My photo
Stories for my three heroes.

Friday, April 28, 2006

SCIENCE PROJECT PHILOSOPHY

Petang semalam aku kebosanan dan balik awal dari pejabat. Lepas singgah makan sate Warisan(sebab hari Hujan), aku sampai rumah lepas Maghrib.

Abang sambut aku di pintu. ' Ayah, I got good news for you', katanya sambil tersengeh-sengeh kegembiraan.

'What is it? You have decided to run away from home and become a monk in the Himalayas?', jerkah aku. Bad mood masih meninggi di tahap hidung.

'No Ayah, remember my science project?', Zaim mencebik dan tunduk bercakap perlahan.

'Your remote control car tu?', aku tanya Abang. Aku taula projek kereta tu. Dia uji kelajuan kenderaan atas lantai permukaan rata, permukaan berumput, berpasir dan jalan bertar. Dan, sebab nak cari permukaan yang betul-betul berpasir itulah, kami pi bercuti kat Port Dickson hari tu sambil menyambut Besday Adik. 'So, what about it?', tambah aku sambil berjalan masuk ke rumah.

Abang mengekori aku, 'I got an A+ for class presentation and an A for the display. Is it good?', Abang tanya aku. Dia perlukan pujian.

Aku berhenti sejenak. 'Well, I suppose it is. But don't forget that other people helped you a lot during your project. We helped you timed the car, bought you your batteries etc. Remember we advised you with the color for the display board and I gave you ideas to link your project to car safety and Formula 1. Remember?'.

Saja aku ungkitkan supaya dia tidak terlalu bangga. Walaupun pon sebenarnya aku bangga jugak atas kejayaan dia. Sebabnya aku tau, dia sendiri yang usaha supaya permukaan yang dia pilih itu memang sesuai untuk ujian tayar kereta remote control dia. Dia tulis sendiri hasil kajian dia dengan cara dia sendiri. Dia fikir sendiri macamana data kajian tu dapat ditulis supaya mudah dibaca dalam laporan dia. Dia susun sendiri bagaimana dia nak 'display'kan hasil kerja tu.

Alzaim mengganguk diam.

Melihat dia diam, aku tepuk belakang kepala dia, 'But, I think you deserved the A+ and A for all the effort you put in. Please show this kind of enthusiasm in doing your homework especially maths, ok? You can do the job if you really put your heart to it, kan?.'

Abang masih mengganguk, ' Yes Ayah'.

'Ok I want to go up, mandi and pray. Adik solat already?', aku tanya Abang sambil jalan naik tangga.

'No', jawab Zaim.

'Tell him to take wuduk and wait in the room', jawab aku.

Sunday, April 23, 2006

MIND YOUR LANGUANGE

Adik memang kadang melucukan.

Antara Abang dengan Adik, Adik lebih susah nak diajak berbual dalam bahasa Melayu. Aku dengan Ibu risau. Walau dah berbagai ikhtiar dicuba, liat rasanya Adik nak bercakap sungguh-sungguh.

Dalam kereta hari dulu tu, aku komplen la dengan Ibu dan Abang pasal susahnya Adik nak cakap Melayu ni.

Tiba-tiba dia mencelah,' I can speak Malay too...'

Aku mencelah, ' Ok if u can, say something now!'

Dengan selamba dari belakang kereta, Adik bersuara sepatah-sepatah, ' KAKAK SUKA KENTUT!'.

Suasana hening seketika.

Kendian aku dengan Ibu serentak gelak segelak-gelaknya.....

Thursday, April 20, 2006

WHY?

Memula Adik tanya jugak, ' Ayah, why must we bring presents here?'.
Aku jawab selamba aja, ' It's for the Hotel people. They let us stay in their hotel so we give them presents'.
Adik angguk aja. Tak menyangka apa pon.

Esoknya dia pelik lagi. 'Ayah, what is Ibu doing in the cake shop?'
'Oh.. that's to buy bread for the birds in the Pet farm', bidaah aku kepada Adik.
Adik mengganguk lagi. Masih belum sedar agaknya.

Tengahari tu lepas makan dalam bilik hotel, kami nyalakan lilin dan surprisekan Adik. Punyalah gembiranya Adik, melompat ke sana-sini, naik katil turun katil, ke situ ke sini macam orang menang loteri. ' I know it, I know it.. I know it, it's for me.. yea yea yea', dia suka benar nampaknya. Kemudian kami berikan hadiah-hadiah dia, termasuklah dari Baby Faim.

Besday Adik minggu depan. Tapi kami sambut awal sedikit sempena bercuti.

Saturday, March 25, 2006

PAUSED

Satu 'Cerita dengan Anak' terhenti.

Kawan aku kehilangan seorang anaknya yang masih kecil. Anaknya menderita leukimia selama hayat kecilnya yang hanya 3 tahun. Anak yang kecil itu belum sempat belajar berlari, bertutur dengan sebetulnya, dan belum sempat berbuat apa yang anak-anak seusianya dapat berbuat. Selama hampir setahun, aku melihat usaha Ayahnya untuk memastikan supaya anaknya dapat terus membesar. Supaya Cerita dengan Anaknya tidak terhenti. Dan kadang aku terdengar bagaimana terganggunya kehidupan dia yang lain semata-mata kerana penumpuannya kepada usahanya itu. Namun, akhirnya dia tidak berhasil. Kerana Yang Maha Kuasa lebih menghendakinya begitu.

Di sebalik semua itu, aku tidak melihat penderitaan. Aku tidak melihat kesedihan. Aku hanya mahu melihat kegigihan. Aku hanya mahu melihat pengorbanan. Dan, aku hanya melihat kasih-sayang. Aku juga insaf. Aku berdoa alangkah indahnya sekiranya anak-anak kecil tidak harus disemadikan oleh Ayahnya. Sebaliknya, anak-anaklah yang patut menyemadikan mereka yang lebih tua. Supaya Cerita yang dijalin dapat disambung panjang-panjang dengan pengajaran-pengajarannya. Namun demikian kita hanyalah boleh berharap dan berdoa. Dialah yang menentukan segalanya.

Dan, tat-kala Ayah itu menidurkan anaknya buat kali terakhir, aku melihat seolah dia menutup cerita dengan anaknya. Cerita yang singkat namun tetap penuh dengan pengajaran tentang kasih-sayang; kepada semua.

Friday, March 17, 2006

PUPPETRY

Abang telefon masa aku tengah minum teh tarik kat Warisan petang semalam.
'Ayah have you left the office?', tanya dia.

'Yes, you want me to help you with homework tonight', aku bertanya kepada Abang.

'No, but can you stop at Speedy and get a cassette for me?. Master of Puppets, do you know?', tanya Abang lagi. Dah tentu aku tau. Itu lagu signature Metallica, kumpulan heavy metal yang aku dengar dua dekad yang lalu. 'Ok', jawab aku ringkas.

Kat rumah sebelum aku serahkan album Master of Puppets kepada Abang, aku bagi lecture dulu.

'You are going to listen to a heavy metal music. These people are know for being rude, rough and nasty. They do drugs and drinks alcohol. They keep long hairs. But, they are also musical genious. I warn you not to follow their bad behaviour. Maybe the long hair a little bit is ok. But, listen, the lyrics of their songs sometimes contain bad words so I don't want to hear you using them, ok?', aku ceramah kat Abang. Aku perasan Nenek macam terjegil mata kejap bila aku sebut pasal rambut panjang tu.

'Ok, Ayah...' Abang tak banyak soal.

'And, ...I bought you a CD too cause this one has ... Justice for All and One, which are better than Master of Puppets' , kata aku sebelum naik untuk mandi.

Aku jeling ke Ibu. Mata Ibu menjeling ke siling.

Thursday, March 16, 2006

CRY BABY

Nenek beritahu aku, ' Baby Faim sudah pandai'.

Aku senyum dan tanya balik, ' Pandai apa Nek?'

'Pagi lepas Ayah dah pergi kerja, Ibu hantar Abang dan Adik ke sekolah, Baby Faim pergi tengok family photo atas meja dan nangis', cerita Nenek.

'Waaa..', perasaan aku bercampur-campur.

Itu Nenek cerita malam tadi.

Pagi ni aku biar Ibu keluar dulu ke sekolah menghantar Abang dan Adik. Kemudian aku ambik family photo dan bagi ke Faim nak tengok reaksi dia. Baby Faim minta aku dokong dan tak mau lepas walaupun aku dah nak kena pi kerja. Tapi dia tak nangis.

Nenek gelak dan kata, ' Ayah ada dia tak mau nangis'.

Kemudian Nenek ajak Baby Faim naik kereta Nenek dan turun bawah pergi pasar.

Baby Faim memang dah pandai.

Monday, March 13, 2006

SCREAMING FUN

Suara jerit-jeritan timbul tenggelam. Sekejap lantang, sekejap lagi senyap aja. Sesekali aku pon menjerit sama. Selalunya sebab kekecewaan. Melihat aku bersorak, Abang dan Adik memberi lebih perhatian. Dan mereka pon menjerit sama. Hampir semua mereka yang menjerit berpakaian jingga kepada yang berbaju hijau.

Waktu rehat Adik jadik segar.
'Ayah, I want the KFC', rayu Adik yang aku tengok tadi kenkadang lebih sibuk bermain dengan mainan di tangan. Aku bersetuju setelah Abang pon bersetuju.

Lepas rehat kami sambung balik jerit menjerit dan sorak menyorak. Tapi kali ni kami lebih banyak ketawa. Adik pula dah tak banyak bersuara. Dia dah lembik sebelah Aku. Ngantuk le tu.

Selesai je dalam nak jalan balik ke kereta Abang kata ke aku, ' Ayah, maybe we should go to these kind of things more often'.
'Waa... you enjoyed the game that much?', tanya aku heran dan sedikit bangga.
'No.. It's just fun laughing at them', jawab Abang selamba.
Hmm nyampah. Aku terus pikul Adik, masuk kereta dan jalan. Aku tak pandang pon baju oren yang depa jual RM28 tu.

Johor FC 0 Kuala Lumpur 1

Thursday, March 09, 2006

DUA TAHUN

Aku hanya menulis untuk anak-anak aku. Aku harap bila mereka sudah
dewasa dan dapat membaca, mereka dapat menghayati semula
pengalaman mereka semasa membesar. Dan dari itu,
akan sentiasa ingat sejarah dan asal usul mereka. Aku minat sejarah dan
aku sangat hormati sejarah.
Aku inginkan mereka juga demikian.

~ Wednesday, March 09, 2005
SETAHUN BERLALU

DUA TAHUN
Dua tahun ialah satu masa yang panjang. Itu jika dihitung mengikut hari. Dan lebih panjang rasanya jika dihitung mengikut kiraan jam dan saat. Dalam masa dua tahun juga seorang bayi sudah boleh berjalan, bertutur dan bersikap. Aku tak menyangka bahawa sanya sudah dua tahun jua aku menulis tentang anak-anak aku, pahlawan-pahlawan aku.

Dalam dua tahun itu, aku juga menulis dan memerhati mereka yang akhirnya aku menilai kembali kepada diri aku sendiri. Aku yakin kalau tujuan sebenar aku ialah supaya mereka dapat membaca dan mengetahui tentang bagaimana aku melihat mereka semasa membesar, mereka juga akan membuat penilaian tentang diri aku sebagai Ayah. Dan semoga aku tidak begitu gagal. Aku melihat anak-anak aku sebagai manusia kecil yang aku perlu didik dan juga sebagai seorang individu sendiri yang membesar, dan belajar bersikap dan berkelakuan yang tidak sama di antara satu sama lain. Bahawa, walaupun mereka datangnya dari sumber yang sama dan hidup dalam persekitaran yang sama, mereka akan tetap menjadi individu mereka sendiri dengan kesukaan dan kegemaran dan kelakuan yang tersendiri.

Dan aku sentiasa dapat melihat sedikit percikan dari diri aku dalam apa yang mereka tunjukkan. Yang baik dan yang kurang baik. Dan adalah menjadi tanggungjawab aku memastikan lebih banyak yang baik terpercik dari yang kurang walau aku tidak boleh melenyapkan semua.

Orang bijak pandai meNgatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang lelaki, oleh orang yang menang peperangan. Dan sejarah begini dikata condong dan tidak netral. Dalam dua tahun aku cuba mencatit sejarah. Sejarah peribadi aku dan anak-anak. Namun dalam aku melihat mereka membesar sehari-hari, aku juga melihat percikan yang aku kenali tetapi bukan dari aku. Sikap penyayang, lemah-lembut dan penuh kesabaran datang dari sumber api yang bukan dari aku. Dari seorang teman yang aku kenali lebih lama. Maka aku menulis sedikit tentang Ibu dengan anak-anaknya. Supaya sejarah yang akan dibaca oleh mereka tidak condong tetapi adil kepada kami yang sama-sama berhak.

Aku juga bersyukur bahawa sanya dalam tempoh dua tahun ini juga aku dapat berinteraksi dengan lebih ramai rakan-rakan maya. Di dalam negeri dan juga dari luar. Mereka memberi kata-kata sokongan, perangsang dan galakan. Ada juga yang memberi teguran. Aku terima semuanya. Aku ambil semuanya. Dan aku ucapkan terima kasih semuanya dari kami semua. Kerana aku hanya mahu menulis. Aku masih ingin menulis. Aku belum puas menulis.

Dua tahun lagi? Entah! Aku tak tahu di mana aku akan berada atau samada masa depan aku akan tetap memberi aku peluang untuk terus begini. Namun aku akan cuba untuk terus mencatat. Mencatat sejarah aku dan anak-anak. Sejarah dan Cerita dengan Anak-anak.

Tuesday, February 28, 2006

IBU

Sedang aku pakai kasut nak pi opis tadi, terdengar Adik bergaduh dengan Baby Faim. Berebut coklat. Ibu pergi leraikan dan marah kedua-duanya sebab dah makan coklat pagi-pagi. Curi dari peti ais pulak tu. Aku suruh Ibu tarik Baby Faim masuk kereta dan pusing keliling kampung macam selalu.

Dalam aku memandu perlahan aku renung Baby Faim tenang dalam pelukan Ibu sambil memandang ke lampu-lampu jalan.

'Does it worth it?', aku bertanya.

'Worth what?', tanya Ibu dan berpaling kepada aku.

'Assistant Manager OCBC 7 years ago?', aku ingatkan.

Ibu palingkan muka Baby Faim. 'For this?, every penny', kata Ibu perlahan sambil cium pipi Baby Faim.

Aku senyum. Pagi ni, lepas turunkan mereka, aku bawak kereta dengan sangat cermat ke opis. ( Walaupun ada Satria bernafas dekat buntut kereta aku ).

Tuesday, February 21, 2006

TRIPPING

Tahun lepas masa Abang balik dari Seam Reap dengan Nenek, kami semua berkumpul nak dengar cerita tentang apa yang dia dah tengok, amati dan alami sepanjang masa lawatan sambil belajar dia tu. Aku tanya Abang, ' So, how was the trip Bang?'.

Abang terus menarik tangan aku untuk duduk dikerusi menghadap televisyen. Dia panggil Ibu, Atok dan Adik sama. Nenek pon ada. Kemudian dia sambung Digicam ke TV dan pasangkan video yang diambil semasa di sana. Nampak la aku imej-imej Angkor Wat, lakaran dinding, seni bina dan pemandangan sekitarannya serta kawasan perkampungan setinggan di Tasik Tonle Sap yang berdekatan. Semasa tayangan tu, Abang akan beri running commentary tentang apa yang ada dikaca TV. Selesai aja tayangan, Abang menutup persembahan dengan mengatakan, 'Well ladies and gentlemen, the trip was very informative and educational. Thank you very much'.

Aku menjeling mata ke atas dan berkata, ' Modern technology really takes the fun away in this case!'.

Abang hanya sengeh.

Thursday, February 09, 2006

FORGETFUL FATHER

Dua tiga hari ni aku balik lambat. Sampai di rumah aku masuk bilik Abang dan Adik yang tengah tidor. Dari sinar lampu tidor, aku perhatikan mereka tidor. Adik tidor tunggang-langgang. Badan dia melintang dan tangan dia sebelah menutup dahi sementara sebelah lagi terlipat kebelakang. Selimut dia menyelimut bantal peluk dia bukannya badan dia. Aku perhatikan Abang pula di katil sebelah. Abang tidor mengiring dan mukanya menghala ke dinding, mengelak dari cahaya lampu yang samar-samar. Selimut dia tertutup rapi. Aku dengar nafas dia turun naik dengan tenang dan tersusun.

Aku ngelamun sebentar. Abang dengan Adik memang karektor berbeza. Aku rasa ini memang satu yang nyata, yang berkali-kali aku perasan. Abang membuat aku ketawa dengan tutur-kata sementara Adik cukup hanya dengan kelakuan dia. Apabila aku tak benarkan Abang main komputer, Abang akan berkata, ' hmm this prison sure looks funny'. Kalau Adik pula, dia akan terus melutut depan aku, membuka mata sebesar 'puss-in-boots' dalam cerita Shrek dan mengenggam dua tangannya sambil merayu-rayu,' please, please, please'. Kalau gagal, dia akan bangun dan cium, cium pipi aku. Kalau ada orang lain yang berdekatan, dia cium sekali Ibu ke, Atok ke atau Nenek sekali pon. Dan aku akan ketawa.

Aku tersentak kejap. Abang batuk dan berpusing sambil membuka mata sedikit. Dia sedar kehadiran aku. Aku usap rambut dia dan minta dia tidur semula. Aku keluar dan masuk bilik untuk mengambil tuala. Aku ternampak Baby Faim tertidor dalam kegelapan. Aku dekati dan nampak mulutnya masih tersumbat dengan botol yang sudah kosong. Aku letak botol di atas meja, pergi mandi dan turun makan.

Selesai makan aku ke ruang depan sambil cuba mengingat sesuatu. Ada macam sesuatu yang aku terlupa dari tadi. Aku cuba mengingat kerja yang belum selesai tadi sambil mata aku menatap TV yang entah apa ceritanya hingga perlahan-lahan aku terlelap.

Dalam tidor aku teringat dan terus terjaga tiba-tiba. Aku tutup TV, kipas dan lampu dan bergegas masuk ke bilik untuk sambung tidor. Ibu gerak kepala dan bertanya perlahan, ' You are back?'. Aku pandang muka Ibu dan jawab perlahan juga,' yes, ...err how were the kids today?'. Ibu berpaling balik ke dinding (macam Abang). 'They were OK!......... so was I', bisik Ibu perlahan dan sambung tidor. Aku pon sambung tidor dengan lebih lenyak sebab aku dah teringat apa yang menggangu fikiran aku tadi.

Friday, January 20, 2006

SCIENCE PROJECT

Abang tunggu aku balik nak tunjuk brosur outdoor aktiviti sekolah dia.

So, what's the plan, Ayah', tanya Zaim melihat aku membelek-belek pamphlet dia.

'Let me see first', aku membelek sehelai lagi kertas putih. 'What's this?', tanya aku.

'That my physical test results to check my physical ability. The school did it last week', kata Zaim.

Aku perhati ada enam jenis ujian, kebolehan menyelam, berenang, berlari, mendaki dan sebagainya. Aku lihat dia lebih cekap dalam bidang fizikal darat seperti kecepatan berlari dan stamina.

'OK, I suggest you put Gunung Irau as your first choice. Tahan second and the rest you choose yourself', kata aku. Abang kena buat pilihan 5 aktiviti berdasarkan kesukaan dia. Aktiviti lain melibatkan aktiviti sungai dan laut. Ada juga aktiviti di Kelong.

'Can I put Gunung Tahan first', Zaim tanya balik.

'Gunung Tahan is much tougher ... but if you think you are up to it, I have no problem', aku akur sahaja. ' Now, how about your science project?', tanya aku.

' Well, I narrowed it down to how different brand of cat food affects cat health or how different kind of batteries affect performance of remote control cars', Zaim terangkan secara earnest.

Aku berfikir sejenak,' But that would mean that I have to get you a cat or a remote control car for your experiment. Can't you think of something simpler like how different kind of musics affects Baby's sleep?, aku bertanya. Aku rasa dia nak ambik kesempatan.

'We already got a Baby', jawab Zaim.

Aku geleng kepala. ' No, don't try to take advantage of us. The only thing you should gain from this is the knowledge and nothing material. I don't agree to those two. I think you should think of something else. Talk to Ibu, OK'.

Zaim buat muka sedih.

Aku pi duduk depan TV nonton DVD 'Emperor and Assassin' lakonan Gong Li sampai terlelap.

Wednesday, January 18, 2006

YOU AND ME

Semalam aku balik awal dari pejabat. Pening kepala melihat banyak benda yang tak sudah-sudah mendatang.

Sampai rumah dekat pukul tujuh. Aku minta Ibu siapkan hidangan makan malam di meja dapur dan katakan aku mau makan sekali dengan Ibu, Abang dan Adik lepas Maghrib nanti.

Bila aku dah siap depan meja, aku tengok Abang dan Adik masih belum muncul.

'Abang! Come and eat' panggil Ibu.
'Just finishing this. And then can I pray first?', jawab Zaim dari meja depan.

'Adik..!' laung Ibu lagi.
'My cartoon finish 7.30 Ibu. I'll come ok', jawab Adik dari depan TV.

Aku sambung makan dengan Ibu. Kemudian baru diorang duduk makan sekali. Sambil makan, sambil cerita dengan Ibu.

Abang makan cepat. Habis aja dia minta excuse sebab nak sambung kerja rumah. Aku benarkan. Adik tengok Abang boleh excuse, dia minta ke depan sekejap-sekejap nak sambung tengok Spongebob. Aku kata takpa lah. Asalkan dia takda homework yang belum siap. Akhirnya aku dengan Ibu aja yang tinggal. Aku tengok pinggan Ibu dah kosong tapi dia masih 'kokoh' lauk atas meja tunggu aku habis makan la agaknya tu.

Aku kata ke Ibu, 'In 15-20 years, this will be a common scene for us. Just the two of us, you and me, wondering whether they have eaten or not and thinking whatever are they doing at this hour'. Ibu angguk, ' Yea, I'll be around...insyallah'.

Aku senyum.

Tetiba masuk Baby Faim ke dapur tarik tangan Ibu sambil berkata, ' Meh! meh! meh!'.

Aku tengok Ibu dan tergelak. Ibu pon tergelak sama.

Monday, January 16, 2006

BYE BYE BABY FAIM

Sekarang ni susah aku nak pergi kerja pagi-pagi macam biasa. Aku kena siap diam-diam, pakai kasut sesenyap, bawak beg dan kunci ke kereta pelan-pelan dan start kereta curi-curi. Harapannya gate akan dibuka tanpa berkeriut dan kereta dapat keluar dari garaf dengan enjin stealth. Tapi selalunya ini akan gagal. Segala usaha ini akan diiringi dengan bunyi tangisan dari depan pintu sesosok tubuh kecil. Dengan air mata berjurai dan tangan mengapai, Baby Faim akan menangis untuk naik kereta berjalan keliling kampung.

Baby Faim memang bangun awal. Selalunya dia akan bermain di bawah sendirian. Ibu akan lalaikan dia dengan beri dia susu dan menonton Sesame Street Learning About Letters. Atau kadang Kakak akan bawak dia ke luar dapur menonton Kakak membasuh. Sekarang kami bangunkan Adik dan Abang lebih awal untuk bersiap ke sekolah supaya mereka boleh jugak melekakan Baby Faim sementara aku kabur dari pandangan. Tapi lebih kerap dari tidak, semua usaha dan (tipu) daya kami tak akan berjaya. Bunyi aja pintu dibuka, dia dah bingkas menuju ke pintu. Apalagi kalau bunyi enjin kereta. Satu pagi tu, baru saja aku masuk beg dalam kereta, dia dah tercegat depan mata pegang sepatu.

Dan selalunya, seperti juga pagi ni, aku mengalah. Aku akan panggil Ibu suruh duduk sebelah pangku Baby Faim dan kami pusing satu kampung naik turun bukit sambil mengelak orang berjogging. Dan Baby Faim akan gembira walaupun kadang kala aku ambik short cut kalau aku rasa dah terlambat. Seperti juga pagi ini, selepas buat tawaf kampung dengan kadar yang lebih cepat dari biasa, aku minta Baby Faim dari Ibu untuk dicium supaya dapatlah compensate tawaf yang pendek tu.

'Faim, Ayah nak pergi kerja dah. Faim duk rumah tolong Ayah jaga Ibu, OK?' , kata aku perlahan memujuk dia. Aku harap dia faham. Rupanya tidak.

Baby Faim angkat tangan dan lambai kepada Ibu disebelah.
'Babai Ibu', agaknya kata Faim.

Berat... berat....

Wednesday, January 11, 2006

EVERTON

'Ayah, why are you changing into that shirt at night?', Zaim bertanya sambil menunjuk jari ke jersi biru Everton yang aku pakai.

' My team is playing on ESPN. And you gonna watch it with me', jawab aku tersenyum ke Abang.

'Forget it Ayah. Wait for tomorrow Ayah. United is playing. That's a real team', Zaim ngusik.

'Ok, ok let's change the channel to 81 please!', aku malas nak melayan budak banyak songeh dah ni.

Abang tukar channel astro dan meneliti permainan yang sedang berlangsung.

'Ayah, why is Everton wearing red? ' tanya Zaim.

Aku pon pelik. Salah channel ka? Ini Middlesborough. 'Change Bang', kata aku. Salah channel la ni.

'It's the right channel la Ayah. Look there's a notice. Ooo ooo they regret they cannot show Everton game for some reasons la Ayah. So, they show Middlesborough game. Hahahahaha', Zaim ketawa.

'Maybe they know no one is going to watch Everton la Ayah, heheheheheheh. ' Zaim sambung ketawa.

' Ohhh you so clever now yea? You now what I'm gonna do? I am gonna buy you only Sunderland jerseys as your clothes', kata aku cuba ngusik dia pulak.

'What? But they are at the bottom of the table...', jawab Zaim ngeluh.

' Yes, and I am gonna make you wear it everyday... hahahhahahahha', aku tergelak.

Zaim pon gelak.

Thursday, January 05, 2006

ADIK TALKING

Pagi aku bersiap nak bertolak ke pejabat. Sedang aku mengenakan kasut, Ibu duduk di sebelah dan bercerita, ' You know what Adik say yesterday?'.

Aku menggeleng dan melihat ke ruang tamu. Adik tengah bergolek dengan Baby Faim. Dedua bangun awal pagi ni.

'He said that he liked it better when we were abroad. He said our home was so close to Ayah's office. Ayah can come back early. Now, he always come back late'.

Aku angguk kepala dan kemudian tengok balik ke Adik. Memang aku balik lambat sedikit semalam. Itu pon bukan sebab kerja tapi sebab aku ada dinner dengan kawan-kawan. Walaupun dah lama balik ke sini, aku masih rasa tak cukup masa dan tak puas nak catch-up dengan kawan-kawan lama.

Aku bangun dan bergerak ke kereta. Sebelum beredar, aku turunkan kaca tingkap dan beritahu Ibu perlahan, ' Adik memang expressive sikit ...!' Ibu hanya angguk juga.

Monday, December 26, 2005

Monday, December 19, 2005

SIBLINGS

Abang dah bertolak pagi tadi. Dia ikut Nenek ke Seam Reap nak tengok Angkor Wat. Ibu, Adik dan Baby Faim hantar depa kat airport pagi tadi. Aku tak ikut sebab aku kerja dan aku nak cuti hujung minggu ni. Maksudnya aku kena selesaikan banyak yang tertunggak hujung tahun ni.

Adik kata dia tak mau ikut walaupun berkali Nenek ajak sama. Aku tak tau kenapa tapi rasanya Naim ni kurang rapat dengan Nenek. Mungkin sebab dia membesar dengan kami kat luar negeri dulu. Abang dibela dan dibelai oleh Nenek sejak lahir. Abang dengan Adik walaupun mempunyai minat yang hampir sama tetapi mempunyai karektor berbeza. Namun demikian, mereka masih mengambil berat tentang hal mereka adik-beradik.

Ibu cerita tentang perbualan dalam kereta menuju KLIA pagi tadi. Abang dan Adik bertengkar dan tolak menolak. Sekejap kemudian Adik diam.

'I don't want Abang to go!', kata Adik.

'That's why we ask you to go with Abang and Nenek', kata Ibu menasihati.

'But, I don't want to go and I don't want Abang to go too', jawab Adik.

Aku tak tau kalau muka Adik sedih semasa dia berkata-kata. Ibu tak cerita. Aku rasa Adik mengambil perangai aku bab ini. Tak suka perpisahan, ditinggal atau meninggalkan.

Ibu cuba mengusik Adik. ' Why do you want Abang to be around? You will only quarrel with Abang day and night', tambah Ibu.

Adik mencelah, ' That's why... if Abang go away, I cannot quarrel with him...'

Selamba jawapan Adik. Tidak langsung membayangkan yang dia akan merindui Abang atau akan kesunyian. Tapi dari cerita Ibu, aku boleh menangkap rasa hati Adik. Dia takut kesunyian. Dan, malam ni aku rasa dia akan tunggu aku balik untuk bercerita tentang sehari yang dia lalui tanpa berkelahi dengan Abang.

Monday, December 12, 2005

BABY FAIM PANDAI

Baby Faim telah mencapai satu lagi kemajuan dalam kehidupan dia yang baru setahun lebih tersebut.

Aku pulang ke rumah dalam kepenatan kerana kerap bertugas di luar. Masuk aja ke muka pintu, aku di sapa oleh suara girang Baby Faim yang menjerit ' Ayah ' dari dapur. Hampir hilang semua rasa penat di badan mendengarnya.

Tapi Baby Faim menunjukkan satu kepandaian baru. Dari dapur, dia terus berjalan tertatih- tatih tanpa pimpinan sesiapa menuju ke Ayahnya yang mula membongkok diri untuk mendakapnya. Dengan tersenyum-senyum dan dengan mata yang membulat dia berjalan seperti zombie mabuk hingga akhirnya aku dapat mendakapnya. Aku peluk dengan erat dan dengan rasa sayang yang teramat sambil bersorak girang. Pandai Baby Faim sudah berjalan. Ibu dan Nenek nampak tersenyum bangga.

Akhirnya, Baby Faim melepas aku dari dakapan. Aku sangka dia nak berjalan balik kepada Ibu di dapur. Tapi dia terus menonong ke arah pintu. Dia tunjuk ke arah kereta seraya berkata, 'Meh.. meh...meh...' sambil menoleh kepada aku. Rupanya dia nak naik kereta juga walaupun dah pandai berjalan. Ibu tertawa melihat gelagat Baby Faim

Tuesday, November 29, 2005

DEMAM DAN UBAT

Hujung minggu lepas Ayah tak sehat. Ayah demam dan selsema.

Ayah kena dok rumah dengan Baby Faim. Ibu sahajalah yang menghantar Abang ke kelas drum dan Bahasa Malaysia. Adik pergi kelas Art pon, Ibu yang hantar. Nenek sibuk dengan tution Math.

Ayah dengan Baby Faim. Rasanya Baby Faim sekarang lebih demanding. Dia mintak dipimpin keliling rumah. Memula dia tunjuk ke pintu. Kemudian dia tunjuk ke sepatu dia. Selepas disarungkan dia tunjuk ke halaman. Dan seterusnya Ayah berkeliling rumah macam nak tawaf haji sambil memimpin Baby Faim. Oleh kerana Ayah tak berapa sehat, Ayah sampai tergelincir kat tepi longkang. Nasib baik Baby Faim tak apa-apa.

Bila bosan keliling rumah, Baby Faim minta keliling kampung. So, Ayah bawak Baby Faim naik kereta keliling kampung perlahan-lahan. Turun naik bukit. Naik turun bukit. Bila dah bosan keliling kampung, Ayah pandu kereta jauh sedikit sampai ke Putrajaya. Pagi begitu petang pon begitu.

Namun begitu, Ayah puas. Petang tu, bila Ibu tanya Ayah macamana, Ayah kata GREAT!!, sambil tersenyum lebar. Walaupun Ibu heran, tapi Ibu pon senyum.

Sebenarnya, Ayah puas sebab petang tu dalam kereta balik menghala ke rumah, Baby Faim dah boleh sebut AYAH! AYAH! AYAH!. Sukanya Ayah. Hilang demam segala.