seperti faham walaupun aku lihat pandangan dia tak terfokus. Aku baring sebelah Adik mengesat sana-sini sambil sesekali meletak telapak tangan di dahi Adik hingga aku terlena.

Aku terjaga. Terasa ada benda sejuk melekat di dahi aku dan muka aku. Aku buka mata dan melihat muka Bak tersenyum sambil memegang hirisan timun ditangan. Dia menghiris timun tersebut dan meletak di muka ku untuk menurunkan panas badanku. Aku berasa tenang dan menutup kembali mata.

Aku terjaga. Aku menoleh kepada Adik yang sedang lenyak tidor. Aku rasa dahi dia dan dapati panasnya sudah berkurang. Aku pandang muka jam dan semula kepada Adik dalam kegelapan malam. Aku harap dia tidur dengan tenang. Setenang aku semasa sakit di waktu kecil dirawat oleh Bak.

Aku bangun menuju ke bilik air. Aku solat Isya.