My photo
Stories for my three heroes.

Sunday, May 30, 2004

Malam satu tu, aku balik dari office dan ajak Zaim dan Naim pi Leisure Mall, cuma nak makan Mcdonalds. Aku rasa lama jugak tak berjalan dengan diorang.

'Boys, you all quickly do your homework, tution and mandi. Then we go. Abang, you pray with me' aku menyalak arahan dengan suara biasa.

Habis semua kelam kelibut diorang buat. Homework, mandi semua berjalan dengan efisien tanpa dolak-dalik. Ibu senyum aja nengok. Ibu tak ikut sebab aku tak ajak.

Bila semua dah siap, aku pon start kereta dan menunggu.

Zaim dengan Naim dah berebut nak masuk kereta dan kedua-duanya nak duduk sebelah depan. Adik dah masuk dulu dan menghimpit Abang keluar. Abang pulak cuba nak menghimpit masuk. Dua-dua menjerit-jerit, 'YOU! ME! YOU! ME!'.

Aku pujuk Adik,'Adik, let Abang in la. You shift in a little bit, please'.

'No, I don't want Abang here. Abang can sit at the back' jawab Adik garang.

Aku tanya Abang pulak,'Bang, you sit at the back, please?'.

'I don't want to sit at the back. Adik should sit at the back because he sat in front this morning masa pergi sekolah' bantah Zaim.

Dua tiga kali aku ulang, dua-dua masih tak berganjak. Akhirnya aku kira sampai sepuluh dalam hati. Habis aja hitungan, aku tutup enjin kereta dan pi ke dapur makan nasi tanpa bercakap sepatah pon.

Habis makan, aku capai buku dan naik ke atas. Masa aku berjalan naik tangga, Adik berbisik perlahan tapi dapat aku dengar.
'Ayah, we agreed to sit at the back, both of us'.

Aku jalan terus ke atas dan seliseh dengan Ibu.

Ibu senyum juga.
Jumaat lepas Zaim mendapat undangan 'sleep over' di perpustakaan sekolah. Ini atas kejayaan dia mengumpul markah lebih dua ratus bagi buku yang dibaca sepanjang penggal persekolahan yang akan berakhir dalam seminggu dua ini.

'Congratulations boy! I know you wanted this since way back then. Well done', kata ku mengucap tahniah. Jarang aku begini, tapi aku rasa ini memang dia layak.

'But, Ayah, Daniel still got the highest points. I only got second best in my class' kata Zaim separuh kecewa separuh merungut. 'I want to get the highest points' sambung dia.

'That's okay la. You got the invitation anyway. Isn't that what you wanted?' tanya aku cuba mengurang kekecewaan dia.

'Yeah, but it's not the same' Zaim masih tak puas hati.

'Zaim, the purpose of the exercise was actually to make you read the books. So that you will learn and know about so many things that only those books can give you. I think you enjoyed the books you read. And that you learned some stuff. To me the exercise has achieved that target and served its purpose to make you a better informed person. I think you should be thankful instead of disappointed' hujah aku panjang. Ini nanti meleret-leret ke lain pulak.

'But, Ayah, I am not No. 1'kata Zaim. 'I am not good enough'.

Alamak, ini kena panjang lebar jugak la. Ini nak kena perah otak sikit.

'Okay la 'Im, let me talk to you about the advantage of being No.2 or second best. When you are at the top, it never means that you have done the best or achieved perfection. You always, always, need to strive further. But, people, human tend to forget that. When they reached the top, they tend to think that they are the best. They become arrogant and look down on others. They think they are great and believe in the fallacy of greatness. Sooner or later they will fall. As all that's up will always come down'. Panjang lebar aku huraikan. Nak habis dah otak aku.

'So' Zaim mencelah sambil memandang muka aku. 'La...ada lagi', pikir hati aku.

'So, if you are No 2, that kind of things are very hard to occur. Unless you are a moron'.

'An idiotic moron?' tanya Zaim mencelah lagi.
'A moronic idiot' tingkah aku sambil menjeling.

Aku sambung lagi, 'At No.2, you can't think you are the best 'cause there is always someone on top. There's always another step up for you to go. There's always someone who sets an example. Here you will gain for the person's experience. You learn the best possible way by avoiding the errors committed earlier'.

'And while you are struggling, you will also see those people down there who are struggling to go to the top just like you, struggling to reach the level you are in. And this is where it gets better.'

' Why? 'cause we can crush them" Heh! Heh! Heh!' Zaim menyebuk lagi sambil menyengeh.

'No la you babbling buffon! You help them. You pity them, you symphatize with them because you know what they are going through as you experienced that before. And with that you help yourself to be a better person. Helping others is always a good thing especially when there is no reward. It is a reward by itself'

'So, you see I don't see anything wrong with you being at No.2. I see only the best things coming for you in future. Remember, ok' ku habiskan ceramah dalam kepenatan.

'Humm, you are just like Calvin's dad. Sometimes you make sense, But, most of the time, not. I can't really figure you out Ayah.'

'Think of me as the ugly old brute you got to live with. It builds character anyway', jawab aku selamba aja. Apa maknanya aku tak tau.

'Whatever la Ayah'.


Friday, May 21, 2004

Zaim ternampak gambar muka hadapan surat khabar semalam.

'What happened to the person, Ayah', tanya dia.

'She was tortured by her employer. I think she did something wrong and the employer just punished her', jawab aku ringkas. Malu la nak cerita dengan budak-budak yang ada orang dewasa yang berakal fikiran dan yang sepatutnya menjadi tauladan kepada anak-anak kecil, boleh berkelakuan seperti binatang.

'She must have committed a serious mistake that she could ended up like that', Zaim sambung lagi.

'I don't know la Zaim. Maybe the employer was not thinking straight to be doing those kind of things to another human being' kata ku menyerah.

'I think the employer must be crazy!' kata Zaim.

Aku setuju tapi keletihan untuk mengiakannya. Aku diamkan diri.

Setelah diam seketika, Zaim bersuara balik,'I think I am lucky then. 'cause my parents are not crazy. I should tell kakak about it'. Zaim terus berlalu ke dapor.

Aku memandang Zaim berjalan dengan mata yang malas. Memikirkan perkara ini sangat memenatkan mental dan fizikal serta kesehatan saikoloji aku. Kejadian-kejadian seperti ini banyak menghantui kerja aku masa aku bertugas di luar negara dulu. Garis bawahnya ialah aku terpaksa akui bahawa ada antara bangsa aku yang ingin dihormati di dunia, boleh berkelakuan seperti haiwan. Entahlah. Bila aku kenangkan muka-muka yang aku pernah lihat di Bahagian Visa dahulu, aku tersentuh. Mereka ini selalunya orang yang susah, berharapan untuk kehidupan yang lebih mulia dengan membuat kerja-kerja yang bangsa aku anggap sebagai kerja-kerja seorang hamba. Sanggup meninggalkan keluarga, anak dan suami/isteri kerana inginkan kehidupan yang lebih baik buat mereka. Kesudahannya...

Friday, May 14, 2004

Zaim dah sehat. Semalam aku ingatkan dia pasal perbualan dia dengan aku sebelum ini.

'Zaim, you still remember asking me for a big brother or a big sister?' tanya aku.

'Yeah, and you said that you can't help' jawab Zaim sambil membaca buku 'Redwall'.

'I am just wondering, if you need someone older for guidance and advice, I am always here you know. Just like adik can always depend on you' aku cuba menjelas.

Aku risau adakah dia cuba nak maksudkan bahawa aku selalu tiada masa untuk dia. Untuk bersama dia, bercakap, berbual, bermain dan bertunjuk-ajar. Rasa aku, aku dah buat sekadar yang termampu.

'Ayah that is different. But never mind, I understand' jawab Zaim.

'Come on you can tell me' aku pujuk dia.

Zaim letak buku dia dan pandang jauh ke depan.

'It is just that whenever adik gets into trouble, he could blame me and put me in trouble. If i have a bigger brother or sister ... see' jawab Zaim. 'But that's not the only reason la,' tambah Zaim dan fokus balik kepada buku dia.

Aku diam dan berlalu.

Pada kesempatan lain, aku cerita dengan Ibu perbualan aku dengan Zaim. Ibu kata,'I think he is trying to say that Adik always gets way with things. And most of the time, you always favor Adik over him eventhough Zaim didn't do any wrong. Maybe you should be balanced in treating them. Lagipun Adik dah besar... 6 years old. He should be responsible for his own actions and punished just like Abang. You cannot protect Adik anymore'. Pandainya Ibu.

Aku dengar cakap Ibu. Selalunya aku ambik perhatian. Walaupun Ibu selalu tegur kalau aku asyik spend time dengan Uncle Panjang. Aku dengar dan selalu ambik iktibar. Walaupun kita ketua keluarga, kita kena dengar pandangan dan nasihat orang yang sama-sama menjalankan tugas dan amanah dengan kita. Samada di rumah atau di pejabat.

Itu pandangan yang terlintas di kepala aku.



Thursday, May 13, 2004

Kadang kita lupa sesuatu yang kita dapat atau nikmati itu adalah kurniaan tuhan. Kita anggap sebagai satu yang kita berhak dan bukan yang kita perlu bersyukur atas kurniaanNya.

Tengah aku berbincang dengan office mate semalam, Ibu telefon kata Zaim sakit perut dan muntah-muntah di sekolah. Cikgu nasihatkan supaya dia balik dan mendapatkan rawatan.

Aku terkejut. Terdiam dan berfikir. Ibu fikir untuk aku, 'Nenek will fetch him and bring home. If he is in a bad shape, Ayah go back immediately and take him to Doctor. If not, but his condition persists, Ayah take him in the evening'. Ok saja la jawab ku. Selalunya kalau Zaim demam, pening, selsema, Ibu sahaja bawak dia ke klinik. Ibu faham ini mungkin something more serious dan Zaim selalunya kalau begini nak aku ada. Dulu pernah masa di Jakarta dia sakit telinga sangat dan doktor nak buat sesuatu dengan telinga dia. Dia tak bagi, sampai aku datang.

Masa jumpa doktor petang semalam pon, dia nak aku pegang tangan. Diagnosis doktor ialah mungkin food poisoning. So, bagi ubat tahan muntah dan cuti dua hari. Lepas tu dia balik tidor.

Aku perhatikan dia tidor sampai terlupa badminton Piala Thomas.

Anak kita adalah kurniaan tuhan pada kita. Bukan sesuatu yang memang hak untuk kita. Seiring dengan kurniaan ini, didatangkan juga tanggung jawab untuk memelihara, mendidik dan membentuknya. Juga penting kita maklumi ialah anak juga bukan satu beban. Ada yang lupa yang mana kadangkala anak dijadikan pula tempat melepaskan geram dan amarah kita. Anak kita tidak berdosa. Ramai ibu-bapa di Malaysia semakin terlupa akan hal ini.

Anak.

Wednesday, May 12, 2004

DEBAR

Zaim nak kena sunat.

Bulan depan dah cuti sekolah bagi Zaim. Jadi aku targetkan 15 Jun tu dia dah boleh disunatkan. Ibu dah aturkan di Pusat rawatan Islam. Aku tak tau la kalau guna Tara Clamp ka apa ka.

Dulu, setiap kali subjek bersunat aku timbulkan, Zaim akan menolak dan berkeras tak mau. Setiap kali dia tanya aku,'What will they do, Ayah?'. Dan setiap kali jugak aku jawab secara konsisten,'They will take an axe and just chopped your thing off'.

Aku rasa sekarang ni dia dah letih nak bertanya. Macam dah berserah pada kuasa tuhan agaknya. Tidak berdolak-dalik lagi.

Aku tau dia masih takut. Aku pun dulu seram. So, aku beritahu dia,'Of course, it will be painful. How painful it is will depend on your threshold for pain. I think yours is very low. However, Ayah will be with you every step of the way and will be in charge of your recovery, OK! So, don't you worry so much'.

Dia tak bercakap banyak.
Sabtu lepas, akhirnya birthday adik dapat juga dibuat selepas ditangguh 3 minggu disebabkan adik sakit dulu. Ramai la kawan-kawan sekolah adik datang dan beri dia hadiah. Selesai acara, adik bawa balik hadiah-hadiah ke rumah. Dia bagi abang dua hadiah dan yang lain dia simpan.

Dalam banyak-banyak hadiah, Zaim suka dengan kad UNO. Asyik dia bermain dengan Ibu, Ayah dan Adik.

Dalam satu ketika tu, dia tanya kat aku,'Ayah, you know why I enjoy this game?'.

Aku mana tau. 'Because you always win?' jawab aku menyindir.

'No la Ayah. It is because it is fun to play this with my family', jawab dia ringkas sambil mengedarkan daun-daun UNO keliling.

Aku alih pandangan dari kad kepada mainan-mainan adik yang lain yang berselerak di ruang depan. Semuanya mahal-mahal dan canggih-canggih.

Thursday, April 29, 2004

selingan negara 1
Zaim dengar iklan dekat radio pasal rukun negara.

'What's all that about, Ayah?' tanya Zaim.

'That's the rukun negara. It outlines the five principles or pillars by which we as the sons of our beloved country, Malaysia, should live by and uphold' jawab ku.

'Elaborate please..' kata Zaim.

'Well its just five simple phrases, but the meaning and the implications are great .. when it spoke of our responsibilities and obligations ... belief in God, loyalty to King and Country, sanctity of the Constitution, supremacy of the law and good behaviour and morality'.

'Well it wont mean much at this time, but it would mean a lot especially if you ever found yourself standing on top of a hill all alone and there were thousands of short people rushing at you with bayonets ready shouting BANZAI in unison' sambung aku..

'What in the world are you talking about Ayah?', keluh Zaim, pening.

'Heh heh heh ... I digressed. But come to think about it, maybe we should visit the Bukit Chandu Memorial and see how strangers are glorifying our heroes fighting for the land that was ours', kata ku bersahaja.

Kening Zaim makin berkerut, 'You are really losing me, old man. Don't go senile on me now, Ayah. You yet to get me my first car..hehehehe', Zaim pula ketawa kecil.

'Hehehehe', aku ketawa jugak.

'Ayah there's another important five pillars that we should abide to', kata Zaim mengingat.

'Yup, I think it's about time we do something about that. You go get the mat ready while i get my wuduk' jawab aku.


'Ok', jawab Zaim.

Monday, April 26, 2004

Sabtu lepas aku balik tengok Ibu tak berapa sehat. Dia terbaring lemah, berehat. Panas dahi dia, aku rasa demam.

Aku masuk bilik sebelah. Zaim tengah seronok main komputer dengan mulut ternganga-nganga. Aku bertanya kepada Zaim,'Zaim, how could you be playing with the Computer while Ibu is lying sick in the next room?'.

'What did I do wrong?', tanya Zaim.

'You should be with her, attending to her needs. What is a first born for?' tanya ku macam nak naik angin aja.

'Ayah, if she is sick, it's more reason for me to be as far away as possible from her ..' menjawab dia.

'Why?' tanya aku heran

'She might be contagious!!!' jujur aja dia jawab.

Humph, alasan, alasan ... aku mengalah. Aku terus keluar, capai tuala dan mandi.

Bila aku keluar bilik air dan masuk bilik, aku nampak ada segelas air putih dan semangkuk air dengan kain tuala lembab atas meja kecik, di tepi katil ibu. Zaim dah tiada depan komputer di bilik sebelah. Aku dengar dia tengah suruh Adik mandi.

Aku solat dengan tenang.

Friday, April 23, 2004

Pagi tadi Zaim bangun awal. Dapatlah aku sembang sedikit dengan dia sebelum aku bertolak ke opis.

'Ayah, how do we ensure that we get the best things in life?' tanya Zaim.

'Well, I don't think that we can be certain that we could always get the best things in life. We may get the best, the worst and everything in between, all in turns. But, like I said if we try very hard, work hard and pray to Allah, Insyallah, good things will come', kataku sambil melihat jam di tangan.

'What about the Echo principle, Ayah?', tanya Zaim.

'The what?' tanya ku balik.

'The Echo principle! Well, its like this, if you shout something at a cliff, you will hear echo right?' terang Zaim.

'Yes...' kataku perlahan.

'So, if you shout bad things, you will hear bad things coming back to you. If you shout good things, then only good things will come to you', jelas dia lagi sambil tangan dia goyang sana sini. Animated betul.

'Ummm ..' angguk aku perlahan.

Zaim sambung lagi, 'so in life, if we want good things to come to us, we must do good things first. We use the Echo principle la, logic right, Ayah?' kata Zaim.

Aku termanggu-manggu. 'Where do you learn about this?' tanya aku. Sambil tangan aku mencapai stokin.

'From the book I got from the library', jawab Zaim ringkas sambil menunjuk sebuah buku biru berkulit tebal.

Aku tepok kepala Zaim dan berjalan ke kereta.


Pagi ini waktu aku memandu ke opis, aku patuh segala road signs dan lampu isyarat.

Thursday, April 22, 2004

ADAB DAN SOPAN

Adik perawakan dia lebih keras sedikit dari Zaim. Mungkin sebab dia masih kecik lagi.

Aku sedang menuruni tangga nak ke dapor bila aku dengar bising sangar dari dapor.

'Kakak, I want to drink MILO now. You hear me or not. NOW, I WANT TO DRINK NOW!!!' aku dengar menjerit-jerit suara Adik.

Aku nak naik angin. Nak aja aku lompat ke dapor dan tutup mulut dia. Tapi aku tak sempat.

Zaim dah bersuara,'Adik you cannot shout to Kakak like that. When I was small like you Ayah got angry and told me not to do that. He said to ask nicely'.

Aku rasa kalau Ibu pon terdengar tentu dia pon tersenyum lebar macam aku.
selingan - MALAY CHAUVINIST 2

Dulu pernah ada seorang kakak yang agak berumur datang ke rumah aku di Jakarta untuk Majlis Open House aku. Kakak ni mulut dia adalah sedikit kurang dari segi kawalannya.

Masa anak-anak aku bersalam dengan dia, dia pun berkata dengan nada menyindir,'Anak hang ka ni?'.

'Iye la, Kak, yang ni Zaim yang itu Naim' jawab aku selamba aja la.

'La aku ingat anak Cina mana', selamba je dia kata.

Dalam hati aku sangat tersinggung, tapi aku diam sahaja.

Tiba-tiba Zaim mencelah,'Auntie, maybe I look Chinese, but I am still a nice boy, you know'.

Muka aku berubah. Tapi aku tengok muka kakak tu sangatlah berubah.
selingan- MALAY CHAUVINIST

Aku balik dari kerja dan Zaim terus duduk depan nak bercerita.

'You know Ayah, somebody spoke in Chinese to me' katanya.

'Iyela, he thinks you are Chinese sebab muka you macam anak Cina jugak' pintas aku.

'But, I was very angry. Why would he think that I am a Chinese. I am not a Chinese.' bantah dia.

Keras sangat bantahan dia ni. Dia ni nak jadi Malay Chauvinist ka? Hati aku berkata.

'Why' tanya ku ringkas.

'Because ... I am a Malaysian' jawab Zaim sambil mencebik bibir.

Thursday, April 15, 2004

Zaim pernah dulu dimarahi oleh Ibu.

Habis satu hari muka dia monyok. Dia memang jarang kena marah tapi kadang memang saja nak kena la tu. Aku tak ingat sebab apa dia kena marah masa tu, tapi surelah isu besar sebab Ibu jarang marah.

Untuk memujuk dia, aku duduk dengan dia dan berbual seperti biasa.

Zaim kata,' Ayah can we change our Ibu?'. Marah sangat dia agaknya ni.

'Though technically you can, but it is a rather complicated process. Do you really want to change her for somebody else?' tanya aku balik. Ada satu perasaan lucu yang berkocak di satu sudut hati aku.

'I don't know but can we Ayah?', jawab Zaim muram.

'Maybe we can find someone who won't scold her children all the time. The kind who will let her children do anything they want. Play playstation, makan nasi bersepah-sepah, watching cartoon network, mandi lambat, bangun lambat, huh?. And while we are at that, maybe we find someone who looks like that singer I like so much tu', kataku mengusik. Kalau Ibu dengar, rasanya aku tidur kat kerusi malam ni.

'Maybe kan Ayah? But where to find the new Ibu Ayah?', katanya pleading.

'Well we can go to KLCC and have a look. You can help me. You do that Bambi look. Ha ha ha. But Zaim, as much as I like to comply to your wish, I am afraid I am tied up right now. What if Adik don't agree to our choice and want another different Ibu. Mati la Ayah', tambah aku lagi.

Zaim pandang ke atas,'Takpe la Ayah nanti kita banyak Ibu'. Senang aja pada dia.

'Zaim, we still don't know if that singer would wake up early to prepare your snacks for school. We don't know whether she would stay up late with you just to tampal and color your artwork which was due yesterday. We are not sure if the new Ibu would wake up at 2 am just to see if you got your blanket on because it was cold and raining outside. What I am saying here is, can we gamble on that, Bang?'.

Zaim terdiam. Muka dia merenung ke bawah.

'Abang, lagipun Ibu dulu ada belajar Tae Kwan Do', kataku singkat.

Zaim tengok muka aku. Kami dua-dua tergelak berdekah-dekah.

Wednesday, April 14, 2004

Hari ini sebenarnya ulangtahun ke 6 bagi Adik.

Walaupun demikian, adik punya birthday party patutnya di buat dengan kawan sekolah dia pada hari Sabtu nanti. Malangnya, Adik kena sakit leher. Apa 'node' entah, Ibu yang tahu sebab Ibu bawak Adik gi sepital kat rumah haritu. Doktor kata ada virus ke apa ke dan Adik kena makan antibiotik. Aku kata Adik sakit leher sebab asyik main komputer game. (Adik suka main Age of Mythology macam Uncle Panjang dia.)

Regardless, Adik punya party tu kena tangguh la sebab takut berjangkit kat kawan-kawan. Aku cakap dengan Adik, ' Adik sad tak party delayed? '. Dia tanya balik, ' Will you buy me toys? '.

'Yes' kata ku ringkas. 'OK', jawab Adik selamba.

Adik dengan Abang - the colors of my life.
Zaim pergi camping hari ini. Dia dan rakan-rakan sekolah dia akan bertolak ke Genting dan camping di sana semalaman.

Malam tadi aku perhatikan Ibu mengajar Zaim cara nak membuka dan menutup bag, melipat baju, menyimpan pakaian kotor dalam beg plastik berasingan, membuka dan menutup sleeping bag dan sebagainya. Zaim diam dan mengganguk-angguk. Paham la agaknya tu. Aku tengok muka dia tenang aja.

Lepas sembahyang maghrib, aku dan Ibu pi majlis makan malam kat Ampang. By the time balik, dah lewat Zaim dah tidor dengan Nenek. Jadi, tak sempat aku nak kata apa apa dengan dia.

Lepas Subuh aku dah bertolak ke opis.

Ibu telefon dekat pukul lapan pagi sebelum dia pulak pergi opis. ' Ayah, Zaim tanya kenapa ayah didn't say a word about him going camping. Dia tanya, Ayah sedih ka? He said he wanted to talk to Ayah about certain things, but since Ayah dah tak sempat, dia kata he will figure things out by himself. He said he will be ok, only that he wish Ayah could be with him', kata Ibu.

Berfikir aku sejenak, 'Anak aku Alzaim, my first born. He may have grown but I haven't lost him to teen age yet. Thank God for that'.

Friday, April 02, 2004

SUKAN DIMINATI

Zaim suka dengan bolasepak. Kadang dia lebih pintar akan nama pemain atau pasukan yang ditayang di TV. Minat dia tu memang aku sokong sebab aku pun suka dengan bolasepak. Tahun lepas dia main pertandingan bola anjuran sekolah dia. Atas sebab minat aku pergi menonton dia main sambil memberi sokongan moral kepada dia dan pasukan.

Selepas dia bermain perlawanan pertama dia bertanya kepada aku,"Ayah, how did I do? Am I good Ayah?".

Sebagai Ayah sudah tentulah kita selalu nak supaya dia gembira. Aku tau di padang tadi dia bermain sama seperti anak-anak yang lain dan malah ada tiga empat anak-anak lain yang bermain lebih baik dari dia dari pandangan objektif aku.

Jadi aku berterus terang," You were ok, you were very focussed and you were good at pouncing or stealing the ball from your opponent. But you must be stronger because you seem to walk instead of running, and you always fall down", kata ku memberi pertimbangan yang baik dan buruk.

Selepas game itu dua tiga kali aku dengar dia bercerita dengan kawan-kawan dia dan Atuk Nenek dia. " Ayah said I am good at pouncing and very focussed". Dia bercerita bangga kerana mungkin padanya 'approval' dari Ayah dia sangat penting. Aku takut dia bermain bola tu pon sebab nak 'approval' dari aku.

Ceritanya tak selesai di situ.

Selepas tiga perlawanan, satu menang, satu seri dan satu kalah, liga kecil dia itu akan terus bermain hingga masuk bulan Ramadan. Aku kata kat Zaim, " You can continue playing during fasting month dan jangan puasa la on Saturday".

Sebelum perlawanan selanjutnya, Ibu kata kat aku,"Zaim said he wont play in the team anymore. He wants to puasa".

Aku terkesan. Apa pun itu decision dia. Dan tahun lepas dia puasa genap sebulan.
ANTARA TUJUAN SEBENAR

Aku menulis bukan la bertujuan nak menunjuk kepandaian aku menulis atau kepandaian Zaim bertutur, bercakap, bergaya, berlagak dan sebagainya. Aku rasa semua kanak-kanak memiliki kepandaian dan kebolehan yang serupa. Zaim hanyalah salah seorang anak kecil dari berjuta di Malaysia ini yang aku dapat lihat dan perhati tingkah laku serta tutur katanya hampir setiap hari.

Yang aku hairan, sebagai seorang Ayah, ialah bagaimana sesuatu tingkah lakunya itu mengingat aku kepada hal-hal yang aku kadang tidak begitu awas. Aku jadi ingat, bila aku peka kepada tingkah laku dia. Pemikiran dia, tutur kata dia adalah pemikiran dan tutur kata hasil proses kognitif minda seorang kanak-kanak. Cumanya kita yang dewasa dapat melihat maksud tak tersengaja melalui proses minda kita pula yang sepatutnya lebih terberguna.

Saja nak tukar fokus.
Terkadang anak kita ini, walaupun kecil tapi tabiat, perbuatan dan tutur kata boleh mengingat kita kepada hal-hal yang kita tidak terlalu sedar.

Aku selalu juga menyuruh Zaim berbuat sesuatu untuk aku. Ambik air, tutup pintu, bawak surat khabar, pasang TV dsb. Pada aku, mungkin ini membuat dia sedikit bahagia kerana dapat berbuat sesuatu untuk orang tua dia. Tak sangka pulak kalau dia boleh mengintepretasi secara lain.

Aku berbaring di depan TV dan mula nak memanggil nama dia. "Abang Zaimmmm" .

Sebelum sempat aku kata apa apa lagi dia terus menyahut,"Yes Milord, King Ayah Cusco. I am your slave at your every command".

Ibu kat sebelah tergelak-gelak.

ps Cusco ialah Maharaja dalam kartun 'Emperor New Groove'.

OUT TO LEARN

Bila Zaim dah besar sikit ni, dia jarang nak keluar rumah jalan-jalan dengan ibu dan ayah dia. Dia lebih prefer duduk rumah aja. Tengok cartoon network atau main komputer. Nasib ada Nenek dia yang ingatkan waktu dia kena belajar atau buat tution.

Selalunya, aku bawak Zaim jalan-jalan dengan tujuan untuk dia belajar. Pi Bird park, Zoo, tugu negara, petrosains, planetarium dan sebagainya. Dah selalu pergi kenkadang muak juga tapi sebab itu-itu aja tempat yang bebudak boleh berjalan-jalan sambil menambah ilmu, ke situ ajala yang boleh pergi walaupun kerap sangat. At least ada benda yang dipelajari.

Aku dah kurang nak memaksa dia supaya ikut aku dan Ibu keluar on weekend. Itu pun semenjak kat KLCC hari tu sedang aku syok melihat orang lalu-lalang Zaim tarik tangan aku,"Ayah, actually what are we doing here? Are we suppossed to learn something?"

Seperti biasa aku terdiam dulu.